inflammation of theology

Sunday, 6 December 2009

Kisah-kisah Kitab: Roh -research1-

Kisah-kisah Kitab: Roh -research1-
Jackster pernah menimbulkan persoalan unconditional love. Dari situ Safwan buat saya tertanya kenapa saya sayang ibu saya.
Kenapa kita sayang ibu kita?

Kalau kita kata sebab dia yang melahirkan kita, anak-anak yatim juga sayangkan penjaga mereka yang tidak melahirkan mereka. Dan kalau kita kata sebab mereka yang menjaga kita sejak kecil, ada saja anak-anak yang rindukan ibu mereka walaupun tak pernah pun tahu rupanya.

Sejak dulu lagi saya memikirkan perihal ini. Pada mulanya saya kata : kita sayang orang itu.kita sayang ROH dia. Dan sebab itu saya mula tulis mengenai roh. Asalnya saya mereangka 3-4 episod untuk tajuk ini... namun saya mendapati ianya hanya sia-sia. Buat apa tahu adakah roh mempunyai memori? mana kedudukan roh? adakah seperti air dalam tumbuhan atau api di dalam arang? atau kedudukannya terletak pada organ tertentu? apakah organ itu?. Sia-sia. Apa yang penting ialah pengajaran sebaliknya.

Akhirnya, saya kata: kita sayang dia. sebab akhlak dia. Kita sayang ibu kita sebab akhlaknya. Akhlak keibuan. Orang kata cinta itu buta. sebab sayang itu perasaan, dan kita perasaan bukan dilihat dengan mata. Tapi dilihat dengan hati. Pandangan hati melihat akhlak. Cantik/kacak mana pun seseorang itu, sia-sia jika akhlaknya buruk.

Masalahnya, akhlak manusia susah ditukar.

berita baiknya, Nabi Muhammad SAW diutus bagi memperbaiki akhlak manusia. bukankah umat Islam sepatutnya menjadi contoh kepada umat lain?

 *jom pergi kelas Ust Nazrul~
Safwan, kau memang genius!

4 comments:

Adam Lee said...

oh..pengajaran ialah kematian itu pasti, dan sentiasa menghampiri. entah2 kejap lagi.
mengigau-ngigau dalam tidur~

c's said...

mesin basuh terbukti bleh basuh baju.. tp kte xtau pun cmne elektrik tuh mengalir satu2, mesin tuh dicipta cmne2.. n kte pun xde nk pk byk sgt terus je gne .. jnji bleh basuh baju. sng~

klu sye.. rse cm bes je nk kaji.. bru kte reveal satu2.. tp rsenye kte still gne ag mesin tuh wpun xjmpe ag cmne die gerak.. jnji die mmg gerak gitu

apa yg bleh ditafsirkan dgn ayt di atas?

[sowi.. tye dlu.. len org len pentafsiran~]

adam said...

hm... mungkin mmg xada certain reason utk kita sayang seseorg. tp, yg sakitnya bila kita tak dpt nak bgtau kita sayang dia. ROH bkn boleh dgr pun~

“Verily, you CANNOT MAKE THE DEAD TO HEAR, nor can you make the deaf hear the call when they flee, turning their backs.” (al-Naml:80)

“Nor are alike the living and the dead. Verily, Allah makes whom He will hear, but you cannot make those in the graves hear.”(Fatir:22)

BELAJAR BAHASA HEBREW said...

Nice info bro