inflammation of theology

Thursday 25 August 2011

Abu Lahab Paradox


'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat.'

Lalu Rasulullah SAW pun mendaki bukit Safa dan berkata: "Wa Sabahah!" yang bermaksud: "Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini". Ini adalah laungan kecemasan yang dilakukan apabila seseorang mendapati kehadiran musuh yang menghampiri Mekah di waktu malam atau subuh.

Rasulullah langsung bertanya:

"Bagaimana jika ku katakan kepada kalian, bahawa di sebalik bukit sana terdapat musuh berkuda yang akan menyerang kalian, apakah kamu boleh percaya cakap ku ini?"

Jawab mereka: "Ya kami percaya. Kerana selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu."

Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: "Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!"

Tatkala Rasulullah SAW menyeru untuk menyembah tuhan yang satu, langsung Abu Lahab memintas dan mencelanya.

"Celakalah engkau seluruh hari ini!. Dengan sebab ini kau kumpulkan kami?!"

Lalu turunlah surah Al-Masad.

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! - Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. - Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.- Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (surah Al-Masad)

Abu Lahab = Father of Flames

Abu Lahab Terperangkap Dalam Logik

Jadi, Abu Lahab pun berfikir... jika dia terus menolak Islam, maka tindakan ini hanya menunjukan dan membuktikan kebenaran Al-Quran. Surah Al-Masad mengumumkan kekufurannya dan dia akan ke neraka. Jika dia terus menentang dakwah, dia hanya membenarkan kebenaran Al-Quran.

Tapi, dia boleh membuktikan yang Al-Quran itu silap dengan memeluk Islam. Surah Al-Masad mengatakan dia kufur dan akan ke neraka, tapi jika dia memeluk Islam maka surah Al-Masad itu salah. Void. Jika dia memeluk Islam, vernakna dia membenarkan Al-Quran, pada masa yang sama dia membuktikan Quran itu salah.

Abu Lahab pernah bertanya Nabi: "Apa yang aku dapat jika aku memeluk Islam?"

"Kau akan dapat apa yang orang Islam lain dapat". Jawab Rasul.

"Tiadakah keistimewaan bagiku?"

"Apa yang kau mahukan?" tanya Rasulullah kembali.

Dengan marah, Abu Lahab berkata "Moga binasa agama ini jika meletakkan aku dan orang lain di kedudukan yang sama!"

Satu bentuk liar paradox. 

Abu Lahab terperangkap dalam logiknya. Penamatnya teruk, tempat kembali pun teruk. Semuanya sebab dia menghalang dakwah dari tersebar. Bukan sebab tidak percaya, tapi sebab takut perniagaan berhala/ jaga berhala terjejas. Sebab duit! Sebab kedudukan!

Kesimpulan

Bayar zakat. Banyakkan sedekah. Kalau pun menolak seruan dakwah, jangan dihalang dakwah itu dari disebar. Doa diberikan hidayah. Doa supaya taubat diterima. Tanda-tanda taubat diterima ialah seseorang itu akan banyak beristighfar dan ringan buat amal.

Sunday 21 August 2011

Hampir Libya Tamat?

Pasukan pemberontak yang ingin menggulingkan rejim Ghadafi telah berjaya menawan Zawiyah, entah berapa kilometer dari Tripoli. Perlu diberi perhatian disini ialah, Zawiyah merupakan kawasan laluan sumber bekalan bagi Tripoli. Boleh saja, askar pemberontak menyekat bekalan dari sampai Tripoli. Tapi, perlu diingat bahawa pusat bandar Libya itu dihuni oleh 2 juta penduduk. Sekatan akan menyebabkan lebih 2 juta merana.

Pengunduran askar Ghadafi dari Zawiyah mencerminkan sedikit kelemahan askar Ghadafi. Tetapi, tidak bermakna mereka akan tewas dengan mudah di tangan tentera pemberontak yang sangat-sangat tidak terlatih. Tambah pula teknik pertempuran bandar memerlukan skill dan semangat juang yang tinggi. Urban fighting atau house to house attack menuntut penyerang untuk terdedah kepada tembakan. Harapnya semangat juang tentera pemberontak boleh menampung skill yang kurang.

Andai berlaku pertempuran di Tripoli, situasi penduduk di sana sangat teruk. Pertempuran antara pro-Ghadafi dan pemberontak, ditambah lagi serangan udara NATO akan mengakibatkan collateral damage yang sangat besar. 2 juta penduduk kot!.

Hasil yang lebih baik kita harap supaya berlaku ialah berlaku rusuhan atau ketidak-stabilan dalam Tripoli sendiri supaya bandar tersebut lebih mudah diambil alih. Media Libya perlu memainkan peranan penting dengan menceritakan kehebatan tentera pemberontak dan keampuhan tentera Ghadafi bagi menggalakkan rusuhan. Google News melaporkan tentera pemberontak menghantar SMS kepada penduduk Libya menyeru mereka keluar merusuh. Terdapat juga ura-ura mengatakan tentera pemberontak telah pun sampai ke Libya berikutan bunyi tembakan dan letupan yang kedengaran.

Kita juga boleh berharap agar Ghadafi menyerah kalah dan melarikan diri. Erm, mungkin tidak akan berlaku. Saiful Islam membuat kenyataan media semalam: "Libya adalah negara kami. Kami tidak akan meninggalkan negara kami'.

Jadi, yang mungkin berlaku dalam waktu terdekat ini adalah... rundingan diplomasi/dialog/pujukan menyerah dari 2 belah pihak samada secara langsung atau tidak. Atau sekurang-kurangnya tentera pemberontak perlu meyakinkan tentera Ghadafi yang pemberontak dalam upper hand. Sebolehnya pertempuran dapat dielakkan. Harap-harap la...

Namun, apa yang penting ialah apa yang akan berlaku selepas Ghadafi jatuh. Outcome revolusi ini perlu dilihat dari falsafah yang diperjuangkan. Ya, betul negara-negara timur tengah memperjuangkan kebebasan. Yang membezakan ialah falsafah disebalik kebebasan yang diperjuangkan. Jika yang diperjuangkan ialah kebebasan, maka akan lahir sebuah negara liberal yang US suka. Tapi jika falsafah yang diperjuangkan ialah menjatuhkan kezaliman dan menggantinya dengan sistem Islam, outcome-nya lebih baik.

Revoulusi Mesir pun akhirnya hanya berjaya menjatuhkan Mubarak, namun rejim atau bentuk pemerintahan Mesir masih tidak berubah. Pemerintahan tentera. Seharusnya pilihanraya Presiden tak usah ditangguh agar tentera dapat fokus pada kerja tentera yang sebenar: mempertahankan negara. Sinai tengah panas tu!

Malangnya, puak liberal ini bising minta tangguh. Mesir punya kita cerita nanti.
21 Ramadan.

Saturday 6 August 2011

Kisah Singa Pulau

Entah bila, entah bagaimana, seekor anak singa terdampar di tepi pantai sebuah pulau tak berpenghuni.

Pulau itu tak bernama. Tapi dikenali dengan pulau kijang disebabkab populasi kijang yang terlampau banyak mendominai pulau tersebut. Bilangan kijang yang terlalu banyak dalam suatu habitat telah mengakibatkan ketidak seimbangan ekosistem. Pulau tersebut bakal diundang ketandusan. Tanaman juga tidak dapat diusahakan. Sebab itu manusia tidak menghuni pulau tersebut. Pokok durian pun kijang makan.

Anak singa tersebut dijumpai dan dibesarkan oleh Mak Kijang. Lalu hiduplah anak singa tersebut dalam komuniti kijang...

Apabila anak singa tersebut membesar, tahulah Mak Kijang tentang tabiat sang singa. Singa adalah pemangsa bagi kijang. Singa tak makan rumput. Singa makan kijang.

"Kalau kalian berjumpa dengan singa, maka pukullah dia dengan tanduk kamu. Hinalah dia. Jangan biarkan dia punyai jati diri. Biarkan dia malu tidak mempunyai tanduk" kata Mak Kijang kepada anak-anak kijang yang lain.

Begitulah hidup singa yang sering dibuli dan diperlekeh. Dia sering dimalukan kerana tidak mempunyai tanduk. Dia sering dimalukan kerana tidak boleh lari selaju kijang-kijang yang lain. Dia sering tertanya kenapa dia tidak mempunyai mekanisme pertahanan seperti binatang yang lain.

[huraikan nanti: samakan dengan umat Islam sekarang. Jatuh khalifah jatuh semangat,dll]

Keadaan dia yang terputus dari sejarah nenek moyang singa membuatkan dia buta legasi singa yang sebenar. Dia tidak tahu kekuatan sendiri. Dia tak tahu tujuan dan tanggung jawab hidupnya. Tanggung jawabnya untuk makan kijang di pulau ini.

[huraikan nanti: azab seksa kalau tak keluar berdakwah]

"Mak, kenapa I tiada tanduk? kenapa I sangat lemah?" adu singa kepada maknya, Mak Kijang.

"I, walaupun I hodoh dan tak sekuat kijang lain, tapi I-lah kijang kesayangan mak" kata Mak Kijang lalu diletakkan ranting2 di kepala singa sebagai tanduk palsu. "I tetap seekor kijang" sambung Mak Kijang.

[huraikan nnt: org yahudi dan nasrani xkan redha selagi org Islam tak ikut jalan mereka]

"Cumanya, mak tak suka tengok I makan bangkai. Kalau nak makan juga, jangan makan di sini. Makanlah jauh ditepi pantai. Mak tak suka."

Sebenarnya, banyak lagi larangan yang diletakkan Mak Kijang kepada singa. Mak Kijang tak nak singa tahu tabiat sebenarnya. Singa pula, disebabkan terlalu sayangkan Mak Kijang, diikut juga perintah Mak Kijang walaupun bertentangan dengan fitrah seekor singa.

[huraikan]

Satu hari, singa dibuli dan dibelasah sangat teruk. Tanduk palsu tidak dapat melindungi singa. Mudah patah. Sudah tentu. Singa terus berlari dan menangis mendapatkan Mak Kijang.

Mak Kijang yang sedang meragut rumput terkejut melihat singa yang berlari kearahnya sambil menganis. Pada pandangannya, singa tak ubah seperti seekor singa yang mahu menerkam seekor kijang. Terkejut. Mak Kijang pun lari lintang pukang. Singa pula menjadi takut, menyangka Mak Kijang turut membencinya dan ingin meninggalkannya. Singa pun lari semakin laju.

Mak Kijang bertambah takut, sehingga dia tidak perasan dia sedang berlari ke arah batu yang besar. Puff. Mak Kijang terlanggar batu pada kelajuan yang sangat tinggi. Mati ditempat kejadian. Panas berdarah. Singa kaget. Dihampiri bangkai Mak Kijang sambil meratapinya.

Tiba-tiba dia bau darah Mak Kijang sangat menyelerakan. Dijilat sikit. Lama-lama dikunyah dagingnya. Sedap pula rasanya. Lalu dia makan bangkai Mak Kijang sampai kenyang. Singa jadi ketagih. Dia tidak pernah makan daging seempuk daging kijang.

"Agaknya, kijang lain pun rasanya macam ini?" getus singa dalam hati.

Dipendekkan cerita, singa pun makan semua kijang di pulau tersebut. Tidak tinggal seekor. Dia mengaum kepuasan dari atas bukit. Woof woof!

Dari jauh, dia dilihat oleh sekumpulan manusia. Pelik. Pulau tersebut bukan habitat singa. Singa tak wujud di pulau tersebut.

"Apakah binatang yang menggerunkan itu wahai Bendahara? Bukankah beta arahkan supaya dihantar harimau di pulau ini?" tanya raja kepada bendahara.

"Iturah singa tuanku. Raja segara binatang. Rebih kuat dari harimau. Disebabkan teraru ganas, patik hanya mampu retakkan anak singa di purau ini. Nampaknya singa tersebut terah besar dan makan semua kijang di purau ini, borehrah bercuck tanam diadakan dan kampung boleh dibuka." jawab bendahara yang pelat huruf L.

"bagus sekali sang Bendahara. Beta kagum dengan kekuatan binatang tersebut. Oleh itu beta namakan pulau ini Singa Pulau" kata raja yang lemah tatabahasa Melayu.

"Cantik~ patik akan maklumkan pada orang ramai"
"Wahai orang sekalian, Seramat Datang ke SINGAPURAU!"

Tuesday 28 June 2011

dragostea din tei

sang saka merah putih

Ramai orang menyangka Bersih 2.0 bermaksud Bersih versi 2. Kalau itu maksudnya, kenapa tidak ditulis Bersih 2 / Bersih v2 / Bersih 2nd Ed?

Sebenarnya 2.0 bermaksud information sharing, user-centered design dll. Jadi, apabila sesuatu projek itu membolehkan pengguna untuk menyumbang, maka 2.0 sering digunakan. Sebab itu kita sering melihat Web2.0, Classroom 2.0, Revolution 2.0, dll.Semuanya bergantung kepada pengguna sediri untuk dibangunkan.

Dan sebenarnya, 2.0 adalah satu teknik marketing yang sangat popular di era internet ini. Kita tengok Wikipedia, Youtube, dll semunya user-centered. Ambil contoh Apple, pembangunan software2 ipod, iphone turut dibuka kepada pengguna. Hasilnya, Apple mempunyai banyak software yang merupakan aset penting bagi Apple. (tapi, nak buat Apple apps mesti ada Mac. Android pun buat teknik 2.0 ini)

3 bulan lalu saya sibuk memikirkan satu program yang berbentuk 2.0 ini.

Jadi, sebab itu kita lihat Bersih 2.0 adalah satu strategi yang sangat tepat dan berkesan. Sesuai pada waktunya. Strategi yang tak akan kalah. Perhimpunan bersih ini adalah sesuatu yang besar. Center of gravity di Malaysia semuanya tertumpu pada Bersih. Dari segi marketingnya, masyarakat dapat melihat penganjur berjuang bersama-sama rakyat menegakan keadilan. Antara advantages lain:
  • isu pilihanraya yang tidak adil dapat dihangatkan kembali
  • perjuangan demokrasi dan kebebasan suara sebagai fokus pengajur dilihat dengan jelas oleh masyarakat
  • satu garisan pemisah antara yang baik dan jahat (kerajaan) dapat dilukis dengan jelas
Sebenarnya, Bersih 2.0 sudah pun menang tanpa tibanya 9 Julai. Apapun natijahnya, advantages sudah pun berada di pihak penganjur... Siapa yang berani lagi mengaku dia bekerja di SPR? Siapa lagi berani mengaku dia bersama kerajaan?

Ditengah-tengah isu ini ada pula NGO yang mengambil sikap berkecuali. Memang dari dulu suka mengambil pendapat yang tidak popular. Pada waktu menimbulkan isu Melayu akan digelar racist, mereka pula perjuangkan Melayu. Ketika orang membenarkan kalimah Allah diguna dalam Bible, mereka menentang. Dan kali ini ketika orang sibuk menyokong Bersih, mereka mengambil sikap berkecuali?!

Barangkali mereka berpegang kuat pada perinsip kesyumulan projek Islam. Mungkin antara asas pegangan mereka ialah menolak pejuzukan dan mencampuradukkan Islam dengan ideologi sama ada sosiali, komunis atau juga liberal demokratik. Sebab itu mereka sering dilihat mengambil tindakan yang tidak bijak. Agaknya mereka tidak peduli seruan2 tersebut, asalkan kemaslahatan Islam terjaga.

Saya juga mengambil sifat berkecuali. Bukan saya menuduh Bersih berideologi sosiali, komunis atau liberal demokratik. Saya cuma berhati-hati sebab tidak mengenali siapa penganjur.

Masih ingat Hartal 1947? (tunjuk perasaan berkurung di rumah). Ketika itu Hartal diadakan bagi menuntut pembebasan dari British dan kearah pemerintahan sendiri. Antara sebab Hartal diadakan supaya British menerima cadangan perlembagaan mereka. Jika kita lihat, alangkah bagusnya mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan dan menentang penjajah. Sangat belik jika sesorang itu tidak bersama mereka.

Tapi saya lihat, jika Hartal berjaya, lalu British menerima perlembagaan mereka dan akan membebaskan Tanah Melayu. Namun, semua penduduk Tanah Melayu ketika itu akan jadi satu bangsa yang sama; Melayu. Semua masyarakat mendapat hak sama rata. Yang dirisaukan ialah kedudukan Islam dan agama2 lain turut berada di kedudukan yang sama. Kuasa Raja2 Melayu turut berkurang. Walaupun Hartal nampaknya bagus memperjuangkan kemerdekaan, namun sedikit sebanyak merugikan Islam.

Akhirnya, British mengisytiharkan undang-undang darurat dengan alasan menentang komunis. Ramai ditangkap.

Namun, saya bersetuju dengan tuntutan Bersih. Cumanya, hati ini lebih tenang jika penganjurnya adalah parti Islam atau NGO Islam. Ya, ada orang kata penganjur tiada sebarang motif politik dan kebanyakan committee member tiada kaitan dengan politik. Saya harapkan tiada agenda tersembunyi.

Kepada mereka yang akan menyertai Bersih 2.0, saya ucapakan selamat berjaya~

Thursday 2 June 2011

why art thou silent

Kalau anda ada impian, sila jangan bagitahu orang. Nanti impian itu tak akan berlaku. Sama juga, kalau anda nak mumtaz dalam peperiksaan, tak perlu bagitahu orang. Kalau bagitahu, kebarangkalian untuk dapat mumtaz jadi rendah. Sangat rendah.

Untuk mereka yang berada dalam inner circle saya, pasti tahu yang setiap benda yang saya sebut, itu yang tak akan berlaku. Oleh sebab itu, saya agak berat nak cerita apa yang saya akan buat. Takut akan sumpahan.

Dan rupanya, ianya bukan sekadar sumpahan. Ianya adalah hukum alam!.

Apa yang anda rasa apabila bagitahu impian anda kepada semua orang? Rasa puas, bersemangat dan rasa yang kita dah setapak kehadapan untuk mencapai impian kan?

Satu kajian, sekumpulan orang dikumpulkan. Separuh dari mereka diminta bagitahu semua orang apa impian mereka. Separuh lagi, senyap. Kemudian mereka semua disuruh buat kerja untuk mencapai impian mereka. Dan mereka dibenarkan untuk berhenti bila-bila masa yang mereka nak.

Secara purata, mereka yang senyap berhenti pada minit ke-45. Manakala yang buat pengunguman berhenti 15minit lebih awal secara purata. Dan apabila ditanya, mereka yang senyap merasakan impian mereka masih jauh dan banyak benda perlu diselesaikan. Puak satu lagi pula rasa impian mereka dah hampir tercapai.

Itu yang berlaku. Bila kita bagitahu orang apa kita nak buat, akan terbentuk sesuatu yang dinamakan social barrier. Perasaan puas itu memberitahu kita yang orang lain dah tahu impian kita, i.e. impian kita sudah tercapai, sekurang-kurangnya dalam diri orang sekeliling kita. Perkara ini akan membantutkan kita untuk mengejar impian tersebut ataupun berusaha kearah apa yang kita rancang.

Dan, jika kita perlu bagitahu orang, beritahu dalam cara yang tidak mendatangkan perasaan puas tersebut. Contoh "Pastikan aku terjemahkan buku ini, kalau tak siap satu bab dalam seminggu, sila ketuk aku laju-laju".

Jadi, sebab itulah, orang yang banyak cakap, banyak sembang kencang, itulah yang kurang amalnya. Peringatan untuk diri sendiri, sebab saya yang paling banyak mengarut. Wahai aku, kenapa kau tak buat apa yang kau cakap? Kenapa kau cakap benda-benda yang kau tak buat??

Kesimpulannya, sila hormati ibu bapa. tengwar

Saturday 2 April 2011

Obituary

Setiap tahun di Malek Saleh, akan ada sekurang-kurangnya sekali pelajar perempuan membanjiri jalan Ubadah ibn Somit dekat sini. Dan satu hari ketika jalan tersebut dipenuhi wanita, ada seorang budak sekolah menengah usik-usik 2 pelajar perempuan yang lalu depan dia. Mengurat kononnya.

Lalu aku tegur budak tersebut. Banteras kemungkaran kononnya. "hey u, mengorat perempuan eh?" tegur aku kepada budak tersebut. "haha, kau nak satu ke?" dia jawab. Few days later, i happened to know that his name is Ezz. Ezz el-Din. Selalu nampak sebelum ini, cuma tak pernah tegur.

Ever since i 'tip-off' him, he will stop me whenever saw me walking down the street. Dia akan block aku dan jerit kuat-kuat : "ADAM MENGORAT POMPUAN!" orang sekeliling semua pandang. Malu habis.
And thats the routine everyday. Kadang-kadang dia akan suruh aku jerit nama kawan-kawan dia, eg: "Aslam mengorat perempuan!" dan aku layankan saja si Ezz yang memang nakal itu. Tapi itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi.

Sebab Ezz dah mati. Aku baru dapat tahu benda ini lepas tanya Aslam mana si Ezz ni tak nampak langsung. Selalu kecoh jalan tu. Dia meninggal pada 28 Januari aka Angry Friday, 25Jan Revolution.

Mati itu sangat dekat.

tiada dalam gambar: Ezz

Friday 25 March 2011

Kebulur

Jika rakyat Mesir menerima cadangan pindaan perlembagaan, maka mereka akan terus dengan jadual untuk mengadakan pilihanraya dalam masa 6 bulan. Jika menolak, mereka akan menggubal semula perlembagaan Mesir dari kosong.

Saya rasa amat tepat untuk kita analogikan rakyat Mesir sekarang seperti orang yang kebuluran. Bagi rakyat Mesir, mereka kebuluran demokrasi lebih dari 30 tahun. Dah kebulur selama puluhan tahun, tiba-tiba mereka berpeluang dapat makan.

Tengok pula, mereka tidak dapat melantak sepuas hati. Dapat makan sikit saja. Kalau boleh mereka nak semua prosedur politik depan mereka demokrasi belaka. Dibuat pula pindaan perlembagaan pleh satu committee yang tidak demokratik langsung. Tiada perempuan dalam committee tersebut. Dan kalau boleh committee tersebut melibatkan semua parti politik, semua gerakan, semua rakyat untuk sama-sama membentuk perlembagaan baru.

Tapi seperti yang kita tahu, bila orang dah kebulur selama beberapa minggu, fisiologi badan mereka pun berubah dan cuba untuk mengadaptasi situasi tanpa makanan. Dan kalau orang yang kebulur ini kita bagi makan banyak-banyak secara tiba-tiba, ini boleh mengakibatkan maut.

Tapi, kita tidak boleh buat keputusan dan kesimpulan berdasarkan analogi ini semata. Lawak El-Koshry Today makin kasar. Dah tak kelakar.

Adapun mereka yang menolak pindaan perlembagaan ini, antara mereka hanya mahu menangguhkan masa supaya mereka boleh merangka dan membentuk parti baru yang kukuh dan memberi masa untuk meraih undi. Kita boleh nampak yang mereka hanya inginkan pertandingan dan perlumbaan merebut kerusi presiden.

Walaupun pindaan tersebut tidaklah begitu demokratik, namun wajar untuk menerimanya. Macam analogi tadii, proses ini mestilah beransur-ansur. Dan saya kira beransur-ansur adalah sebahagian dari hukum alam.

Lepas duduk di Mesir selama beberapa tahun, rasa janggal pula apabila kebebasan dan keadilan diberikan kepada rakyat. Rasa janggal apabila Ikhwan Muslimin boleh berkumpul di masjid dan bincang agenda mereka.

Dan saya lihat IM sekarang berada dalam keadaan yang menguntungkan dari segala aspek. Mereka satu-satunya gerakan yang bersedia untuk pilihanraya (kita andaikan NDP tidak mampu menang lagi). Seolah-olah dah checkmate!

baca dari sini YA atau Tidak
*sekali lagi rasa sia-sia tulis blog...