inflammation of theology

Monday, 29 May 2017

Solat Subuh

Masalah Bangun Subuh

Pada zaman kita yang serba maju ini, semakin banyak kerja dan kesibukan pada siang dan malam harinya. Semakin hilang garis masa yang membezakan waktu kerja dan rehat, dan masa semakin memintas mereka yang lalai.

Maka kehidupan hari ini seperti penjar, keperluan bertali arus, cahaya menerangi kegelapan malam mencelikkan mata dan menolak waktu tidur menjadi selepas tengah malam atau hampir-hampir menjelang fajar. Maka bermulalah hari itu dgn stupor, lemah dan lesu

Sentuhan Nabi Memecah Fatamorgana

Jika kita melihat kepada hadis-hadis nabi, banyak sentuhan2 baginda yang menyuluhi cara hidup kita yang sebenar

كان رسول الله ينهى عن النوم قبلها والحديث بعدها

"Rasulullah melarang untuk tidur sebulumnya dan bersembang selepasnya"
hadis sahih, riwayat bukhari, tarmizi dan ibn majah

Sebelumnya - sebelum solat Isya, takut terlepas waktu berjamaah
Bersembang selepasnya - kerana ianya akan membawa kepada berlebih-lebihan, yang boleh membawa kepada terlepasnya qiamullail dan barangkali solat subuh juga

Questionaire - skip dulu

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat
(Fussilat 41:35)

Air tidak akan dapat naik ke level yang lebih tinggi melainkan usaha yang tinggi, atau pam air

Solat subuh itu merupakan permata yang mahal dan berlian berhaga yang perlu kita miliki. Oleh demikian itu, kita hendaklah menyiapkan segala persiapan dan menyediakan senjata bagi memerangi hawa nafsu, dunia dan syaitan

Thursday, 16 April 2015

Qutuz- Part 2

12** - Kaherah, Mesir.

Kota Kaherah diasaskan ketika zaman Fatimiyah, iaitu puak Syiah. Kota Kaherah berjaya ditukarkan ke fahaman ahli Sunnah hasil jasa Salehuddin Al-Ayyubi. Kota Kaherah mempunyai beberapa pintu utama antaranya:
- Bab al-Futuh (pintu Pembukaan: dimana askar-askar akan keluar untuk membuka negara Islam baru),
- Bab al-Nasr (pintu kemenangan: dimana askar-askar akan masuk selepas membuka negara Islam baru),
- Bab Louq,
- Bab Zuweyla.

Aku tak sempat sampai Bab Zuweyla.

Ketika itu, Kaherah mengalami krisis dalaman. Tidak bersultan. Tiada kekuatan tentera. Pecah belah. Haru biru. Namun di saat itulah tentera Mongol datang mengetuk pintu kota Kaherah. Tentera yang telah meranapkan Dinasti apatah di Cina dan merobohkan tamadun Baghdad.

Siapakah yang sanggup mengemudi kapal yang sedang tenggelam? Apatah lagi ketika dikepung kapal perang musuh.

Ketika itulah Saifuddin Qutuz bangkit! "Wa Islamah!" Demi Islam!!!

Malangnya, masyarakat Mesir tidak bersedia untuk berperang dengan pihak Mongol. Mereka lebih cenderung untuk menyerah dan membuka pintu kota Kaherah dengan harapan mereka tidak diapa-apakan. Mesir juga diambang krisis ekonomi akibat siri-siri perang salib yang menelan belanja besar.

Utusan Mongol datang mengetuk pintu. Utusan tersebut berbunyi (lebih kurang):

" dari Raja timur dan barat; Khan yang hebat, kepada Qutuz si Mamluk yang melarikan diri dari pedang kami.
Kau patut fikir tentang apa yang terjadi di negara-negara lain... Mana lagi nak lari? doa kau kepada tuhan kau tidak memberi kesan kepada kami. Menyerah la...
Andaikata kau lawan, kami akan robohkan masjid-masjid kamu dan bunuh anak isteri kamu"

Barangkali ketika itu Mongol sudah pun mengetahui bahawa Qutuz adalah Muhammad Mahmud, putera Bukhara yang melarikan diri dari ketika Bukhara diserang dulu?

Namun, surat utusan itu cukup mengecutkan perut masyarakat Mesir ketika itu. Lalu bagaimana Qutuz bisa meniupkan semangat berperang menentang tentera Mongol?

Qutuz pancung kepala utusan-utusan tersebut dan pacakkannya di Bab Zuweyala.
Pengisytiharan perang yang paling brutal.

... to be continued.
** spoiler alert: Izz Abd Salam, (aka Sultan Ulama) menyelesaikan masalah ekonomi Mesir.

Bab Al-Futuh

atas Bab Futuh, tertulis: Bismillahir rahmanir rahim, La ilaha IllAllah, Muhammad Rasulullah, Ali Wali Allah
Syiah


Sunday, 12 April 2015

Qutuz - Part 1



Ayn Jalut, Palestin.

Tempat berlakunya peperangan antara Tolut dan Jalut. Peperangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT kepada Bani Israel sebelum mereka diizinkan masuk ke Palestin. Menurut eskatologi Kristian, di sinilah akan berlakunya Perang Armegeddon.

Tempat ini jugalah terhentinya kemaraan tentera Mongol dari meranapkan tamadun Islam. Tentera Mongol tumpas di tangan Saifuddin Qutuz. Peperangan itu dinamakan sempena tempatnya; Perang Ayn Jalut.

Seperti mana doa para sahabat ketika Perang Badar, "Andai umat Islam tewas di dalam perang Badar ini, maka tiada lagi manusia akan sujud kepadaMu ya Allah." Ayn Jalut jug merupakan benteng terakhir umat Islam. Andai tewas peperangan ini, tamatlah tamadun Islam yang gilang gemilang.

Ketika mana pentas dunia tertumpu pada Timur Tengah dan Eropah, muncul satu ketumbukan tentera yang kuat dari tengah-tengah gurun Asia. Ketumbukkan itu menumbangkan semua kerajaan yang bersempadan dengannya, termasuklah kerajaan Islam Bukhara.

Tentera itu sangat kejam dan zalim. Tiada perikemanusiaan. Ada juga yang berpendapat merekalah Yakjuj Makjuj. Memusnahkan segala dihadapannya. Ibnu Khaldun juga ketika melawat Cina menyifatkan Tembok Besar Cina sebagai tembok yang dibina Zulqarnain untuk mengepung Yakjuj Makjuj. Merekalah tentera Mongol.

Tentera Mongol menawan Bukhara dan membunuh raja dan seluruh keluarganya... kecuali beberapa orang yang sempat melarikan diri ke Mekah. Antaranya ialah Muhammad Mahmud.

Muhammad Mahmud sempat melarikan diri ke Mekah, namun malangnya beliau telah ditangkap dan dijual sebagai hamba. Di Mekah, beliau sempat bertemua dengan ulama' tersohor Izz Abdus Salam. Akhirnya Muhammad Mahmud dibeli oleh Sultan Malik Salih dan dibawa ke Mesir untuk dilatih sebagai askar Mamluk (askar hamba; Mamluk = yang dimiliki).

Pada masa itu, Mesir sedang berperang dengan kerajaan Byzantine Rom di dalam siri-siri perang salib. Mesir berada di bawah pemerintahan Ayyubi - Sultan Malik Salih Al-Ayyubi; antara sultan terakhir zaman Ayyubi, Zaman ini diasaskan oleh Salehuddin Al-Ayyubi setelah membebaskan Baitul Maqdis. Sementara tentera Salib pula dipimpin oleh Raja Louis IX

Pada tahun 12**, berlangsungnya perang Salib ke-7. Tentera Salib masuk ke Mesir melalui Damietta (Dumyat). Mereka berjaya mara sehingga ke Mansurah (meaning: Victorious). Dalam ketika itu, tentera Islam berjaya menangkap Raja Louis IX. Sultan Malik Saleh telah mengurungnya di rumah Luqman. Rumah itu berada di tempat yang tinggi sehingga membolehkan Raja Louis 9 melihat kehidupan harian umat Islam. Dari pemerhatian beliau itulah terpaculnya ayat yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini:

"umat islam tidak dapat dikalahkan dengan pedang... lebih kurang"

Malangnya, sebelum sempat umat Islam memenangi peperangan itu, Sultan Malik Salih mangkat. Untuk tidak menimbulkan kekecohan dan perebutan kuasa di saat-saat genting itu, isterinya Syajaratud Durr telah menyembunyikan kematian sultan. Mayatnya dialirkan melalui terusan sehingga ke Sungai Nil untuk disorokkan di Pulau Manyal.

Pulau Manyal tempat letaknya Kasr El-Ainy Medical School, tempat aku belajar.

Tentera Islam ketika itu majoritinya terdiri dari askar-askar Mamluk yang terlatih. Setelah tentera Mamluk berjaya memenangi Perang Salib ke-7 itu, Syajaratud Durr menabalkan dirinya sebagai Sultana kerana ketika itu waris sultan masih diusia kanak-kanak.

Syajaratud Durr adalah satu-satunya Sultana (sultan perempuan) di sepanjang sejarah umat Islam. Namun pemerinahan beliau sebagai Sultana tidak lama. Kerajaan Pusat di Baghdad tidak bersetuju Syajaratud Durr sebagai Sultana kerana bercanggah dengan Islam. Atas tekanan kerajaan Baghdad, Syajaratud Durr berkahwin dengan Izzudin Aybak dan melantiknya sebagai Sultan.

Izzudin Aybak akhirnya berkahwin dengan perempuan lain. Hal ini menyebabkan Syajaratud Durr hilang kuasa dan terasa dirinya dikhianati. Izzudin Aybak mati dibunuh Syajaratud Durr. Di bilik mandi.

Hal ini menyebabkan tentera Mamluk terpecah kepada beberapa paksi. Mereka yang berpihak kepada Syajaratud Durr dan pihak Izzudin Aybak. Dalam masa yang sama, pemerintahan Ayyubi berpecah kepada Mesir dan Syria kerana perebuatan kuasa antara Najmuddin Ayyub dan kerajaan Mesir. Najmuddin Ayyub sanggup meminta bantuan tentera Salib untuk menawan Mesir.

Tanpa disedari, tentera Mongol semakin hampir dengan Mesir. Benteng terakhir umat Islam. Pada ketika itu Mesir tidak bersultan. Malahan tentera Mamluk juga terpecah-pecah. Umat Islam juga tidak bersatu.

Maka bangkitlah seorang panglima Mamluk; Saifuddin Qutuz dengan melaungkan "Wa Islamah!"

....... to be continued
(**spoiler alert: Saifuddin Qutuz adalah Muhammad Mahmud, putera Bukhara!)

Pintu masuk Madrasah Malik Saleh

Wednesday, 19 June 2013

Flowers For Algernon


Bunga untuk Algernon; nama seekor tikus makmal.

Saya boleh kata buku ini adalah page turner. Mungkin sebab manusia suka baca diari orang lain. Diari orang, bukan tikus. Diari Charlie Gordon; berumur 32 tahun dan terencat. Kerjanya adalah membersih lantai dan tandas di sebuah kedai roti. Sehinggalah dia menjadi super genius selepas dibedah.

Daniel Keyes berjaya meletakkan pembaca di dalam diri Charlie. Awal ketika Charlie berubah genius, anda dapat rasakan kepedihan disuluhi hakikat dan pengetahuan, seperti dalam Allegory of the Caves. Dan ternyata penulis cuba menyampaikan maksud Plato tersebut apabila Keyes qoute dari Allegory di akhir novel.

Selepas Adam and Eve memakan buah dari Tree of Knowledge, pakaian mereka tertanggal dan mereka dicampakkan ke dunia. Dan Charlie, selepas hakikat dan pengetahuan menyedarkannya, dia mula mengenal emosi dan nafsu. Buku ini diterbitkan pada 1966 tetapi sudah mula menghubung kait IQ dan EQ.

Semakin banyak intelligence, semakin banyak masalah.
Semakin banyak intelligence, semakin perlu kepada emosi.

Pertambahan kebijakkan mengubah seseorang dari sudut psychology, emosi dan personality. Dan di situ Charlie mula mencari siapakah dirinya. Jawapan yang tidak dapat dijawab walaupun dia telah menguasai 20 bahasa dan pelbagai bidang ilmu.

Dan pencarian identiti ini adalah plot yang sedih. Penamat cerita ini mungkin membuatkan anda mengalirkan air mata. Penamat yang hebat.

Buku ini sangat berbaloi dibaca. Sekolah di UK menjadikan buku ini sebagai silibus. Begitu juga bagi mereka di KMB. heh.

*seperti progris riport Charlie yang semakin baik ejaannya, begitu juga blog ini apabila membaca post-post terdahulu. Memalukan.

Wednesday, 2 January 2013

Kenapa Semua Benda Pasti Ada Lawannya?


Saya tak percaya pada kebetulan. Jika tidak, sia-sia aja kita berfikir jika tiada reasoning.
Saya juga tidak percaya pada graviti. Sebab itu saya boleh terbang.

Dengan reasoning juga, kita dapat agak apakah fungsi sesuatu benda dengan hanya melihat bentuk dan sifat tersebut. Kita dapat agak apakah fungsi benda yang tajam, terang, atau lembut.

Kita dapat tahu fungsi dan peranan sesuatu dengan bentuk dan sifatnya. Similarly, engkau boleh tahu tugas dan peranan manusia dengan meniliti ciri dan sifat manusia.

Kenapa setiap haiwan berbeza?

Sudah tentu peranan engkau berbeza degan lembu. Peranan lembu juga berbeza dengan lalat. Jika kita dicipta untuk tugas yang sama, mengapa perlu berbeza sifat. Tidak praktikal. Bolehkah kita kata fungsi kerusi, lampu dan rice cooker sama dengan fungsi pisau? Tentulah tidak.
Haiwan pula?

Setiap spesis haiwan berbeza bentuk dan sifat. Masing-masing mempunyai senjata tersendiri untuk mempertahankan diri. Ciri-ciri mereka adalah untuk memainkan peranan mereka. Lihatlah cheetah. Giginya tajam, kakinya laju. Fungsinya adalah untuk mengejar dan menerkam si rusa. Lihat juga rusa, tanduknya panjang, lari pun laju. Jadi rusa boleh mempertahankan dirinya dari cheetah.

Tunggu. Manusia juga haiwan. Senjata apa yang ada pada kita untuk mempertahankan diri? Jangan kata pedang. Pedang bukan anggota kita, dan engkau bukannya samurai.

Gigi kita tidak cukup tajam untuk menyiat. Kuku kita pula hanya sedap untuk menggaru. Kita tiada tanduk, apatah lagi kepak. Mata pun ada yang rabun. Lari pula tidaklah laju.

Setiap haiwan berbeza dari haiwan yang lain. Setiap satu mempunyai sifat tersendiri. Sifat helang berbeza dari haiwan lain, malah berbeza dari burung yang lain. Hanya kerana helang ada peranan yang berbeza dari burung yang lain.

Beza kita ialah akal kita. Malah tangan dan kaki kita sifatnya begini hanyalah untuk memainkan peranan kita sebagai manusia. Kita tidak perlukan kepak sebab kita tak perlukan kepak untuk terbang. Kita hanya perlu untuk tidak mempercayai graviti.

Persoalannya ialah...

Adakah fungsi cheetah untuk makan rusa? Jika benar, maka mengapa rusa ada senjata untuk mempertahankan diri dari cheetah? Jika benar fungsi rusa untuk dimakan cheetah, rusa tak perlukan tanduk dan kaki yang laju. Bahkan patut juga bersarang dekat dengan cheetah.

Kenapa semua benda pasti ada lawannya?

Semua sekali. Sampaikan wujudnya perkataan -anti.

Jika manusia diciptakan untuk taat kepada tuhan, mengapa diciptakan nafsu? Mengapa tidak diciptakan manusia seperti malaikat?

Jika akal manusia diciptakan untuk belajar, mengapa  diciptakan juga lupa? Bukankah ianya hanya menafikan sebab kewujudannya?

Jika kita dicipta untuk bekerja, mengapa diciptakan penat dan tidur? Tanpa tidur dan penat bukankah kita dapat menjalankan tugas kita sebaiknya?

Manusia diciptakan dalam susah payah. Manusia diciptakan untuk diuji. "Life without examination is not worth living" - Plato.

Dan kita tidak bercerita tentang peranan akal.

Barangkali semua benda pasti ada lawannya adalah kerana alam ini menuntut kita berusaha.Semua haiwan perlu berusaha. Barangkali itulah sunnah alam ini. Usaha. Usaha. Usaha!

Maka setelah penat berusaha maka diciptakan malam untuk haiwan berehat dan tidur.Sekali lagi, kita digalakkan berusaha dengan juhud yang tinggi untuk bangun tengah malam beribadat. Kita perlu berusaha keras. HARDWORK!

Dan apa yang dinilai ialah usaha keras kita, bukannya keputusan kita.

Dan setiap dari kita perlulah bekerja keras dalam setiap bidang / pekerjaan kita. Dengan itu Malaysia akan maju. Lets try our best.

"Manusia gagal bukan kerana keputusan. Manusia gagal apabila dia berhenti berusaha."
Adam,
tahun baru 2013. esok exam. kepala dok betui.

Thursday, 1 November 2012

Bagaimana Meramal Masa Depan

Saya percaya tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. (baca sini) Semua perkara yang berlaku mempunyai sebab, penyebab, akibat dan mekanisme. Begitu juga dengan hari esok. Jika apa yang berlaku pada hari esok bukan suatu kebetulan atau rawak, maka hari esok boleh diramal.

Ramal tidak bermaksud tahu. Apatah lagi perkara yang hanya Tuhan saja yang tahu.

Kenapa perlu ramal masa depan? Apabila kita tahu masa depan, maka kita boleh design masa depan kita. Seperti biasa, untuk tengok hari esok, maka kita perlu lihat hari ini. Jika kita mahukan sesuatu pada hari esok, maka kita perlu impikannya hari ini. Jika kita mahu capai sesuatu pada hari esok, maka kita perlu usahakan hari ini.

Itu mudah. Alam berjalan mengikut aturan / sunnah. Boleh diramal. Manusia pula senang berubah, maka lebih susah untuk diramal. Sebab itu kita disarankan supaya berdoa agar Allah menetapkan hati kita apabila sudah dikurniakan hidayah.

Bagaimana pula meramal sesuatu yang melibatkan orang lain? Bolehkah kita meramal apa yang sesorang itu akan buat? Apakah hasil / outcome dari tindakan tersebut?

Game. Semua permainan melibatkan dua pihak. Atau lebih. Game Theory. Game boleh jadi apa saja. Polisi luar Amerika, perjanjian dua syarikat, transaksi kedai, rebut tender ataupun ibu bapa yang pening nak balik Johor atau Perlis di Hari Raya.

Beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum meramal.

1. Kenal pasti semua pihak yang boleh memberi pengaruh atau kesan terhadap outcome dalam suatu game.

2. Ketahui pendirian dan sasaran mereka di dalam game.

3. Ambil kira sejauh mana kepentingan mereka dalam suatu game. Adakah mereka sanggup buat apa saja supaya hasil dari game tersebut sama dengan sasaran mereka, ataupun mereka tidak peduli dengan hasil tersebut.

4. Pengaruh setiap pemain terhadap pemain lain. Adakah seseorang itu mampu mengubah pendirian orang lain? Sejauh mana?

5. Saya ada exam. Dan exam bukan game. Lain kali saya sambung.

a game between three. "hurm, bila kita nak berkahwin ya?" (2009)
is marriage a game?

Monday, 15 October 2012

Teknik Surah Haaqqah

Glaucon, seorang ahli falsafah Greek berkata: ‘Manusia berlaku adil hanya kerana dia tidak mampu berlaku zalim.’

Seseorang itu apabila melakukan kezaliman atau jenayah, dia yakin yang dia mampu melakukannya tanpa menerima sebarang akibat. Lihat saja mereka yang sedang bersendirian tidak diperhatikan orang lain, ataupun raja yang mempunyai kuasa undang-undang. Apabila mampu, mereka akan berlaku zalim.

Tetapi, seorang yang beriman yakin bahawa setiap perbuatan dan tingkah laku diperhatikan Tuhan. Dan setiap perbuatan itu akan diganjari dan dibalasi baik buruknya. Mereka yakin mereka tidak akan sekali-kali mampu melakukan kezaliman. Maka, antara tujuan surah Haaqah adalah untuk menyedarkan mereka yang tidak beriman tentang hakikat ini.

Lalu kita baca:

'Al haa~ QAH!. Mal haa~ QAH?!’
 (Hari Kiamat! Apakah Hari Kiamat itu?!)

Kita akan dengar bunyi seperti letupan bunga api di malam merdeka. Dentuman itu sangat kuat sehingga gelombangnya memukul-mukul muka mereka yang berdekatan.

Begitu juga surah Al-Haaqah. Nadanya selari dengan maksudnya. Bunyinya menumbuk-numbuk hati pendengar, menyedarkannya tentang hakikat yang besar.

'Sedarlah! Hari kiamat itu akan tiba! Perbuatanmu akan dibalas!’

***

Teknik penulisan surah Haaqqah ialah berkenaan pemilihan perkataan yang selari dengan suasana cerita. Suasana keras dengan nada yang keras, suasana tenang dengan perkataan yang beralun.

Suasana cemas:
Ahmad berlari dengan laju apabila dikejar perompak itu. Sekali-sekala dia memaling kebelakang memerhatikan perompak yang semakin mendekatinya.

Teknik TSH:
Ahmad berlari deras. Mukanya cemas. Dia menoleh ke belakang. Perompak itu semakin dekat.

Suasana tenang:
Ahmad menapak pantas. Pagi itu segar. Angin bertiup nyaman.

Teknik TSH:
???