Pada 1916, Albert Einstein mengeluarkan teori kerelatifan dan pada ketika itu umurnya baru 26 tahun. Berdasarkan teori ini, George Lemaitre, seorang ahli matematik dan juga paderi Katolik berbangsa Belgium menerbitkan persamaan yang mencadangkan bahawa galaksi-galaksi sentiasa bergerak menjahui satu sama lain.
Teori Kerelatifan yang dikeluarkan Einstein ini membawa pada terbitnya teori Big Bang sedikit sebanyak membuatkan Einstein tidak senang. Jika objek-objek di alam semesta bergerak saling menjahui, maka pastinya sebelum ini objek-objek ini berada berdekatan. Dan jika ala mini sedang mengembang, maka pastinya alam ini ada permulaan. Dan untuk alam ini wujud dari suatu yang tiada, membawa pada perlunya pada suatu 'SuperNatural Power' untuk mewujudkannya. Ini tidak dapat diterima Einstein yang kemudiannya mengubah suai pengiraannya (fudge factor) yang mencadangkan alam semesta ini tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
baca juga :why the red shift does not prove the expansion of the universe [link]
Namun, pada 1929 Cerapan yang dilakukan oleh Edwin Hubble mendapati terdapat cahaya merah (redshift) di sekeliling objek di luar galaksi Bima Sakti. Jika merujuk Doppler effect, kita boleh kata perubahan warna di sekeliling objek-objek ini menunjukan ianya sedang bergerak menjauhi kita. Penemuan ini selari dengan teori Big Bang yang dicadangka Lemaitre.
Penemuan ini telah dinyatakan dalam al-Quran seribu tiga ratus tahun lebih awal dari Hubble:
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَهَا بِأَيْيدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
We constructed the sky with our hands, and we will continue to expand it. (51:47)
‘hari tanpa semalam’
Ketika itu, kekebanyakan saintis dapat menerima bahawa alam semesta ini sedang mengembang. Tetapi, mereka menolak implikasi yang menyatakan alam ini mempunyai permulaan. Jika kewujudan alam ini mempunyai permulaan, begitu juga masa. Para saintis ketika itu sudah terbiasa dengan idea masa adalah selama-lamanya. Ianya kelihatan tidak logik jika sebelum permulaan alam, tiada masa. Pasti ada masa – contoh kita kata sejuta tahun SEBELUM alam ini mula wujud / alam ini tercipta beberapa ketika SELEPAS masa
Namun, pada 1964 terdapat penemuan besar yang mengesahkan teori yang dikemukakan Leimaitre. Pekerja-pekerja Bell Labaratories ketika itu sibuk memikirkan apa kerosakan teleskop radio mereka apabila mengesan gangguan gelombang mikro yang tidak diingini. Gelombang itu agak kuat sehingga mana-mana arah mereka halakan teleskop itu, masih lagi mengesan gangguan tersebut.Dan gelombang itu mempunyai frekuensi yang tetap dan merujuk pada suhu yang tetap. Sebenarya, gelombang itu telah dijangka oleh saintis sebelum ini.
Gelombang itu (dikenali sebagai cosmic background radiation) merupakan saki-baki hasil letupan besar Big Bang. Sama macam bunga api tadi, letupan itu menghasilkan haba dan unsur-unsur lain (remnant). Namun teori ini masih lagi teori. Allah Maha Mengetahui.
Sesetengah sarjana Islam percaya al-Quran selari dengan teori ini dalam hal penciptaan seperti berikut:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَهُمَا وَجَعَلْنَا مِنْ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَى أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Do the unbelievers not realize that the heaven and the earth used to be one solid mass that we exploded into existence? And from water we made all living things. Would they believe? (21:30)
bila baca ayat ini, teringat Einstein. Tiadakah orang yang membacakan kepadanya semasa dia buat fudge factor?? Ayat ini seolah-olah ditujukan khas untuk Einstein...
يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَعِلِينَ
On that day, we will fold the heaven, like the folding of a book. Just as we initiated the first creation, we will repeat it. This is our promise; we will certainly carry it out. (21:104)
Lepas baca ayat ini, cuba baca teori Big Crunch pula.
*Say: "Travel through the earth and see how God did originate creation; so will God produce a later creation: for God has power over all things. (29:20)