inflammation of theology

Tuesday 10 February 2009

al-Buruj (6)

--bahagian kedua--

Ayat ini memberikan ulasan lanjut terhadap peristiwa kekejaman Ashabul Ukhdud datang bertubi-tubi.

12-sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang kufur ingkar)amatlah berat.

13-Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya ,dan yang mengembalikannya (hidup sesudah mati)

Walaupun permulaandan pengembalian secara umumnya merujuk kepada penciptaan manusia di dunia dan pengembalian semula di akhirat, ia turut menggambarkan dua kejadian yang berlaku secara berterusan di setiap detik, siang dan malam.


..Allah yang mengawal permualaan siang dan pengembaliannya kepada malam..

Pada setiap detik berlaku permulaan dan penciptaan dan pada detik itu jugalah berlakunya pengembalian semula sesuatu yang telah usang dan mati..

Monday 9 February 2009

al-Buruj (5)

Orang-orang yang beriman itu boleh menyelamatkan nyawa mereka dengan menggadaikan iman mereka.Tetapi perbuaatan itu lebih merugikan mereka di dunia sebelum kerugian yang lebih besar di akhirat.

Berapa banyak kerugian yang ditanggung manusia seluruhnya? Berapa banyak yang kerugian kerana “membunuh” pengertian yang besar ini:
Hidup ini tak bererti tanpa kebebasan akidah.

Hidup ini runtuh apabila penguasa yang melampau itu menguasai jiwa mereka selepas menguasai jasad! Ini semuanya adalah pengertian yang amat mulia dan besar.Perngertian inilah merupakan keuntungan yang dimenangi orang-orang beriman itu semasa mereka masih di dunia.Mereka turut beruntung ketika api menjilat dan membakar jasad-jasad mereka.

...mereka turut beruntung ketika api membakar dan menjilat tubuh mereka.

Selepas itu mereka mempunyai perhitungan di sisi Tuhan mereka.Begitu juga musuh-musuh mereka yang melampaui batas mempunyai perhitungan.

10-Selepas itu mereka mempunyai perhitungan di sisi Tuhan mereka.Begitu juga musuh-musuh mereka yang melampaui batas mempunyai perhitungan.


Sesungguhnya peristiwa yang berlaku di atas muka bumi dan di dalam kehidupan ini bukanlah penamat dan penutup segala peristiwa.Baki peristiwa itu tetap tiba di sini:


“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana kepada orang-orang lelaki beriman dan orang-orang perempuan…” dan berterusan dalam kesesatan, leka dan tidak menyesali perbuatan mereka, “kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)…” tetapi manakan sama bakaran manusia di dunia dengan bakaran neraka? Bakaran di dunia dinyalakan oleh makhluk sedangkan bakaran di akhirat di nyalakan oleh Pencipta! Bakaran api di dunia hanyalah beberapa detik dan beerakhir.Tetapi bakaran akhirat berkekalan, tidak diketahui tempoh kecuali Allah.

11-Sesungguhnya oranh-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..

Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar


Terselamat dan Berjaya. Berjaya menyelamatkan diri daripada seksaan di akhirat adalah satu kemenangan. Maka bagaimana pula jika Berjaya mendapatkan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai?



Penutup ini telah mengembalikan perkara ini kepada kedudukan asalnya yang sebenar.Inilah kesudahan yang hakiki bagi peristiwa itu. Dan inilah hakikat yang dijadika sasaran ulasan pertama tentang berkenaan, agar hati orang-orang beriman di Mekah kembali tenang dan stabil, tidak ketinggalan juga untuk semua generasi yang berhadapan dengan ujian di sepanjang kurun.

al-Buruj (4)

Yang Maha terpuji yang berhak dipuji dalam apa keadaaan sekalipun.Dialah pemilik tunggal kerajaan langit dan bumi., Dia menyaksikan segala sesuatu….

Dia menyaksikan segala yang berlaku pada orang-prang beriman itu dan perbuatan Ashabul Ukhdud (kaum yang menggali parit).



Sentuhan ayat yang mengingatkan sifat-sifat Allah Ta’ala menenangkan hati orang-orang beriman dan mengancam pelampau-pelampau yang bongkak. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Riwayat ini berakhir dalam beberapa ayat pendek ini.Ia meninggalkan sejumlah perasaan benci yang memenuhi hati lantaran begitu dahsyatnya perbuatan kejam itu serta pelakunya.

Allah melihat semua ini...

cukuplah Allah sebagai saksi

Tuhan yang mengawal peristiwa ini..

Berakhirnya kisah itu dalam keadaan ia meningalakn perasaan menakjubkan. Ketakjuban terhadap iman yang dapat mengatasi kegetiran dugaan.Pegangan akidah yang dapat mengatasi kehidupan.

"La Illaha Illa Allah"-matikan aku dalam syahadah

Sunday 8 February 2009

al-Buruj (3)

3-Celakalah kaum yang menggali parit

Ayat ini menunjukan kemurkaan.Begitu juga ia menunjukan betapa buruknya perbuatan yang menimbulkan kemurkaan Allah Yang Maha Penyantun.

“Ukhdud” ditafsirkan :(Parit) api yang penuh dengan bakaran

4-(Mereka dilaknat ) ketika mereka duduk di kelilingnya.Sambil mereka melihat apa yang dilakukan kepada orang beriman.

Mereka menyalakan api dan mencampakkan orang beriman, lelaki dan perempuan kedalamnya.Kemudian mereka duduk berdekatan dengan api itu sambil menyaksikan pembunuhan kejam itu.Menyaksikan dengan seronok dan suatu kegilaan (maniac)melihat bagaimana api meratah-ratah jasad orang-orang beriman.

mereka menyaksikan pembunuhan ini tak ubah seperti menonton perlawanan bola sepak


dan mereka merasa seronok melihat api ini mencairkan rakyat Palestin

Orang-orang beriman tidak melakukan kesalahan mahupun hutang darah yang membolehkan tuntut bela:

8,9-Dan mereka tidak marah dan tidak menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana merka beriman kepada Allah Ynag Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan alam bumi.Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Inilah jenayah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka beriman kepada Allah Ta’ala yang Maha Perkasa, yang mampu melakukan apa saja yang Dia kehendaki.


"mereka bersalah kerana lahir di Gaza"

al-Buruj (2)


..sambungan

Surah ini dimulakan dengan sumpahan ini:

1-Demi langit langit yang mempunyai buruj .

Buruj berkemungkinan bermaksud objek-objek yang berada di langit seolah-olah membentuk satu binaan yang sangat besar.Atau maksudnya ialah orbit-orbit tempat berlakunya peredaran bintang-bintang itu.Kedua-dua makna ini memberi erti dan rasa tentang sesuatu yang BESAR.



2-Dan hari pembalasan yang dijanjikanDan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,serta segala keadaan yang disaksikan

Penyaksian segala amalan dan dihadapkan semua makhlik.Semua terdedah dan disaksikan, maka semuanya menjadi saksi.

LANGIT yang mempunyai buruj, HARI yang dijanjikan, SAKSI dan perkara yang disaksikan……semuanya diselaraskan untuk memberikan bayangan keperihatinan, perhimpunan meraikan sesuatu, kesesakan dan kebesaran suasana menyelubungi peristiwa Ashabul Ukhdud (golongan yang menggali parit).

Selepas melakar bayangan suasana ini barulah tiba cerita tentang peristiwa berkenaan dalam bentuknya yang ringkas:....bersambung

SURAH AL-BURUJ (1)

Surah yang pendek ini membentangkan hakikat-hakikat akidah dan asas-asas pegangan iman….yang merupakan perkara-perkara besar dan agung dalam kehidupan.

Surah ini membicarakan tentang kisah Ashabul Ukhdud-sekumpulan orang yang beriman pada zaman dahulu…dikatakan mereka adalah golongan Nashrani yang mengesakan Allah – yang diuji dengan musuh mereka; golongan penguasa yang jahat, kasar dan melampaui batas.Golongan penguasa yang zalim itu mahu orang-orang beriman meninggalkan akidah dan agama mereka.Tetapi kumpulan yang beriman enggan menurut arahan penguasa.Maka golongan penguasa yang melampaui batas itupun menggali parit dan menyalakn api di dalamnya.


"tinggalkan masjid suci kau atau MATI!!"

Kumpulan yang beriman dicampakan ke dalam api, lalu mati terbakar disaksikan orang ramai yang sengaja dikumpulkan penguasa untuk menyaksikan pembunuhan kejam itu, disamping dijadikan keseronokan dan hiburan oleh orang-orang yang melampaui batas itu.