inflammation of theology

Thursday 26 November 2009

Nombor Fibonacci

Mencari Tuhan menggunakan matematik. Kerna matematik itu logik, dan kewujudan Tuhan adalah logik (jika tidak manusia tidak akan mempercayai kewujudan tuhan).

Kita tengok matahari,bulan...bentuknya bulat. Kita tanya, kenapa tidak matahari itu berbentuk kubus? Barangkali kerana bulatan (yang saya nak kaitkan dengan spiral) berbentuk lebih semulajadi (yang kita tahu ianya bukan terjadi dengan sedirinya).Dan kita tengok bentuk spiral yang tidak kurang banyaknya dalam alam ini. eg: tumbuhan, haiwan, galaksi, DNA dan macam-macam lagi.


Vladimir Nobokov: Speaking, Memory (1966)

Apa hikmahnya sang Maha Pencipta menciptakan begitu banyak ciptaan berasaskan/berbentuk spiral?
Kita cuba terjemahkan kepada matematik. Kita akan dapat:
Fibonacci sequence
Fn= F(n-1)+F(n+2)
nilai n,
F0=0 , F1=1
0, 1, 0+1 = 1, 1+1 = 2, 1+2 = 3, 2+3 = 5, 3+5 = 8.
iaitu mempunyai turutan nombor:
 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8,13,21,34,55,89,144....

Pusaran fibonacci ialah spiral yg dilukis menggunakan nombor2 berikut pada fibonacci tiling. Satu spiral akan terbentuk apabila garis lengkung dilukis pada dua sudut yang bertentangan dalam segi empat pada tiling tersebut. Garisan biru dari gambar di atas adalah fibonacci spiral.

However, some thinker, philosopher, and religous zealot, views that this fibonacci sequence is the evidence of God artistry & the existence of higher intelligence; ‘God fingerprint’ - they said.

Cuba tengok pada cap jari kita. Samada arches, whorls, loops atau composite. Tiada spiral. Tapi kita boleh jumpa spiral di mana-mana eg: cengkerang siput, sarang lelabah, tanduk kambing, bentuk galaksi yang kita duduk, whirpool, tornado, cochlea, DNA, etc

Jika kita perhatikan, Fibonacci sequence ini membawa unsur Gradual (beransur-ansur).

1.Alam dicipta berperingkat/beransur-ansur.

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْارْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ ايَّامٍ
It is God Who has created the heavens and the earth, and all between them, in six Days...(32:4)

Sudah tentu Maha Pencipta mampu mencipta semua ini dalam sekelip mata.Gradual. Menunjukan bahawa alam ini tidak berlaku secara tiba-tiba dengan sendirinya. Tidak logik untuk kita katakan kejadian alam yang teratur dan berperingkat ini berlaku secara tiba-tiba dengan sendirinya.

Jemaah haji dan umrah, apabila melakukan tawaf biasanya akan bermula dari kawasan yang sedikit jauh berbanding kaabah (melainkan waktu itu tak ramai orang hingga boleh mula betul-betul di sisi kaabah) dan beransur-asnur merapati dinding kaabah (itupun jika dia cuba unntuk dapatkan hijr aswad dan pintu kaabah). Jika mereka berbuat sedemikian, mereka sedang melakukan tawaf dalam spiral move.



2.Hukum alam yang berputar

خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اليْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النهَارَ عَلَى اليْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى
He created the heavens and the earth in true (proportions): He makes the Night overlap the Day, and the Day overlap the Night: He has subjected the sun and the moon (to His law): Each one follows a course for a time appointed...(39:5)

Sedar atau tidak kita sebenarnya terperangkap dalam satu peredaran spiral - siang dan malam - kerana tidak satu antara kedua-dua tersebut mendahului yang lain, tetapi kedua2nya beredar relatif dengan peredaran masa. Kita berpusing dalam satu bulatan tetapi tidak dalam paksi yang sama.

Dan ia juga sama dalam hidup dan mati kita.

post ini disalin dari Memento Mori (wah, maafkan aku~)
more about spiral : Spiralzoom 
tonton di sini-

*post padan muka pada diri sendiri

Monday 23 November 2009

Penyembahan

Fikir; pernahkah anda sembahyang sepertimana Jesus atau David sembahyang? Kamu sembahyang, tapi....adakah kamu tahu asal-ususl penyembahan yang kamu lakukan? (sudah tentu soalan ini tak ditujukan pada mereka yang seagama dengan saya)

Jadi, macam mana cara sembahyang yang sebenarnya (menurut kitab2 Yahudi)?



terkejut?!
*credit to kokuyu

fast post xm~

Wednesday 11 November 2009

Roh -research1-

Post mortem changes yg tak diajar... berat manusia akan berkurang selepas kematiannya. Dan berat ini konstan. 21gram.

Rasanya tak pernah lagi ada orang yang buat kajian saintifik  tentang roh. Tutorial lepas, masa doktor syarah pasal post mortem changes, dia kata (lebih kurang): "seolah2 roh yang mengekalkan bentuk sebagai manusia dari membusuk. Tercabut saja roh...badan membusuk" kemudian dia baca:

..... وَيَسءلُونَكَ عنْ الرُّوحِ
 And they ask you about the soul

Ini adalah bani Israel yang bertanya. Jika soalan mereka berkenaan Ashab al-Kahfi dan Zulqarnain tidak dapat dijawab baginda (Rasulullah),maka kenabiannya palsu. Dan jika soalan ini dapat dijawab baginda, maka kenabiannya palsu. Ini kerana dalam kitab2 terdahulu juga tidak diceritakan secara terperinci mengenai roh.

 قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلمِ إِلَّا قَلِيلًا
 ...katakanlah (wahai Muhammad) roh itu urusan tuhanMu, tidak diberikan kamu pengetahuan mengenai roh melainkan sedikit. (17:86)

Apakah ini bermakna kita tidak perlu mengenali roh? Tidak. Ini kerana pengetahuan mengenai roh ada disampaikan (walaupun sedikit) dan kita perlu mengkajinya.

Dr. MacDougall
Pada 1907. Dr Duncan MacDougall meletak 6 pesakit yg sedang nazak,4 TB, 1 diabetes, 1tak tau; di atas penimbang. Beliau mendapati terdapat penurunan berat sebanyak 21gram! Menurutnya, roh adalah material. Dan bagi material adalah jisim dan ergo.Kemungkinan besar,21 gram ini adalah jisim roh. Kajian yg sama atas kambing pula tidak mendapati sebarang penurunan (tlg tgk balik ok! rasanya tak turun).

Sila baca di sini [link]

Ibn Sina
Ibn Sina juga ada membuat kajian saintifik, (erm...lebih kpd thought experiment sbnrnya). Menurut hipothesis yg dikeluarkannya sewaktu dalam penjara: jika kita tidak punya receptor yang membolehkan kita merasai external world dan deria yg membuatkan kita rasa wujud...kita tetap merasa hidup! Ini kerana dia dapat merasakan kewujudan rohnya. Eksperimen ini merupakan cara untuk menunjukan "real distinction" roh dan tubuh badan. Hipothesis ini digelar sbg 'Flying Man'

Baca terjemahan teori 'Suspended Man' (nama lain 'Flying Man')- [link]





tafsiran lanjut Ibn Sina mengenai roh akn menyusul kemudian.~
kalau malas menuggu sila search sendiri.

*terima kasih la Amar sebab mengacau aku sepanjang post ini ditulis~

Tuesday 3 November 2009

mana lagi 100?!

soalan:

sekumpulan 3 orang pelajar perubatan ingin menyewa sebuah rumah. Mereka membayar LE3000 (seorang seribu) kepada tuan rumah.(bayar pada simsar, simsar pass kepada tuan rumah). Tuan rumah kata, bayar LE2500 saja...lalu dipulangkan lagi LE500 (bagi pada simsar, simsar pass kepada budak2). Tapi, simsar ini jahat. Dia 'paw' LE200 dan bagi setiap seorang LE100. Maknanya, setiap seorang hanya bayar LE900. Jumlahnya,LE2700 {3x900=2700}. Bila sedar mereka kena 'paw' mereka tuntut kembali LE200~  Bila mereka kira:{2700+200=2900} aik?! mereka keluarkan LE3000! mana lagi 100?!


acari~
simsar=ajen hartanah
*jack,tlg jgn jawab...haha