inflammation of theology

Tuesday 25 August 2009

Meja Bangsa

saya tertarik dgn teori Ibrahim Yunus (bukan nama samaran):
sebelum nabi Adam diturunkan ke bumi (ada pendapat mengatakan syurga Adam mmg di bumi), Allah mengajarkan nabi Adam ilmu2 utk hidup di bumi.Sebab itu, apabila nabi Nuh membina kapal yang besar, kaumnya tidak merasa kagum dgn binaan yg besar itu...sebaliknya mengejek nabi Nuh.

Kisah nabi Nuh yang kita tahu tidak banyak bezanya berbanding dgn kisah dalam Genesis.(Baca juga:Nuh menurut Veda).Antara yg berbeza seperti lokasi kapal berlabuh,bilangan orang di atas kapal dan umurnabi Nuh. Juga kita banyak dgr kisah2 Israiliyyat mengenai nabi Nuh.Apa yang menarik minat saya ialah Table of Nation.

TABLE OF NATION

Penganut Kristian mempercayai bahawa banjir yg melanda kaum nabi Nuh adalah banjir universal; yakni banjir satu dunia.Berikutan itu, semua umat manusia mati kecuali mereka yang berada di atas kapal.


Masyarakat sebelum banjir (disebut zaman antediluvian) adalah masyarakat yang berbadan besar, berumur panjang dan ada juga yg kata tinggi ilmu pengetahuan (ada pendapat mengatakan Antlantis adalah bandar zaman itu).

Jadi, masyarakat sekarang adalah keturuna nabi Nuh yang 3; iaitu:
  • Ham, menurunkan bangsa berkulit hitam dan sebahagian kecil berkulit putih (Hamitic Africa) .
  • Shem, menurunkan bangsa kulit putih(Semitic)
  • Japeth, menurunkan bangsa berkulit merah dan coklat (Japhetic Eurasia)
Ibnu Ishaq mengatakan bahwa Nuh mendoakan ketiga putranya. Nuh mendoakan keturunan Sham menjadi nabi-nabi dan rasul. Nuh mendoakan keturunan Yafith untuk menjadi raja-raja, sedangkan dari keturunan Ham dia doakan agar menjadi abdi dari keturunan Yafith dan Sham.
(sumber:wikipedia)

Kenapa Ham didoakan jadi hamba?? sila baca:

21 And he drank of the wine, and was drunken; and he was uncovered within his tent.
22 And Ham, the father of Canaan, saw the nakedness of his father, and told his two brethren without.
23 And Shem and Japheth took a garment, and laid it upon both their shoulders, and went backward, and covered the nakedness of their father; and their faces were backward, and they saw not their father's nakedness.
24 And Noah awoke from his wine, and knew what his youngest son had done unto him.
25 And he said: Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren.
Genesis 9:21-25
Jadi, kita tahu bahawa bangsa2 berikut merupakan anak2 keturunan nabi Nuh.Berita baiknya, kita boleh trace balik dengan gene.
Pendapat saya, anak2 nabi Nuh ialah mereka yg membawa Haplogroup N+...berdasarkan corak migrasi.Mungkin anda ada pendapat lain.Sila klik [Genographic Project].

Mungkin juga cerita semua ini bukan fakta, sekadar cerita Israiliyyat...

Persoalan
  1. Apakah Islam juga berpendapat bahawa ianya banjir satu dunia?
  2. Betulkah anak nabi Nuh yg tenggelam itu bukan anaknya, sebaliknya anak curang isteri nabi Nuh dgn orang lain?
  3. Adakah utusan2 lain yg diutuskan kpd kaum itu selain nabi Nuh?
Ada org berpendapat bahawa perbualan nabi Nuh dgn anaknya yg sdg berlindung di gunug adalah mustahil ketika ribut dan ombak yg menggunung.Katanya "Muhammada adalah anak padang pasir yg tidak biasa dgn air.Sebab itu ceritanya tidak masuk akal"
Ramadhan Kareem~

Eskatologi

melarikan diri ke Malaysia dari kepanasan Mesir?? haha...karut!!

entry ini terbit dari rasa panas yang melampau di Malaysia.Saya masih ingat masa kecil2 dulu, padang depan rumah selalu berkabus...sekarang tak lagi.Dulu,kalau basuh kasut hari ahad...alamatnya akan pakai kasut basah hari isnin.Tapi harini, basuh baju sekejap saja dah kering.

mana taknya,hutan ditebang...kereta2..dll.Putrjaya pun panas! dengan jalan2 semua berturap dan dibatu, pokok2nya pohon orang putih, tasik buatan lagi~ mana tak panas?! nak ditiru lanskap barat yang beriklim sejuk. Sebelum ini Putrajaya menggunakan perkataan boulevard,parcel,dll.Belum cerita PPSMI lagi...

ESKATOLOGI

Eskatologi membincangkan tentang masa akhir zaman atau saat2 penamat tamadun manusia.(eschatos=terakhir).
Mungkin kita tidak sedar,atau tidak ambil peduli...tetapi, kebelakangan ini terlalu banyak bencana alam yang berlaku.Terlalu kerap, sehingga adakalanya berlaku serentak di kawasan berlainan.

Taufan Marakot, Ogos 2009
juga pada bulan yang sama: Taufan Bill

Taufan Katrina,Ogos 2005 diikuti Taufan Rita,Sept 2005.
Taufan Katrina asalnya kategori 1,namun bertukar ke kategori 4 akibat pemansan global.Terima kasih kepada manusia.

Gempa bumi L'Aquila, April 2009
Gempa Sichua,Mei 2008
Australia Bushfire,Feb 2009

Iowa,Jun 2008

pemanasan global mengakibatkan kepupusan 3 spesis haiwan sejam
"telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di laut dan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah merasakan mereka sebahagian dari balasan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (kepada kebenaran)"
ar-Rum 30:41
Sekumpulan penyelidik barat mendakwa dasar laut kini dipenuhi sehingga 201 055 gunung berapi iaitu 10kali lebih banyak daripada apa yang diketahui sebelum ini.Para penyelidik University Cambridge turut meramalkan ada kira2 3juta gunung berapi yang tenggelam manakala 39 000 daripadanya berada di paras ketinggian 1000meter dari aras laut.

Letusan Gunung Berapi Chaiten

Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya bumi bergoncang sekuat-kuatnya atau semua gunung berapi itu menjadi aktif dan meletus satu persatu tanpa henti? di tambah lagi dengan kepanasan dan langit yang gagal filter sinaran2 matahari?
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),dan bumi telah mengeluarkan beban2 berat (yang dikandung)nya,dan manusia bertanya "mengapa bumi (jadi begini)"?kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu kepadanya....."
al-Zalzalah 99:1-5
banyak lagi bencana alam.penat nak letak semua gambar.
jagalah alam sekitar...jadilah planeteers!!

Wednesday 12 August 2009

Kebetulan

Alam ini terjadi secara kebetulan ke?? jadi kenapa dipanggil alam semula jadi??
Bila kita cakap alam semula jadi, seolah2 kita mengakui teori of ramdomness (kewujudan kita dan alam ini hanya kebetulan.The very fact of our exist is nothing but result of a complex yet inevitable string of chemical accident and biological mutations.There is no grand meaning)

Terlalu banyak kebetulan berlaku dalam hidupan harian kita.Newton dapat teori graviti kerana secara kebetulan epal jatuh di atasnya.Begitu juga Edmund Halley yang jumpa komet dan Kellog yang mencipta emping jagung....semuanya berlaku secara kebetulan.

Saya tak panggil ianya kebetulan,saya panggil ianya ilham,takdir dari Tuhan.

Menurut Josh Tenebaum dari MIT,"kebetulan jarang diterangkan oleh pengetahuan saintifik.Namun,begitu banyak kemajuan saintifik bergantung pada kebetulan".Dalam sains linguistik, manusia tak mungkin mempelajari syntax bahasa tanpa kebetulan.

Kebetulan ialah dua atau lebih peristiwa yang berlaku tak berkaitan tetapi membawa maksud (atau patern) yang bermakna.Pada saya, mungkin tiada makna pun,maksud saya...
kabala,numerology,Pythagorean cults there are system that find meanings in numbers adn they are dime a dozen.Why? because people see what tey want to see in them
...kata Phil dari cosmology department.Jadi,peristiwa2 itu hanyala takdir yang mempunyai corak yang sama tanpa sebarang makna.Atau ilham dari Tuhan.Tiada kebetulan.Ianya memang dirancang.Dah tertulis pun di Luh Mahfuz.

Namun, peristiwa2 yang berlaku di sekeliling kita tidak harus dibiarkan.Jika Newton tidak hiraukan epal yang jatuh itu....masakan teori graviti ditemukan?

Peristiwa2 kebetulan sebenarnya bukanlah perkara yang pelik...ianya boleh dijelaskan dengan matematik.[link]

KISAH KEBETULAN 2 PRESIDEN

Lincoln telah dilantik menjadi presiden pada 1860 sementara Kennedy pada 1960.Kedua2 nama Lincoln dan Kennedy mempunyai 7 huruf.Sekretari Presiden Lincoln bernama Kennedy manakal sekretari Presiden Kennedy bernama Lincoln.Kedua2 presiden mati dibunuh pada hari Jumaat.
Lincoln dibunuh oleh John Wilkes Booth yg lahir pada 1839, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald yg lahir pada 1939.Nama penuh kedua-dua pembunuh mengandungi 15 huruf.

Booth meenmbak Lincoln dari sebuah dewan teater lalu bersembunyi dalam sebuah gudang, manakala Oswald menebak Kennedy dari sebuah gudang dan bersembunyi di dewan teater.Akibat kematia mereka,seorang presiden baru dilantik.Kedua-dua mereka mempunyai nama Johnson.Presiden Andrew Johnson dilantik menggantikan Lincoln, lahir pada tahun 1808.Presiden Lyndon Johnson yg menggantikan Kennedy pula lahir pada1908.Kedua2 nama presiden itu mempunyai 15 huruf.

hmm...mungkin kebetulan mmg wujud!!

baca laju di sini: [link] [link] [link]
sumber asal: Dewan Kosmik Jun 2008

Tuesday 11 August 2009

Pathology of Vampire

ha...first entry for new template,thanks Jack.

VAMPIRE
Cerita mengenai vampire dah diketahui umum.Dan ianya juga merupakan cerita rakyat untuk beberapa bangsa,cuma nama saja berbeza.Antara ciri2 yang ada persamaan biasanya seperti:
  • hisap darah
  • kulit pucat dan bergigi siung
  • keluar waktu malam sebab takutkan cahaya matahari
  • bencikan bawang putih
  • kepala tak betul
jadi kalau di Malaysia ianya macam Penanggal?? atau Pontianak??
dalam artikel ini, Pontianak akan diguna bagi merujuk vampire.

SAINS OK?
bagi yang tak pernah nampak,atau pernah...dan cuba memberi penjelasan saintifik:

1.RABIES
Jangkitan virus rabies akibat gigitan anjing atau kelawar atau haiwan seumpamanya.Mangsa biasanya akan demam2.Apabila virus telah menyerang Central Nervous System (CNS), mangsa akan mengalami anxiety,berperangai pelik,kekeliruan,halusinasi dan tak betul.Saliva dan air mata dihasilkan secara berlebihan dan mengakibatkan hydrophobia.Menurut Dr Juan Gómez-Alonso,mangsa ada susceptibility pada bawang putih dan matahari disebabkan hypersensitivity.

Keseluruhannya: tak tidur malam,takut matahari dan garlic dan tak betul lepas digigit.

2.PORPHYRIAS
Hayat sel darah merah lebih kurang 3bulan.Sel yang mati membebaskan heme yang mana samada dikitar semula atau disingkirkan melalui proses heme metabolism.Kecacatan dalam metabolisma ini mengakibatkan Porphyrias.
Jadi, pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah mengakibatkan pesakit kekurangan oksigen dan zat besi, lalu mempercepatkan kemusnahan sel di bawah cahaya matahari.Penyakit ini boleh menyebabkan hidung,telinga dan cartilage deformation.Gigi juga boleh kelihatan kuning disebabkan porphyrin deposition.Kesakitan yang amat sangat mengakibatkan mental disability.

Keseluruhan: pucat,takut bawang putih

3.DECOMPOSITION
Cuaca dan jenis tanah boleh mempengaruhi kadar reputan.Kadang2 kelihatan macam tak mereput langsung...malah makin sihat! (rujuk Arnold Poale yg kelihatan makin sihat lepas mati).Gas yg terhasil akibat proses reputan akan terkumpul dan menyebabkan mayat kekihatan makin gemuk.Kulit dan gusi mayat juga akan kehilangan air dan contract, mendedahkan akar rambut,kuku dan gigi...memberi gambaran relatif yang rambut,kuku dan gigi semakin panjang.

4.TWIHLIGHT
Tidak,pontianak memang wujud!! Aku pernah nampak!! Aku akan berkahwin pun dengan pontianak!! (ini bukan ayat2 saya...dan saya bukan peminat chick lit!!)

*jgn percaya sgt artikel ni...sumber pun tak berapa betul.Dah lupa pon subjek2 thn 2 dan 3.entah apa faedah post kali ini.