inflammation of theology

Monday 15 October 2012

Teknik Surah Haaqqah

Glaucon, seorang ahli falsafah Greek berkata: ‘Manusia berlaku adil hanya kerana dia tidak mampu berlaku zalim.’

Seseorang itu apabila melakukan kezaliman atau jenayah, dia yakin yang dia mampu melakukannya tanpa menerima sebarang akibat. Lihat saja mereka yang sedang bersendirian tidak diperhatikan orang lain, ataupun raja yang mempunyai kuasa undang-undang. Apabila mampu, mereka akan berlaku zalim.

Tetapi, seorang yang beriman yakin bahawa setiap perbuatan dan tingkah laku diperhatikan Tuhan. Dan setiap perbuatan itu akan diganjari dan dibalasi baik buruknya. Mereka yakin mereka tidak akan sekali-kali mampu melakukan kezaliman. Maka, antara tujuan surah Haaqah adalah untuk menyedarkan mereka yang tidak beriman tentang hakikat ini.

Lalu kita baca:

'Al haa~ QAH!. Mal haa~ QAH?!’
 (Hari Kiamat! Apakah Hari Kiamat itu?!)

Kita akan dengar bunyi seperti letupan bunga api di malam merdeka. Dentuman itu sangat kuat sehingga gelombangnya memukul-mukul muka mereka yang berdekatan.

Begitu juga surah Al-Haaqah. Nadanya selari dengan maksudnya. Bunyinya menumbuk-numbuk hati pendengar, menyedarkannya tentang hakikat yang besar.

'Sedarlah! Hari kiamat itu akan tiba! Perbuatanmu akan dibalas!’

***

Teknik penulisan surah Haaqqah ialah berkenaan pemilihan perkataan yang selari dengan suasana cerita. Suasana keras dengan nada yang keras, suasana tenang dengan perkataan yang beralun.

Suasana cemas:
Ahmad berlari dengan laju apabila dikejar perompak itu. Sekali-sekala dia memaling kebelakang memerhatikan perompak yang semakin mendekatinya.

Teknik TSH:
Ahmad berlari deras. Mukanya cemas. Dia menoleh ke belakang. Perompak itu semakin dekat.

Suasana tenang:
Ahmad menapak pantas. Pagi itu segar. Angin bertiup nyaman.

Teknik TSH:
???