inflammation of theology

Sunday 21 February 2010

Big Bang!

Dalam fizik kosmologi, Big Bang merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semsesta muncul dari keadaan yang tumpat dan panas, kira-kira 13.7 billion tahun lalu. Secara mudahnya, kita boleh bayangkan Big Bang seperti bunga api yang kita lihat di malam merdeka. Percikan bunga api sekeliling titik letupan tadi boleh kita anggap sebagai galaksi.

Pada 1916, Albert Einstein mengeluarkan teori kerelatifan dan pada ketika itu umurnya baru 26 tahun. Berdasarkan teori ini, George Lemaitre, seorang ahli matematik dan juga paderi Katolik berbangsa Belgium menerbitkan persamaan yang mencadangkan bahawa galaksi-galaksi sentiasa bergerak menjahui satu sama lain.

Teori Kerelatifan yang dikeluarkan Einstein ini membawa pada terbitnya teori Big Bang sedikit sebanyak membuatkan Einstein tidak senang. Jika objek-objek di alam semesta bergerak saling menjahui, maka pastinya sebelum ini objek-objek ini berada berdekatan. Dan jika ala mini sedang mengembang, maka pastinya alam ini ada permulaan. Dan untuk alam ini wujud dari suatu yang tiada, membawa pada perlunya pada suatu 'SuperNatural Power' untuk mewujudkannya. Ini tidak dapat diterima Einstein yang kemudiannya mengubah suai pengiraannya (fudge factor) yang mencadangkan alam semesta ini tiada permulaan dan tiada pengakhiran.

 
baca juga :why the red shift does not prove the expansion of the universe [link]

Namun, pada 1929 Cerapan yang dilakukan oleh Edwin Hubble mendapati terdapat cahaya merah (redshift) di sekeliling objek di luar galaksi Bima Sakti. Jika merujuk Doppler effect, kita boleh kata perubahan warna di sekeliling objek-objek ini menunjukan ianya sedang bergerak menjauhi kita. Penemuan ini selari dengan teori Big Bang yang dicadangka Lemaitre.

Penemuan ini telah dinyatakan dalam al-Quran seribu tiga ratus tahun lebih awal dari Hubble:

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَهَا بِأَيْيدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
We constructed the sky with our hands, and we will continue to expand it. (51:47)

‘hari tanpa semalam’

Ketika itu, kekebanyakan saintis dapat menerima bahawa alam semesta ini sedang mengembang. Tetapi, mereka menolak implikasi yang menyatakan alam ini mempunyai permulaan. Jika kewujudan alam ini mempunyai permulaan, begitu juga masa. Para saintis ketika itu sudah terbiasa dengan idea masa adalah selama-lamanya. Ianya kelihatan tidak logik jika sebelum permulaan alam, tiada masa. Pasti ada masa – contoh kita kata sejuta tahun SEBELUM alam ini mula wujud / alam ini tercipta beberapa ketika SELEPAS masa. Tapi bila kita kata begini, seolah-olah kita kata masa itu ada permulaan (masa itu dicipta). Perbincangan mengenai samada masa atau ruang dulu, sila buka buku.

Namun, pada 1964 terdapat penemuan besar yang mengesahkan teori yang dikemukakan Leimaitre. Pekerja-pekerja Bell Labaratories ketika itu sibuk memikirkan apa kerosakan teleskop radio mereka apabila mengesan gangguan gelombang mikro yang tidak diingini. Gelombang itu agak kuat sehingga mana-mana arah mereka halakan teleskop itu, masih lagi mengesan gangguan tersebut.Dan gelombang itu mempunyai frekuensi yang tetap dan merujuk pada suhu yang tetap. Sebenarya, gelombang itu telah dijangka oleh saintis sebelum ini.

Gelombang itu (dikenali sebagai cosmic background radiation) merupakan saki-baki hasil letupan besar Big Bang. Sama macam bunga api tadi, letupan itu menghasilkan haba dan unsur-unsur lain (remnant). Namun teori ini masih lagi teori. Allah Maha Mengetahui.

Sesetengah sarjana Islam percaya al-Quran selari dengan teori ini dalam hal penciptaan seperti berikut:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَهُمَا وَجَعَلْنَا مِنْ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَى أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Do the unbelievers not realize that the heaven and the earth used to be one solid mass that we exploded into existence? And from water we made all living things. Would they believe? (21:30)

bila baca ayat ini, teringat Einstein. Tiadakah orang yang membacakan kepadanya semasa dia buat fudge factor?? Ayat ini seolah-olah ditujukan khas untuk Einstein...

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَعِلِينَ
On that day, we will fold the heaven, like the folding of a book. Just as we initiated the first creation, we will repeat it. This is our promise; we will certainly carry it out. (21:104)

Lepas baca ayat ini, cuba baca teori Big Crunch pula.

*Say: "Travel through the earth and see how God did originate creation; so will God produce a later creation: for God has power over all things. (29:20)

Saturday 20 February 2010

Berapa Lama Sebelum Masa Dicipta?

 Stephen Hawking wrote in his book, "A Brief History of Time" proposes a cosmological model, that there was no precise moment when the universe "began", because there was no precise moment when time began.

Berapa lama jangka waktu sebelum masa dicipta saya tidak dapat jawab. Sebab masa itu sendiri belum dicipta! Tetapi, apa yang pasti, jangka masa (umur) alam ini boleh dikira. Penemuan yang ditemui Hubble megatakan bahawa alam ini sedang mengembang dan segala entiti dan galaksi bergerak menjauhi satu sama lain. Di sini kita boleh kata, suatu masa dulu segala entiti ini berada di jarak yang sangat dekat atau barangkali bersatu.

Datang pula teori Big Bang, yang sedikit sebanyak terbit dari teori Relativiti yang dikeluarkan Albert Einstein. Teori ini adalah yang penjelasan yang paling diterima setakat ini, berkenaan bagaimana wujudnya alam ini. Ironiknya, Einstein sendiri tidak dapat menerima teori Big Bang ini sedangkan dialah yang mengeluarkan teori Relativiti. Kerana, jika dia memengang teori ini, bermakna alam ini wujud dari sesuatu yang tidak ada... dan kewujudan itu membuktikan adanya suatu "Supernatural Power" yang menciptanya. Lalu dibuatnya sedikit perubahan dalam pengiraan (fudge factor) sebab tak nak menerima haikat ini. Namun akhirnya dia sedar dan berkata: "this is the greatest blunder ini my life"

*sebut pasal ironic, teringat Nicolaus Copernicus yang mendacangkan bahawa bumi yang mengelilingi matahari adalah seorang canon (macam kerani eh?) di Frauenburg Cathedral.

Sir Arthur Eddington pernah berkata dalam Nature of the Physical World (1927): [link]
"tida mengapa jika teori kamu tidak bertepatan dengan pemerhatian, tetapi, jika teori kamu tidak bertepatan dengan Second Law of Thermodynamic, ianya adalah kesalahan besar"
Dan sebenarnya, kenyataan yang mengatakan alam ini wujud selama-lamanya (tiada permulaan dan pengakhiran) adalah amat bersalahan dengan Second Law of Thermodynamic. Jika alam ini tiada permulaan, alam ini seharusnya sudah berada dalam keadaan keseimbangan, suhu semua sama. Seperti kata Prof Stephen Hawkings: "The Second Law, states that disorder always increases with time. Like the argument about human progress, it indicates that there must have been a beginning. Otherwise, the universe would be in a state of complete disorder by now, and everything would be at the same temperature. In an infinite and everlasting universe, every line of sight would end on the surface of a star. This would mean that the night sky would have been as bright as the surface of the Sun. The only way of avoiding this problem would be if, for some reason, the stars did not shine before a certain time."  [link]

Light Cone. jika kita boleh bergerak lebih laju dari cahaya, pasti kita boleh melihat masa lepas...

Balik pada tajuk asal. Dengan mengambil kira pecutan dan jarak antara galaksi, dan beberapa kaedah lain, para saintis mengira umur alam ini dan mendapati, umur alam ini adalah 13.5 billion tahun.[link].

Apakah kaitan 6 hari penciptaan alam seperti dalam ayat -
ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب
dengan umur alam ini (13 billion tahun?)
-tunggu post akan datang~

*kenapa Allah menyuruh kita berjalan di muka bumi untuk mengetahui permulaan penciptaan alam? dan bukannya meneropong langit seperti ahli kosmologi? apakah hikmahnya??
قل سيروا في الأرض فانظروا كيف بدأ الخلق

Saturday 6 February 2010

Dia Lebih Fasih

Mari kita buat sedikit perbandingan antara kisah nabi Musa seperti diceritakan dalam al-Quran dan dalam Taurat. Saya kadang-kadang menggunakan perkataan Bible sedangkan saya maksudkan Taurat. Ini kerana seperti yang sahabat semua maklum, Bible terdiri dari 2- New dan Old Testament. Old Testament adalah Taurat.

Kali ini kita cuma akan bincang ayat ini:
“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta “
(al-Qasas:34)

Kisah seumpama ini juga ada dieceritakan dalam Bible:
וַיֹּאמֶר מֹשֶׁה אֶל-יְהוָה, בִּי אֲדֹנָי, לֹא אִישׁ דְּבָרִים אָנֹכִי גַּם מִתְּמוֹל גַּם מִשִּׁלְשֹׁם, גַּם מֵאָז דַּבֶּרְךָ אֶל-עַבְדֶּךָ:  כִּי כְבַד-פֶּה וּכְבַד לָשׁוֹן, אָנֹכִי. 

And Moses said unto the LORD: 'Oh Lord, I am not a man of words, neither heretofore, nor since Thou hast spoken unto Thy servant; for I am slow of speech, and of a slow tongue.'
Exodus 4:10
And the anger of the LORD was kindled against Moses, and He said: 'Is there not Aaron thy brother the Levite? I know that he can speak well. And also, behold, he cometh forth to meet thee; and when he seeth thee, he will be glad in his heart.
Exodus 4:14

Apa yang menarik saya nak sebutkan di sini ialah, terdapat pentafsir Taurat yang membuat spekulasi yang mengatakan nabi Musa ada cleft lip! (hare lip/sumbing). Namun apa yang lebih penting bukanlah perbincangan mengenai isu ini. Kita lebih perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah penyebaran dakwah yang dilakukan oleh nabi Musa. Post ini hanya untuk bacaan di waktu senggang selepas peperiksaan. Saya menulis post ini untuk dikongsi kerana saya merasakan pentafsiran ini sangat menarik!

Menurut Levin, terjemahan di atas (Exodus 4:10) adalah kurang tepat kerana dalam Hebrew, perkataan yang digunakan ialah פֶּה (peh) yang membawa maksud mulut dan bukan lidah. Perkataan yang lebih sesuai untuk lidah atau percakapan ialah lashon atau sefataim. Menurutnya lagi, contoh-contoh lain dalam Bible yang merujuk pada speech defect menggunakan perkataan safah atau ileg, dan bukan peh.


If, in fact, he had an uncircumcised lip, a physical malformation, he would be more easily recognized and identified. This might have been an added factor to his ready recognition as the one who had killed an Egyptian (Exodus 2:14). Even a moustache and beard might not have adequately hidden an oral deformity.

Why did Moses not function as high priest? He was de facto high priest at the time when the tabernacle was in the wilderness. He was in and out of this sacred structure, communing with God. Yet Aaron became high priest. Was this out of respect for the older Aaron or was there some other reason? Persons with physical defects don't lend themselves as suitable spokesmen for deity and ritual. The Israelites promulgated a law forbidding high priesthood to ablemished individual (Leviticus 21:16f). Did Moses have a physical blemish?

Moses was hidden for 3 months (Exodus 2:2), supposedly because of a murderous edict by Pharaoh.- But the older Aaron (Exodus 7:7) wasn't hidden.

Furthermore, such an edict, to be effective, would have been promulgated against newborn girls. In any event there is no textual record of other newborn Israelites being drowned; quite the reverse (Exodus 10:2,9). Only Moses was secreted away; why? Did his mother need to isolate-.him because of some specific difficulty? It would seem so. The Hebrew text says that after his birth vatereh oto ki tov hu, commonly translated as 'and she saw that he was a fine (or goodly) child or something similar. This is invariably interpreted as referring to his pleasing appearance or sunny disposition (eg as noted in the Talmud, Sotah 12a, an opinion predating the 5th century, or as noted by the justly famed 11th century French-Jewish biblical commentator best known by his acronym, Rashi).
Dan beberapa hujah lain yang membawa Levin pada spekulasi yang megatakan Moses adalah sumbing. Sahabat-sahabat boleh baca dalam pdf di link ini: Journal of the Royal Soceity Medicine

Tetapi,  bukankah antara syarat nabi antaranya ialah lelaki, sempurna (tidak cacat), dan lain-lain... betulkan?
Jadikan post ini sekadar bacaan, dan tengok macam mana Levin ini boleh tafsirkan ayat-ayat di atas sedemikan rupa..

*Yus, asalnya aku nak tulis ini dalam BUDAKMEDIK, tapi rasa macam tak sesuai. Post ini sendiri aku rasa macam tak patut.