inflammation of theology

Friday, 6 May 2022

Stereotactic Bipsy


Stereo - 3 dimensional, Taxis - to move toward 

Frame-Based Stereotaxis 4 system has been used: 
  1. Polar coordinate 
    • Guidance of the probe be described with regard to the angle in relation to a skull entry point 
  2.  2. Arc-radius
    • Commonly used
    • Basis for Leksell frame
    • Probe equivalent to the radius of a semicircular arc will reach the center of the arc when introduced perpendicular to any point along the arc 
  3. Focal point
  4. Phantom target  
Frameless Stereotaxis
  • Principles: point-pair registration or surface contour registration can be used to establish the relationship between the preoperative images and those in the surgical field
  • Requires a set of at least three non-colinear points to be defined in the coordinates of the images
  • Registration
    • Marker
    • Surface contour 
Indication for Stereotactic Biopsy
  • Goal: to provide a representative sample for pathologic diagnosis to guide subsequent treatment
  • Advantages:
    • Higher accuracy
    • Minimize potential adverse effects
  • Lesion that support stereotactic over open biopsy:
    • Lesions that do not exert a symptomatic mass effect
    • Not treatable by surgical excision eg metastases, malignant intrinsic brain tumor
    • Deep seated lesion or occupying space in eloquent area or deep nuclei
    • Infiltrative lesion eg gliomatosis cerebri
    • Lesion suggest infection or demyelinating rather than tumor
Contraindication 
  • Vascular tumor eg metastatic renal cell carcinoma, etc
  • Location of tumor close to major blood vessel, vessel-rich Sylvian fissure, cavernous sinus
  • Patients on anticoagulant 
Sampling Error
  • Particularly in non-enhancing lesion eg LGG
  • To improve accuracy: use PET scan, MR Perfusion, MRS
Complications
  • Hemorrhage 
    • Damage to friable vessels within targeted neoplastic lesion 
    • Vessels along trajectory
  • Neurological deficits
    • Direct brain damage
    • Edema 
Stereotactic Biopsy of Brainstem Lesions 
Approaches:
  • Transtentorial approach
  • Ipsilateral transfrontal trajectory
  • Suboccipital transcerebellar route
  • Contralateral, extraventricular, transfrontal approach 
Trajectory Planning
  • Area of thickest enhancement 
  • Slightly deeper or shallower samples could be obtained along the same trajectory 
Entry point
  • Avoid entry into a dural blood vessel, cortical blood vessel, or sulcus
  • Entry point could be planned to be incorporated into future craniotomy incision avoid unnecessarily traversing pial or ependymal surfaces

Monday, 29 May 2017

Solat Subuh

Masalah Bangun Subuh

Pada zaman kita yang serba maju ini, semakin banyak kerja dan kesibukan pada siang dan malam harinya. Semakin hilang garis masa yang membezakan waktu kerja dan rehat, dan masa semakin memintas mereka yang lalai.

Maka kehidupan hari ini seperti penjar, keperluan bertali arus, cahaya menerangi kegelapan malam mencelikkan mata dan menolak waktu tidur menjadi selepas tengah malam atau hampir-hampir menjelang fajar. Maka bermulalah hari itu dgn stupor, lemah dan lesu

Sentuhan Nabi Memecah Fatamorgana

Jika kita melihat kepada hadis-hadis nabi, banyak sentuhan2 baginda yang menyuluhi cara hidup kita yang sebenar

كان رسول الله ينهى عن النوم قبلها والحديث بعدها

"Rasulullah melarang untuk tidur sebulumnya dan bersembang selepasnya"
hadis sahih, riwayat bukhari, tarmizi dan ibn majah

Sebelumnya - sebelum solat Isya, takut terlepas waktu berjamaah
Bersembang selepasnya - kerana ianya akan membawa kepada berlebih-lebihan, yang boleh membawa kepada terlepasnya qiamullail dan barangkali solat subuh juga

Questionaire - skip dulu

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat
(Fussilat 41:35)

Air tidak akan dapat naik ke level yang lebih tinggi melainkan usaha yang tinggi, atau pam air

Solat subuh itu merupakan permata yang mahal dan berlian berhaga yang perlu kita miliki. Oleh demikian itu, kita hendaklah menyiapkan segala persiapan dan menyediakan senjata bagi memerangi hawa nafsu, dunia dan syaitan

Thursday, 16 April 2015

Qutuz- Part 2

12** - Kaherah, Mesir.

Kota Kaherah diasaskan ketika zaman Fatimiyah, iaitu puak Syiah. Kota Kaherah berjaya ditukarkan ke fahaman ahli Sunnah hasil jasa Salehuddin Al-Ayyubi. Kota Kaherah mempunyai beberapa pintu utama antaranya:
- Bab al-Futuh (pintu Pembukaan: dimana askar-askar akan keluar untuk membuka negara Islam baru),
- Bab al-Nasr (pintu kemenangan: dimana askar-askar akan masuk selepas membuka negara Islam baru),
- Bab Louq,
- Bab Zuweyla.

Aku tak sempat sampai Bab Zuweyla.

Ketika itu, Kaherah mengalami krisis dalaman. Tidak bersultan. Tiada kekuatan tentera. Pecah belah. Haru biru. Namun di saat itulah tentera Mongol datang mengetuk pintu kota Kaherah. Tentera yang telah meranapkan Dinasti apatah di Cina dan merobohkan tamadun Baghdad.

Siapakah yang sanggup mengemudi kapal yang sedang tenggelam? Apatah lagi ketika dikepung kapal perang musuh.

Ketika itulah Saifuddin Qutuz bangkit! "Wa Islamah!" Demi Islam!!!

Malangnya, masyarakat Mesir tidak bersedia untuk berperang dengan pihak Mongol. Mereka lebih cenderung untuk menyerah dan membuka pintu kota Kaherah dengan harapan mereka tidak diapa-apakan. Mesir juga diambang krisis ekonomi akibat siri-siri perang salib yang menelan belanja besar.

Utusan Mongol datang mengetuk pintu. Utusan tersebut berbunyi (lebih kurang):

" dari Raja timur dan barat; Khan yang hebat, kepada Qutuz si Mamluk yang melarikan diri dari pedang kami.
Kau patut fikir tentang apa yang terjadi di negara-negara lain... Mana lagi nak lari? doa kau kepada tuhan kau tidak memberi kesan kepada kami. Menyerah la...
Andaikata kau lawan, kami akan robohkan masjid-masjid kamu dan bunuh anak isteri kamu"

Barangkali ketika itu Mongol sudah pun mengetahui bahawa Qutuz adalah Muhammad Mahmud, putera Bukhara yang melarikan diri dari ketika Bukhara diserang dulu?

Namun, surat utusan itu cukup mengecutkan perut masyarakat Mesir ketika itu. Lalu bagaimana Qutuz bisa meniupkan semangat berperang menentang tentera Mongol?

Qutuz pancung kepala utusan-utusan tersebut dan pacakkannya di Bab Zuweyala.
Pengisytiharan perang yang paling brutal.

... to be continued.
** spoiler alert: Izz Abd Salam, (aka Sultan Ulama) menyelesaikan masalah ekonomi Mesir.

Bab Al-Futuh

atas Bab Futuh, tertulis: Bismillahir rahmanir rahim, La ilaha IllAllah, Muhammad Rasulullah, Ali Wali Allah
Syiah


Sunday, 12 April 2015

Qutuz - Part 1



Ayn Jalut, Palestin.

Tempat berlakunya peperangan antara Tolut dan Jalut. Peperangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT kepada Bani Israel sebelum mereka diizinkan masuk ke Palestin. Menurut eskatologi Kristian, di sinilah akan berlakunya Perang Armegeddon.

Tempat ini jugalah terhentinya kemaraan tentera Mongol dari meranapkan tamadun Islam. Tentera Mongol tumpas di tangan Saifuddin Qutuz. Peperangan itu dinamakan sempena tempatnya; Perang Ayn Jalut.

Seperti mana doa para sahabat ketika Perang Badar, "Andai umat Islam tewas di dalam perang Badar ini, maka tiada lagi manusia akan sujud kepadaMu ya Allah." Ayn Jalut jug merupakan benteng terakhir umat Islam. Andai tewas peperangan ini, tamatlah tamadun Islam yang gilang gemilang.

Ketika mana pentas dunia tertumpu pada Timur Tengah dan Eropah, muncul satu ketumbukan tentera yang kuat dari tengah-tengah gurun Asia. Ketumbukkan itu menumbangkan semua kerajaan yang bersempadan dengannya, termasuklah kerajaan Islam Bukhara.

Tentera itu sangat kejam dan zalim. Tiada perikemanusiaan. Ada juga yang berpendapat merekalah Yakjuj Makjuj. Memusnahkan segala dihadapannya. Ibnu Khaldun juga ketika melawat Cina menyifatkan Tembok Besar Cina sebagai tembok yang dibina Zulqarnain untuk mengepung Yakjuj Makjuj. Merekalah tentera Mongol.

Tentera Mongol menawan Bukhara dan membunuh raja dan seluruh keluarganya... kecuali beberapa orang yang sempat melarikan diri ke Mekah. Antaranya ialah Muhammad Mahmud.

Muhammad Mahmud sempat melarikan diri ke Mekah, namun malangnya beliau telah ditangkap dan dijual sebagai hamba. Di Mekah, beliau sempat bertemua dengan ulama' tersohor Izz Abdus Salam. Akhirnya Muhammad Mahmud dibeli oleh Sultan Malik Salih dan dibawa ke Mesir untuk dilatih sebagai askar Mamluk (askar hamba; Mamluk = yang dimiliki).

Pada masa itu, Mesir sedang berperang dengan kerajaan Byzantine Rom di dalam siri-siri perang salib. Mesir berada di bawah pemerintahan Ayyubi - Sultan Malik Salih Al-Ayyubi; antara sultan terakhir zaman Ayyubi, Zaman ini diasaskan oleh Salehuddin Al-Ayyubi setelah membebaskan Baitul Maqdis. Sementara tentera Salib pula dipimpin oleh Raja Louis IX

Pada tahun 12**, berlangsungnya perang Salib ke-7. Tentera Salib masuk ke Mesir melalui Damietta (Dumyat). Mereka berjaya mara sehingga ke Mansurah (meaning: Victorious). Dalam ketika itu, tentera Islam berjaya menangkap Raja Louis IX. Sultan Malik Saleh telah mengurungnya di rumah Luqman. Rumah itu berada di tempat yang tinggi sehingga membolehkan Raja Louis 9 melihat kehidupan harian umat Islam. Dari pemerhatian beliau itulah terpaculnya ayat yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini:

"umat islam tidak dapat dikalahkan dengan pedang... lebih kurang"

Malangnya, sebelum sempat umat Islam memenangi peperangan itu, Sultan Malik Salih mangkat. Untuk tidak menimbulkan kekecohan dan perebutan kuasa di saat-saat genting itu, isterinya Syajaratud Durr telah menyembunyikan kematian sultan. Mayatnya dialirkan melalui terusan sehingga ke Sungai Nil untuk disorokkan di Pulau Manyal.

Pulau Manyal tempat letaknya Kasr El-Ainy Medical School, tempat aku belajar.

Tentera Islam ketika itu majoritinya terdiri dari askar-askar Mamluk yang terlatih. Setelah tentera Mamluk berjaya memenangi Perang Salib ke-7 itu, Syajaratud Durr menabalkan dirinya sebagai Sultana kerana ketika itu waris sultan masih diusia kanak-kanak.

Syajaratud Durr adalah satu-satunya Sultana (sultan perempuan) di sepanjang sejarah umat Islam. Namun pemerinahan beliau sebagai Sultana tidak lama. Kerajaan Pusat di Baghdad tidak bersetuju Syajaratud Durr sebagai Sultana kerana bercanggah dengan Islam. Atas tekanan kerajaan Baghdad, Syajaratud Durr berkahwin dengan Izzudin Aybak dan melantiknya sebagai Sultan.

Izzudin Aybak akhirnya berkahwin dengan perempuan lain. Hal ini menyebabkan Syajaratud Durr hilang kuasa dan terasa dirinya dikhianati. Izzudin Aybak mati dibunuh Syajaratud Durr. Di bilik mandi.

Hal ini menyebabkan tentera Mamluk terpecah kepada beberapa paksi. Mereka yang berpihak kepada Syajaratud Durr dan pihak Izzudin Aybak. Dalam masa yang sama, pemerintahan Ayyubi berpecah kepada Mesir dan Syria kerana perebuatan kuasa antara Najmuddin Ayyub dan kerajaan Mesir. Najmuddin Ayyub sanggup meminta bantuan tentera Salib untuk menawan Mesir.

Tanpa disedari, tentera Mongol semakin hampir dengan Mesir. Benteng terakhir umat Islam. Pada ketika itu Mesir tidak bersultan. Malahan tentera Mamluk juga terpecah-pecah. Umat Islam juga tidak bersatu.

Maka bangkitlah seorang panglima Mamluk; Saifuddin Qutuz dengan melaungkan "Wa Islamah!"

....... to be continued
(**spoiler alert: Saifuddin Qutuz adalah Muhammad Mahmud, putera Bukhara!)

Pintu masuk Madrasah Malik Saleh

Wednesday, 19 June 2013

Flowers For Algernon


Bunga untuk Algernon; nama seekor tikus makmal.

Saya boleh kata buku ini adalah page turner. Mungkin sebab manusia suka baca diari orang lain. Diari orang, bukan tikus. Diari Charlie Gordon; berumur 32 tahun dan terencat. Kerjanya adalah membersih lantai dan tandas di sebuah kedai roti. Sehinggalah dia menjadi super genius selepas dibedah.

Daniel Keyes berjaya meletakkan pembaca di dalam diri Charlie. Awal ketika Charlie berubah genius, anda dapat rasakan kepedihan disuluhi hakikat dan pengetahuan, seperti dalam Allegory of the Caves. Dan ternyata penulis cuba menyampaikan maksud Plato tersebut apabila Keyes qoute dari Allegory di akhir novel.

Selepas Adam and Eve memakan buah dari Tree of Knowledge, pakaian mereka tertanggal dan mereka dicampakkan ke dunia. Dan Charlie, selepas hakikat dan pengetahuan menyedarkannya, dia mula mengenal emosi dan nafsu. Buku ini diterbitkan pada 1966 tetapi sudah mula menghubung kait IQ dan EQ.

Semakin banyak intelligence, semakin banyak masalah.
Semakin banyak intelligence, semakin perlu kepada emosi.

Pertambahan kebijakkan mengubah seseorang dari sudut psychology, emosi dan personality. Dan di situ Charlie mula mencari siapakah dirinya. Jawapan yang tidak dapat dijawab walaupun dia telah menguasai 20 bahasa dan pelbagai bidang ilmu.

Dan pencarian identiti ini adalah plot yang sedih. Penamat cerita ini mungkin membuatkan anda mengalirkan air mata. Penamat yang hebat.

Buku ini sangat berbaloi dibaca. Sekolah di UK menjadikan buku ini sebagai silibus. Begitu juga bagi mereka di KMB. heh.

*seperti progris riport Charlie yang semakin baik ejaannya, begitu juga blog ini apabila membaca post-post terdahulu. Memalukan.

Wednesday, 2 January 2013

Kenapa Semua Benda Pasti Ada Lawannya?


Saya tak percaya pada kebetulan. Jika tidak, sia-sia aja kita berfikir jika tiada reasoning.
Saya juga tidak percaya pada graviti. Sebab itu saya boleh terbang.

Dengan reasoning juga, kita dapat agak apakah fungsi sesuatu benda dengan hanya melihat bentuk dan sifat tersebut. Kita dapat agak apakah fungsi benda yang tajam, terang, atau lembut.

Kita dapat tahu fungsi dan peranan sesuatu dengan bentuk dan sifatnya. Similarly, engkau boleh tahu tugas dan peranan manusia dengan meniliti ciri dan sifat manusia.

Kenapa setiap haiwan berbeza?

Sudah tentu peranan engkau berbeza degan lembu. Peranan lembu juga berbeza dengan lalat. Jika kita dicipta untuk tugas yang sama, mengapa perlu berbeza sifat. Tidak praktikal. Bolehkah kita kata fungsi kerusi, lampu dan rice cooker sama dengan fungsi pisau? Tentulah tidak.
Haiwan pula?

Setiap spesis haiwan berbeza bentuk dan sifat. Masing-masing mempunyai senjata tersendiri untuk mempertahankan diri. Ciri-ciri mereka adalah untuk memainkan peranan mereka. Lihatlah cheetah. Giginya tajam, kakinya laju. Fungsinya adalah untuk mengejar dan menerkam si rusa. Lihat juga rusa, tanduknya panjang, lari pun laju. Jadi rusa boleh mempertahankan dirinya dari cheetah.

Tunggu. Manusia juga haiwan. Senjata apa yang ada pada kita untuk mempertahankan diri? Jangan kata pedang. Pedang bukan anggota kita, dan engkau bukannya samurai.

Gigi kita tidak cukup tajam untuk menyiat. Kuku kita pula hanya sedap untuk menggaru. Kita tiada tanduk, apatah lagi kepak. Mata pun ada yang rabun. Lari pula tidaklah laju.

Setiap haiwan berbeza dari haiwan yang lain. Setiap satu mempunyai sifat tersendiri. Sifat helang berbeza dari haiwan lain, malah berbeza dari burung yang lain. Hanya kerana helang ada peranan yang berbeza dari burung yang lain.

Beza kita ialah akal kita. Malah tangan dan kaki kita sifatnya begini hanyalah untuk memainkan peranan kita sebagai manusia. Kita tidak perlukan kepak sebab kita tak perlukan kepak untuk terbang. Kita hanya perlu untuk tidak mempercayai graviti.

Persoalannya ialah...

Adakah fungsi cheetah untuk makan rusa? Jika benar, maka mengapa rusa ada senjata untuk mempertahankan diri dari cheetah? Jika benar fungsi rusa untuk dimakan cheetah, rusa tak perlukan tanduk dan kaki yang laju. Bahkan patut juga bersarang dekat dengan cheetah.

Kenapa semua benda pasti ada lawannya?

Semua sekali. Sampaikan wujudnya perkataan -anti.

Jika manusia diciptakan untuk taat kepada tuhan, mengapa diciptakan nafsu? Mengapa tidak diciptakan manusia seperti malaikat?

Jika akal manusia diciptakan untuk belajar, mengapa  diciptakan juga lupa? Bukankah ianya hanya menafikan sebab kewujudannya?

Jika kita dicipta untuk bekerja, mengapa diciptakan penat dan tidur? Tanpa tidur dan penat bukankah kita dapat menjalankan tugas kita sebaiknya?

Manusia diciptakan dalam susah payah. Manusia diciptakan untuk diuji. "Life without examination is not worth living" - Plato.

Dan kita tidak bercerita tentang peranan akal.

Barangkali semua benda pasti ada lawannya adalah kerana alam ini menuntut kita berusaha.Semua haiwan perlu berusaha. Barangkali itulah sunnah alam ini. Usaha. Usaha. Usaha!

Maka setelah penat berusaha maka diciptakan malam untuk haiwan berehat dan tidur.Sekali lagi, kita digalakkan berusaha dengan juhud yang tinggi untuk bangun tengah malam beribadat. Kita perlu berusaha keras. HARDWORK!

Dan apa yang dinilai ialah usaha keras kita, bukannya keputusan kita.

Dan setiap dari kita perlulah bekerja keras dalam setiap bidang / pekerjaan kita. Dengan itu Malaysia akan maju. Lets try our best.

"Manusia gagal bukan kerana keputusan. Manusia gagal apabila dia berhenti berusaha."
Adam,
tahun baru 2013. esok exam. kepala dok betui.

Thursday, 1 November 2012

Bagaimana Meramal Masa Depan

Saya percaya tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. (baca sini) Semua perkara yang berlaku mempunyai sebab, penyebab, akibat dan mekanisme. Begitu juga dengan hari esok. Jika apa yang berlaku pada hari esok bukan suatu kebetulan atau rawak, maka hari esok boleh diramal.

Ramal tidak bermaksud tahu. Apatah lagi perkara yang hanya Tuhan saja yang tahu.

Kenapa perlu ramal masa depan? Apabila kita tahu masa depan, maka kita boleh design masa depan kita. Seperti biasa, untuk tengok hari esok, maka kita perlu lihat hari ini. Jika kita mahukan sesuatu pada hari esok, maka kita perlu impikannya hari ini. Jika kita mahu capai sesuatu pada hari esok, maka kita perlu usahakan hari ini.

Itu mudah. Alam berjalan mengikut aturan / sunnah. Boleh diramal. Manusia pula senang berubah, maka lebih susah untuk diramal. Sebab itu kita disarankan supaya berdoa agar Allah menetapkan hati kita apabila sudah dikurniakan hidayah.

Bagaimana pula meramal sesuatu yang melibatkan orang lain? Bolehkah kita meramal apa yang sesorang itu akan buat? Apakah hasil / outcome dari tindakan tersebut?

Game. Semua permainan melibatkan dua pihak. Atau lebih. Game Theory. Game boleh jadi apa saja. Polisi luar Amerika, perjanjian dua syarikat, transaksi kedai, rebut tender ataupun ibu bapa yang pening nak balik Johor atau Perlis di Hari Raya.

Beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum meramal.

1. Kenal pasti semua pihak yang boleh memberi pengaruh atau kesan terhadap outcome dalam suatu game.

2. Ketahui pendirian dan sasaran mereka di dalam game.

3. Ambil kira sejauh mana kepentingan mereka dalam suatu game. Adakah mereka sanggup buat apa saja supaya hasil dari game tersebut sama dengan sasaran mereka, ataupun mereka tidak peduli dengan hasil tersebut.

4. Pengaruh setiap pemain terhadap pemain lain. Adakah seseorang itu mampu mengubah pendirian orang lain? Sejauh mana?

5. Saya ada exam. Dan exam bukan game. Lain kali saya sambung.

a game between three. "hurm, bila kita nak berkahwin ya?" (2009)
is marriage a game?

Monday, 15 October 2012

Teknik Surah Haaqqah

Glaucon, seorang ahli falsafah Greek berkata: ‘Manusia berlaku adil hanya kerana dia tidak mampu berlaku zalim.’

Seseorang itu apabila melakukan kezaliman atau jenayah, dia yakin yang dia mampu melakukannya tanpa menerima sebarang akibat. Lihat saja mereka yang sedang bersendirian tidak diperhatikan orang lain, ataupun raja yang mempunyai kuasa undang-undang. Apabila mampu, mereka akan berlaku zalim.

Tetapi, seorang yang beriman yakin bahawa setiap perbuatan dan tingkah laku diperhatikan Tuhan. Dan setiap perbuatan itu akan diganjari dan dibalasi baik buruknya. Mereka yakin mereka tidak akan sekali-kali mampu melakukan kezaliman. Maka, antara tujuan surah Haaqah adalah untuk menyedarkan mereka yang tidak beriman tentang hakikat ini.

Lalu kita baca:

'Al haa~ QAH!. Mal haa~ QAH?!’
 (Hari Kiamat! Apakah Hari Kiamat itu?!)

Kita akan dengar bunyi seperti letupan bunga api di malam merdeka. Dentuman itu sangat kuat sehingga gelombangnya memukul-mukul muka mereka yang berdekatan.

Begitu juga surah Al-Haaqah. Nadanya selari dengan maksudnya. Bunyinya menumbuk-numbuk hati pendengar, menyedarkannya tentang hakikat yang besar.

'Sedarlah! Hari kiamat itu akan tiba! Perbuatanmu akan dibalas!’

***

Teknik penulisan surah Haaqqah ialah berkenaan pemilihan perkataan yang selari dengan suasana cerita. Suasana keras dengan nada yang keras, suasana tenang dengan perkataan yang beralun.

Suasana cemas:
Ahmad berlari dengan laju apabila dikejar perompak itu. Sekali-sekala dia memaling kebelakang memerhatikan perompak yang semakin mendekatinya.

Teknik TSH:
Ahmad berlari deras. Mukanya cemas. Dia menoleh ke belakang. Perompak itu semakin dekat.

Suasana tenang:
Ahmad menapak pantas. Pagi itu segar. Angin bertiup nyaman.

Teknik TSH:
???

Sunday, 8 July 2012

Schoolarisme

*-biarlah aku nak baca buku apa pun! apa yang saya nak sampaikan: sekarang kita boleh belajar apa yang kita nak! kenapa perlu ikut sistem?

Sekolah dan Salahguna Manusia

Bayangkan, jika semua orang di sekeliling anda ini menyangka pisau adalah untuk pasang dan cabut skru? Selama bertanun-tahun manusia menggunakan pisau untuk pasang dan cabut skru. Cuma anda saja yang tahu fungsi sebenar pisau dan cara-cara menggunakannya.

Apa yang ada lakukan?

Bagaimana pula jika kehidupan yang anda lalui sekarang ini sangat bertentangan dengan apa yang sepatutnya?

Ya, kita telah menyalah guna fungsi manusia.

Dengan asas yang salah tentang fungsi manusia, pelbagai dasar sistem telah dibentuk. Antaranya ialah sistem pendidikan.

Sistem pendidikan awam hari ini dibentuk ketika zaman Revolusi Industri di England. Ketika itu semua orang berlumba-lumba mengejar keuntungan dengan membina kilang-kilang. Pembangunan ini dipesatkan lagi dengan penemuan kaedah-kaedah baru pengilangan.

Antara kaedah pengilangan yang diguna pakai hingga ke hari ini ialah production line dan teknik pengkhususan. Dengan itu, produk dapat dihasilkan secara berkala dan produktif.
Tetapi, mana-mana industri pun memerlukan manusia untuk menggerakkannya. Dengan itu, sistem pendidikan awam dibentuk bagi memenuhi permintaan sumber manusia yang meningkat.

Barangkali, sebab itu juga sekolah tidak jauh beza dengan kilang. Setiap production line diberi nama dengan batch, pengasingan bidang-bidang pengajian, sistem loceng dan lain-lain. Produk-produk yang dihasilkan sekolah ialah pekerja-pekerja yang bakal menggerakkan industri.

Semua ini kerana menyangka fungsi manusia adalah untuk bekerja mengaut kekayaan dunia. Akhirnya sekolah-sekolah hanya melahirkan mesin. Robot.

-Akhirnya, banyak aspek manusia diabaikan untuk melahirkan robot bagi mengisi tempat-tempat kosong di industri-industri.

Saya melihat sistem ini membunuh sifat ingin tahu manusia. Sesiapa pun akan pelik jika pelajar perubatan membaca buku ekonomi. Sesiapa pun akan pelik jika seorang ustaz cuba belajar bahasa Sepanyol. Hey, kenapa belajar benda yang bukan bidang kau?

-kenapa bidang sains dan matematik dinamakan bidang profsional?
Saya juga percaya belajar adalah tanggung jawab setiap orang. Tiada istilah ‘belajarkan untuk aku’. Tugas guru ialah membantu pelajar, bukan belajarkan untuk pelajar.

Jadi, adalah tugas pelajar untuk mengkaji dan mencari sendiri ilmu. Bukan disuap oleh cikgu dan pulang buat kerja rumah. Ya, kaedah ini membantu pelajaran, tapi saya percaya ianya bukan yang terbaik.

Sekolah mengabaikan aspek rohani
sekolah abaikan pembentukan akhlak
sekolah membunuh kreativiti
dll

Apa Yang Patut Kita Buat

-open course. untuk dapat degree tak perlu masuk university.
-tukar cara pemikiran
-sistem pendidikan (hurai)

Friday, 15 June 2012

Bargaining Power

Persaingan itu tidak bagus! Merugikan.

Sudah tentu kita tidak boleh aplikasikan ayat ini kepada semua bentuk dan jenis persaingan. Dalam baik ada buruknya. Dalam kesusahan ada kesengangan. Apa salahnya mengalah? Mengalah tak bermakna kalah.



Kuasa Pada Yang Sikit

Bayangkan ada banyak restoran yang jual nasi lemak di Kasr El-Ainy. Tapi satu-satunya pembeli (pelajar-pelajar Melayu) tak ramai. Jadi persaingan sangat sengit memaksa semua restoran untuk menjual nasi lemak dengan harga yang paling murah. Paling banyak nasi dan sambal, tapi harga paling murah. Restoran2 terpaksa berkompromi dengan menurunkan harga nasi lemak.

Dalam kes ini, pelajar2 Melayu ini ada bargaining power. Mereka yang menentukan pasaran nasi lemak dan seterusnya nasib restoran2 di situ. Setiap restoran tak dapat untung banyak, dan restoran2 baru tidak dapat masuk pasaran.

Katakan pula, kilang yang menawarkan pekerjaan di Mesir tidak banyak. Tapi penduduk Mesir sangat ramai. Jadi berlaku persaingan yang kuat antara pekerja. Masing2 cuba bekerja dengan gaji yang paling rendah. Bargaining power atau kuasa tawar-menawar ada di tangan pengilang. Kilang-kilang ada kuasa untuk mengawal nasib pekerja. Pekerja boleh ditukar ganti dengan mudah, gaji pun murah.

Jadi di sini pentingnya peranan kesatuan sekerja atau apa-apa union trade dalam kes2 lain. Untuk mengawal persaingan dan pergaduhan sia-sia. Membentuk satu suara untuk mengurangkan bargaining power kilang (atau apa2) ataupun mengembalikan bargaining power pada pekerja sendiri.

Persaingan dan perebutan membuatkan satu-satu pihak itu terdedah untuk lebih berkompromi. Terpaksa ber kompromi pada harga produk dalam pasaran, kompromi pada policy dalam pentadbiran ataupun berkompromi dalam prinsip sesuatu organisasi. Pihak yang mempunyai bargaining power berupaya mengawal proses kompromi ini.

Model ini menarik untuk diguna pakai dalam bidang2 lain juga.

Falsafah

Persaingan tak semestinya menguntungkan. Biarlah bersaing, tapi saling bantu-membantu. Sebenarnya semua orang boleh untung. Asalkan tiada orang yang tamak nak untuk lebih. Kemenangan yang sepatutnya ialah kemenangan semua orang. Bukan satu pihak menang satu pihak kalah. Pie boleh dikongsi bersama. Nash Equilibrium.

Dunia ini tidak huru-hara jika semua orang jujur. Tapi kepala ini pening dan saya perlukan sesuatu untuk re-occupy my mind mind from this certain distracting and horrifying lump.

Friday, 18 May 2012

ss-3

Tidak dapat access Evernote. Sebab dah lama tak baca berita, jadi terpaksa kejar balik event yang dah tertinggal.

Revolusi Syria mungkin tamat tak lama lagi. Petanda / alamat:

1. Ramai Alawite berpaling tadah (Dec2011/206896). Kemungkinan berlaku military coup. Ketua askar / menteri pertahanan ialah Maher Assad (abang adik?). Pilihanraya boleh selamatkan Alawite dari penggulingan kuasa?

2. Mula ada negara yang menyokong pasukan pemberontak secara terbuka: Kosovo. Rasanya sesebuah negara akan membentuk foreign policy terhadap pihak yang akan menang. Kosovo majoriti Islam. Petanda semakin kuat apabila negara yang bukan Islam menyokong pasukan pemberontak.(16April)

Mesir perlukan Presiden yang boleh membentuk kestabilan dan kesatuan lebih lagi dari presiden menjurus pada kemajuan negara. Tapi alangkah buruknya manifesto seseorang calon Presiden jika berbunyi: "Mengekalkan Kestabilan" sangat statik dan tak futuristik. haha~ Rasanya walaupun semua presiden sibuk bentangkan projek memajukan negara, kepala mereka mesti sibuk fikir cara membentuk kestabilan dan kesatuan.

Nick Hanauer

Wednesday, 1 February 2012

Hur Adam (Freeman) [Eng Sub]

Hur Adam (Freeman) 2011 Turkish Film



Download English Subtitle .srt file here. http://www.4shared.com/folder/LGhxVz5z/_online.html

notice there is so much error and flaws as I google translated it from a Turkish subtitle. At least i can survive watching this movie that way. I'm dying to watch it!

Thursday, 25 August 2011

Abu Lahab Paradox


'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat.'

Lalu Rasulullah SAW pun mendaki bukit Safa dan berkata: "Wa Sabahah!" yang bermaksud: "Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini". Ini adalah laungan kecemasan yang dilakukan apabila seseorang mendapati kehadiran musuh yang menghampiri Mekah di waktu malam atau subuh.

Rasulullah langsung bertanya:

"Bagaimana jika ku katakan kepada kalian, bahawa di sebalik bukit sana terdapat musuh berkuda yang akan menyerang kalian, apakah kamu boleh percaya cakap ku ini?"

Jawab mereka: "Ya kami percaya. Kerana selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu."

Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: "Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!"

Tatkala Rasulullah SAW menyeru untuk menyembah tuhan yang satu, langsung Abu Lahab memintas dan mencelanya.

"Celakalah engkau seluruh hari ini!. Dengan sebab ini kau kumpulkan kami?!"

Lalu turunlah surah Al-Masad.

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! - Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. - Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.- Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (surah Al-Masad)

Abu Lahab = Father of Flames

Abu Lahab Terperangkap Dalam Logik

Jadi, Abu Lahab pun berfikir... jika dia terus menolak Islam, maka tindakan ini hanya menunjukan dan membuktikan kebenaran Al-Quran. Surah Al-Masad mengumumkan kekufurannya dan dia akan ke neraka. Jika dia terus menentang dakwah, dia hanya membenarkan kebenaran Al-Quran.

Tapi, dia boleh membuktikan yang Al-Quran itu silap dengan memeluk Islam. Surah Al-Masad mengatakan dia kufur dan akan ke neraka, tapi jika dia memeluk Islam maka surah Al-Masad itu salah. Void. Jika dia memeluk Islam, vernakna dia membenarkan Al-Quran, pada masa yang sama dia membuktikan Quran itu salah.

Abu Lahab pernah bertanya Nabi: "Apa yang aku dapat jika aku memeluk Islam?"

"Kau akan dapat apa yang orang Islam lain dapat". Jawab Rasul.

"Tiadakah keistimewaan bagiku?"

"Apa yang kau mahukan?" tanya Rasulullah kembali.

Dengan marah, Abu Lahab berkata "Moga binasa agama ini jika meletakkan aku dan orang lain di kedudukan yang sama!"

Satu bentuk liar paradox. 

Abu Lahab terperangkap dalam logiknya. Penamatnya teruk, tempat kembali pun teruk. Semuanya sebab dia menghalang dakwah dari tersebar. Bukan sebab tidak percaya, tapi sebab takut perniagaan berhala/ jaga berhala terjejas. Sebab duit! Sebab kedudukan!

Kesimpulan

Bayar zakat. Banyakkan sedekah. Kalau pun menolak seruan dakwah, jangan dihalang dakwah itu dari disebar. Doa diberikan hidayah. Doa supaya taubat diterima. Tanda-tanda taubat diterima ialah seseorang itu akan banyak beristighfar dan ringan buat amal.

Sunday, 21 August 2011

Hampir Libya Tamat?

Pasukan pemberontak yang ingin menggulingkan rejim Ghadafi telah berjaya menawan Zawiyah, entah berapa kilometer dari Tripoli. Perlu diberi perhatian disini ialah, Zawiyah merupakan kawasan laluan sumber bekalan bagi Tripoli. Boleh saja, askar pemberontak menyekat bekalan dari sampai Tripoli. Tapi, perlu diingat bahawa pusat bandar Libya itu dihuni oleh 2 juta penduduk. Sekatan akan menyebabkan lebih 2 juta merana.

Pengunduran askar Ghadafi dari Zawiyah mencerminkan sedikit kelemahan askar Ghadafi. Tetapi, tidak bermakna mereka akan tewas dengan mudah di tangan tentera pemberontak yang sangat-sangat tidak terlatih. Tambah pula teknik pertempuran bandar memerlukan skill dan semangat juang yang tinggi. Urban fighting atau house to house attack menuntut penyerang untuk terdedah kepada tembakan. Harapnya semangat juang tentera pemberontak boleh menampung skill yang kurang.

Andai berlaku pertempuran di Tripoli, situasi penduduk di sana sangat teruk. Pertempuran antara pro-Ghadafi dan pemberontak, ditambah lagi serangan udara NATO akan mengakibatkan collateral damage yang sangat besar. 2 juta penduduk kot!.

Hasil yang lebih baik kita harap supaya berlaku ialah berlaku rusuhan atau ketidak-stabilan dalam Tripoli sendiri supaya bandar tersebut lebih mudah diambil alih. Media Libya perlu memainkan peranan penting dengan menceritakan kehebatan tentera pemberontak dan keampuhan tentera Ghadafi bagi menggalakkan rusuhan. Google News melaporkan tentera pemberontak menghantar SMS kepada penduduk Libya menyeru mereka keluar merusuh. Terdapat juga ura-ura mengatakan tentera pemberontak telah pun sampai ke Libya berikutan bunyi tembakan dan letupan yang kedengaran.

Kita juga boleh berharap agar Ghadafi menyerah kalah dan melarikan diri. Erm, mungkin tidak akan berlaku. Saiful Islam membuat kenyataan media semalam: "Libya adalah negara kami. Kami tidak akan meninggalkan negara kami'.

Jadi, yang mungkin berlaku dalam waktu terdekat ini adalah... rundingan diplomasi/dialog/pujukan menyerah dari 2 belah pihak samada secara langsung atau tidak. Atau sekurang-kurangnya tentera pemberontak perlu meyakinkan tentera Ghadafi yang pemberontak dalam upper hand. Sebolehnya pertempuran dapat dielakkan. Harap-harap la...

Namun, apa yang penting ialah apa yang akan berlaku selepas Ghadafi jatuh. Outcome revolusi ini perlu dilihat dari falsafah yang diperjuangkan. Ya, betul negara-negara timur tengah memperjuangkan kebebasan. Yang membezakan ialah falsafah disebalik kebebasan yang diperjuangkan. Jika yang diperjuangkan ialah kebebasan, maka akan lahir sebuah negara liberal yang US suka. Tapi jika falsafah yang diperjuangkan ialah menjatuhkan kezaliman dan menggantinya dengan sistem Islam, outcome-nya lebih baik.

Revoulusi Mesir pun akhirnya hanya berjaya menjatuhkan Mubarak, namun rejim atau bentuk pemerintahan Mesir masih tidak berubah. Pemerintahan tentera. Seharusnya pilihanraya Presiden tak usah ditangguh agar tentera dapat fokus pada kerja tentera yang sebenar: mempertahankan negara. Sinai tengah panas tu!

Malangnya, puak liberal ini bising minta tangguh. Mesir punya kita cerita nanti.
21 Ramadan.

Saturday, 6 August 2011

Kisah Singa Pulau

Entah bila, entah bagaimana, seekor anak singa terdampar di tepi pantai sebuah pulau tak berpenghuni.

Pulau itu tak bernama. Tapi dikenali dengan pulau kijang disebabkab populasi kijang yang terlampau banyak mendominai pulau tersebut. Bilangan kijang yang terlalu banyak dalam suatu habitat telah mengakibatkan ketidak seimbangan ekosistem. Pulau tersebut bakal diundang ketandusan. Tanaman juga tidak dapat diusahakan. Sebab itu manusia tidak menghuni pulau tersebut. Pokok durian pun kijang makan.

Anak singa tersebut dijumpai dan dibesarkan oleh Mak Kijang. Lalu hiduplah anak singa tersebut dalam komuniti kijang...

Apabila anak singa tersebut membesar, tahulah Mak Kijang tentang tabiat sang singa. Singa adalah pemangsa bagi kijang. Singa tak makan rumput. Singa makan kijang.

"Kalau kalian berjumpa dengan singa, maka pukullah dia dengan tanduk kamu. Hinalah dia. Jangan biarkan dia punyai jati diri. Biarkan dia malu tidak mempunyai tanduk" kata Mak Kijang kepada anak-anak kijang yang lain.

Begitulah hidup singa yang sering dibuli dan diperlekeh. Dia sering dimalukan kerana tidak mempunyai tanduk. Dia sering dimalukan kerana tidak boleh lari selaju kijang-kijang yang lain. Dia sering tertanya kenapa dia tidak mempunyai mekanisme pertahanan seperti binatang yang lain.

[huraikan nanti: samakan dengan umat Islam sekarang. Jatuh khalifah jatuh semangat,dll]

Keadaan dia yang terputus dari sejarah nenek moyang singa membuatkan dia buta legasi singa yang sebenar. Dia tidak tahu kekuatan sendiri. Dia tak tahu tujuan dan tanggung jawab hidupnya. Tanggung jawabnya untuk makan kijang di pulau ini.

[huraikan nanti: azab seksa kalau tak keluar berdakwah]

"Mak, kenapa I tiada tanduk? kenapa I sangat lemah?" adu singa kepada maknya, Mak Kijang.

"I, walaupun I hodoh dan tak sekuat kijang lain, tapi I-lah kijang kesayangan mak" kata Mak Kijang lalu diletakkan ranting2 di kepala singa sebagai tanduk palsu. "I tetap seekor kijang" sambung Mak Kijang.

[huraikan nnt: org yahudi dan nasrani xkan redha selagi org Islam tak ikut jalan mereka]

"Cumanya, mak tak suka tengok I makan bangkai. Kalau nak makan juga, jangan makan di sini. Makanlah jauh ditepi pantai. Mak tak suka."

Sebenarnya, banyak lagi larangan yang diletakkan Mak Kijang kepada singa. Mak Kijang tak nak singa tahu tabiat sebenarnya. Singa pula, disebabkan terlalu sayangkan Mak Kijang, diikut juga perintah Mak Kijang walaupun bertentangan dengan fitrah seekor singa.

[huraikan]

Satu hari, singa dibuli dan dibelasah sangat teruk. Tanduk palsu tidak dapat melindungi singa. Mudah patah. Sudah tentu. Singa terus berlari dan menangis mendapatkan Mak Kijang.

Mak Kijang yang sedang meragut rumput terkejut melihat singa yang berlari kearahnya sambil menganis. Pada pandangannya, singa tak ubah seperti seekor singa yang mahu menerkam seekor kijang. Terkejut. Mak Kijang pun lari lintang pukang. Singa pula menjadi takut, menyangka Mak Kijang turut membencinya dan ingin meninggalkannya. Singa pun lari semakin laju.

Mak Kijang bertambah takut, sehingga dia tidak perasan dia sedang berlari ke arah batu yang besar. Puff. Mak Kijang terlanggar batu pada kelajuan yang sangat tinggi. Mati ditempat kejadian. Panas berdarah. Singa kaget. Dihampiri bangkai Mak Kijang sambil meratapinya.

Tiba-tiba dia bau darah Mak Kijang sangat menyelerakan. Dijilat sikit. Lama-lama dikunyah dagingnya. Sedap pula rasanya. Lalu dia makan bangkai Mak Kijang sampai kenyang. Singa jadi ketagih. Dia tidak pernah makan daging seempuk daging kijang.

"Agaknya, kijang lain pun rasanya macam ini?" getus singa dalam hati.

Dipendekkan cerita, singa pun makan semua kijang di pulau tersebut. Tidak tinggal seekor. Dia mengaum kepuasan dari atas bukit. Woof woof!

Dari jauh, dia dilihat oleh sekumpulan manusia. Pelik. Pulau tersebut bukan habitat singa. Singa tak wujud di pulau tersebut.

"Apakah binatang yang menggerunkan itu wahai Bendahara? Bukankah beta arahkan supaya dihantar harimau di pulau ini?" tanya raja kepada bendahara.

"Iturah singa tuanku. Raja segara binatang. Rebih kuat dari harimau. Disebabkan teraru ganas, patik hanya mampu retakkan anak singa di purau ini. Nampaknya singa tersebut terah besar dan makan semua kijang di purau ini, borehrah bercuck tanam diadakan dan kampung boleh dibuka." jawab bendahara yang pelat huruf L.

"bagus sekali sang Bendahara. Beta kagum dengan kekuatan binatang tersebut. Oleh itu beta namakan pulau ini Singa Pulau" kata raja yang lemah tatabahasa Melayu.

"Cantik~ patik akan maklumkan pada orang ramai"
"Wahai orang sekalian, Seramat Datang ke SINGAPURAU!"

Tuesday, 28 June 2011

dragostea din tei

sang saka merah putih

Ramai orang menyangka Bersih 2.0 bermaksud Bersih versi 2. Kalau itu maksudnya, kenapa tidak ditulis Bersih 2 / Bersih v2 / Bersih 2nd Ed?

Sebenarnya 2.0 bermaksud information sharing, user-centered design dll. Jadi, apabila sesuatu projek itu membolehkan pengguna untuk menyumbang, maka 2.0 sering digunakan. Sebab itu kita sering melihat Web2.0, Classroom 2.0, Revolution 2.0, dll.Semuanya bergantung kepada pengguna sediri untuk dibangunkan.

Dan sebenarnya, 2.0 adalah satu teknik marketing yang sangat popular di era internet ini. Kita tengok Wikipedia, Youtube, dll semunya user-centered. Ambil contoh Apple, pembangunan software2 ipod, iphone turut dibuka kepada pengguna. Hasilnya, Apple mempunyai banyak software yang merupakan aset penting bagi Apple. (tapi, nak buat Apple apps mesti ada Mac. Android pun buat teknik 2.0 ini)

3 bulan lalu saya sibuk memikirkan satu program yang berbentuk 2.0 ini.

Jadi, sebab itu kita lihat Bersih 2.0 adalah satu strategi yang sangat tepat dan berkesan. Sesuai pada waktunya. Strategi yang tak akan kalah. Perhimpunan bersih ini adalah sesuatu yang besar. Center of gravity di Malaysia semuanya tertumpu pada Bersih. Dari segi marketingnya, masyarakat dapat melihat penganjur berjuang bersama-sama rakyat menegakan keadilan. Antara advantages lain:
  • isu pilihanraya yang tidak adil dapat dihangatkan kembali
  • perjuangan demokrasi dan kebebasan suara sebagai fokus pengajur dilihat dengan jelas oleh masyarakat
  • satu garisan pemisah antara yang baik dan jahat (kerajaan) dapat dilukis dengan jelas
Sebenarnya, Bersih 2.0 sudah pun menang tanpa tibanya 9 Julai. Apapun natijahnya, advantages sudah pun berada di pihak penganjur... Siapa yang berani lagi mengaku dia bekerja di SPR? Siapa lagi berani mengaku dia bersama kerajaan?

Ditengah-tengah isu ini ada pula NGO yang mengambil sikap berkecuali. Memang dari dulu suka mengambil pendapat yang tidak popular. Pada waktu menimbulkan isu Melayu akan digelar racist, mereka pula perjuangkan Melayu. Ketika orang membenarkan kalimah Allah diguna dalam Bible, mereka menentang. Dan kali ini ketika orang sibuk menyokong Bersih, mereka mengambil sikap berkecuali?!

Barangkali mereka berpegang kuat pada perinsip kesyumulan projek Islam. Mungkin antara asas pegangan mereka ialah menolak pejuzukan dan mencampuradukkan Islam dengan ideologi sama ada sosiali, komunis atau juga liberal demokratik. Sebab itu mereka sering dilihat mengambil tindakan yang tidak bijak. Agaknya mereka tidak peduli seruan2 tersebut, asalkan kemaslahatan Islam terjaga.

Saya juga mengambil sifat berkecuali. Bukan saya menuduh Bersih berideologi sosiali, komunis atau liberal demokratik. Saya cuma berhati-hati sebab tidak mengenali siapa penganjur.

Masih ingat Hartal 1947? (tunjuk perasaan berkurung di rumah). Ketika itu Hartal diadakan bagi menuntut pembebasan dari British dan kearah pemerintahan sendiri. Antara sebab Hartal diadakan supaya British menerima cadangan perlembagaan mereka. Jika kita lihat, alangkah bagusnya mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan dan menentang penjajah. Sangat belik jika sesorang itu tidak bersama mereka.

Tapi saya lihat, jika Hartal berjaya, lalu British menerima perlembagaan mereka dan akan membebaskan Tanah Melayu. Namun, semua penduduk Tanah Melayu ketika itu akan jadi satu bangsa yang sama; Melayu. Semua masyarakat mendapat hak sama rata. Yang dirisaukan ialah kedudukan Islam dan agama2 lain turut berada di kedudukan yang sama. Kuasa Raja2 Melayu turut berkurang. Walaupun Hartal nampaknya bagus memperjuangkan kemerdekaan, namun sedikit sebanyak merugikan Islam.

Akhirnya, British mengisytiharkan undang-undang darurat dengan alasan menentang komunis. Ramai ditangkap.

Namun, saya bersetuju dengan tuntutan Bersih. Cumanya, hati ini lebih tenang jika penganjurnya adalah parti Islam atau NGO Islam. Ya, ada orang kata penganjur tiada sebarang motif politik dan kebanyakan committee member tiada kaitan dengan politik. Saya harapkan tiada agenda tersembunyi.

Kepada mereka yang akan menyertai Bersih 2.0, saya ucapakan selamat berjaya~

Thursday, 2 June 2011

why art thou silent

Kalau anda ada impian, sila jangan bagitahu orang. Nanti impian itu tak akan berlaku. Sama juga, kalau anda nak mumtaz dalam peperiksaan, tak perlu bagitahu orang. Kalau bagitahu, kebarangkalian untuk dapat mumtaz jadi rendah. Sangat rendah.

Untuk mereka yang berada dalam inner circle saya, pasti tahu yang setiap benda yang saya sebut, itu yang tak akan berlaku. Oleh sebab itu, saya agak berat nak cerita apa yang saya akan buat. Takut akan sumpahan.

Dan rupanya, ianya bukan sekadar sumpahan. Ianya adalah hukum alam!.

Apa yang anda rasa apabila bagitahu impian anda kepada semua orang? Rasa puas, bersemangat dan rasa yang kita dah setapak kehadapan untuk mencapai impian kan?

Satu kajian, sekumpulan orang dikumpulkan. Separuh dari mereka diminta bagitahu semua orang apa impian mereka. Separuh lagi, senyap. Kemudian mereka semua disuruh buat kerja untuk mencapai impian mereka. Dan mereka dibenarkan untuk berhenti bila-bila masa yang mereka nak.

Secara purata, mereka yang senyap berhenti pada minit ke-45. Manakala yang buat pengunguman berhenti 15minit lebih awal secara purata. Dan apabila ditanya, mereka yang senyap merasakan impian mereka masih jauh dan banyak benda perlu diselesaikan. Puak satu lagi pula rasa impian mereka dah hampir tercapai.

Itu yang berlaku. Bila kita bagitahu orang apa kita nak buat, akan terbentuk sesuatu yang dinamakan social barrier. Perasaan puas itu memberitahu kita yang orang lain dah tahu impian kita, i.e. impian kita sudah tercapai, sekurang-kurangnya dalam diri orang sekeliling kita. Perkara ini akan membantutkan kita untuk mengejar impian tersebut ataupun berusaha kearah apa yang kita rancang.

Dan, jika kita perlu bagitahu orang, beritahu dalam cara yang tidak mendatangkan perasaan puas tersebut. Contoh "Pastikan aku terjemahkan buku ini, kalau tak siap satu bab dalam seminggu, sila ketuk aku laju-laju".

Jadi, sebab itulah, orang yang banyak cakap, banyak sembang kencang, itulah yang kurang amalnya. Peringatan untuk diri sendiri, sebab saya yang paling banyak mengarut. Wahai aku, kenapa kau tak buat apa yang kau cakap? Kenapa kau cakap benda-benda yang kau tak buat??

Kesimpulannya, sila hormati ibu bapa. tengwar

Saturday, 2 April 2011

Obituary

Setiap tahun di Malek Saleh, akan ada sekurang-kurangnya sekali pelajar perempuan membanjiri jalan Ubadah ibn Somit dekat sini. Dan satu hari ketika jalan tersebut dipenuhi wanita, ada seorang budak sekolah menengah usik-usik 2 pelajar perempuan yang lalu depan dia. Mengurat kononnya.

Lalu aku tegur budak tersebut. Banteras kemungkaran kononnya. "hey u, mengorat perempuan eh?" tegur aku kepada budak tersebut. "haha, kau nak satu ke?" dia jawab. Few days later, i happened to know that his name is Ezz. Ezz el-Din. Selalu nampak sebelum ini, cuma tak pernah tegur.

Ever since i 'tip-off' him, he will stop me whenever saw me walking down the street. Dia akan block aku dan jerit kuat-kuat : "ADAM MENGORAT POMPUAN!" orang sekeliling semua pandang. Malu habis.
And thats the routine everyday. Kadang-kadang dia akan suruh aku jerit nama kawan-kawan dia, eg: "Aslam mengorat perempuan!" dan aku layankan saja si Ezz yang memang nakal itu. Tapi itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi.

Sebab Ezz dah mati. Aku baru dapat tahu benda ini lepas tanya Aslam mana si Ezz ni tak nampak langsung. Selalu kecoh jalan tu. Dia meninggal pada 28 Januari aka Angry Friday, 25Jan Revolution.

Mati itu sangat dekat.

tiada dalam gambar: Ezz

Friday, 25 March 2011

Kebulur

Jika rakyat Mesir menerima cadangan pindaan perlembagaan, maka mereka akan terus dengan jadual untuk mengadakan pilihanraya dalam masa 6 bulan. Jika menolak, mereka akan menggubal semula perlembagaan Mesir dari kosong.

Saya rasa amat tepat untuk kita analogikan rakyat Mesir sekarang seperti orang yang kebuluran. Bagi rakyat Mesir, mereka kebuluran demokrasi lebih dari 30 tahun. Dah kebulur selama puluhan tahun, tiba-tiba mereka berpeluang dapat makan.

Tengok pula, mereka tidak dapat melantak sepuas hati. Dapat makan sikit saja. Kalau boleh mereka nak semua prosedur politik depan mereka demokrasi belaka. Dibuat pula pindaan perlembagaan pleh satu committee yang tidak demokratik langsung. Tiada perempuan dalam committee tersebut. Dan kalau boleh committee tersebut melibatkan semua parti politik, semua gerakan, semua rakyat untuk sama-sama membentuk perlembagaan baru.

Tapi seperti yang kita tahu, bila orang dah kebulur selama beberapa minggu, fisiologi badan mereka pun berubah dan cuba untuk mengadaptasi situasi tanpa makanan. Dan kalau orang yang kebulur ini kita bagi makan banyak-banyak secara tiba-tiba, ini boleh mengakibatkan maut.

Tapi, kita tidak boleh buat keputusan dan kesimpulan berdasarkan analogi ini semata. Lawak El-Koshry Today makin kasar. Dah tak kelakar.

Adapun mereka yang menolak pindaan perlembagaan ini, antara mereka hanya mahu menangguhkan masa supaya mereka boleh merangka dan membentuk parti baru yang kukuh dan memberi masa untuk meraih undi. Kita boleh nampak yang mereka hanya inginkan pertandingan dan perlumbaan merebut kerusi presiden.

Walaupun pindaan tersebut tidaklah begitu demokratik, namun wajar untuk menerimanya. Macam analogi tadii, proses ini mestilah beransur-ansur. Dan saya kira beransur-ansur adalah sebahagian dari hukum alam.

Lepas duduk di Mesir selama beberapa tahun, rasa janggal pula apabila kebebasan dan keadilan diberikan kepada rakyat. Rasa janggal apabila Ikhwan Muslimin boleh berkumpul di masjid dan bincang agenda mereka.

Dan saya lihat IM sekarang berada dalam keadaan yang menguntungkan dari segala aspek. Mereka satu-satunya gerakan yang bersedia untuk pilihanraya (kita andaikan NDP tidak mampu menang lagi). Seolah-olah dah checkmate!

baca dari sini YA atau Tidak
*sekali lagi rasa sia-sia tulis blog...

Friday, 31 December 2010

Catur sang Ratu

Queen chess.
Satu masa dulu Safwan dok asyik tanya kenapa cara berfikir manusia semuanya berlainan. Kenapa semua orang fikir berbeza? Banyak orang banyak ideologi, banyak ide banyak ragam, banyak ragam banyak gaduh! Bukankah elok kita semua berfikir dengan cara yang sama untuk capai satu matlamat yang sama??

Tidak! sangat lame sekali pendapat itu!!
Pernah tak main Queen chess? (or whatever they call it) Catur yang semua buahnya sama -Queen. Itu adalah game yang sangat sia-sia. Tak tentu pun peratusan untuk menang lebih tinggi.

Walaupun buah-buah catur berlainan, tapi semuanya menuju matlamat yang satu. Walaupun cara gerakan buah-buah catur berlainan, semuanya bersatu untuk jatuhkan King musuh. Walaupun wasilah masing-masing berlainan, hadafnya hanya satu.

"dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu" (11:118-119)

semoga kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan rahmat Allah.

"manusia itu dahulunya umat yang satu. Lalu Allah mengutuskan para nabi untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan. Dan diturunkan-Nya bersama mereka kitab yang mengandungi kebenaran, untuk berhukum diantara perkara yang mereka perselisihkan." (2:213)

Analogi chess amat mirip dengan kita. Masing-masing berlainan warna, rupa, darah dan fikiran. Kemudian turun risalah yang menjelaskan akidah yang satu dan tujuan hidup yang jelas. Dan kita seharusnya bersatu dengan perbezaan kita untuk mencapai hadaf yang satu. Kita tidak perlu jadi serupa untuk bersatu (haha, anti-1Malaysia?). Unity in Diversity.

Bersepakat dalam perkara yang disepakati, dan berlapang dada dengan perkara yang tidak disepakati

Jadi, tak perlulah kita nak condemn cara gerak orang lain sedang mereka ikhlas berjuang mencapai hadaf yang satu itu. Semoga kita bangsa yang memperjuangkan Islam bersepakat, untuk mengembalikan kedaulatan Islam di Malaysia...

"dan jika Allah tidak melindungi sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya rosaklah bumi ini" (al-Baqarah:251)

waAllahu a'lam

-silalah baca sejarah Mesir ketika akhir zaman Uthmaniyah. Banyak persamaan dengan situasi di Malaysia sekarang. Macam mana British pecahkan Mesir kepada Islam dan Kristian, dan pecahkan Islam kepada pelbagai fahaman. Pergeseran Islam dan Kristian masih terasa lagi ke hari ini. Paling dahsyat tahun ini ialah peristiwa di Nag' Hammadi (tempat jumpa manuskrip Kristian kuno, dan dibuat Nag Hamadi Library di Mar Girgis)walaupun Islam dan Kristian pernah hidup aman selama beratus tahun di Mesir ini!
-aku ini banyak cakap saja, amal tiada!
*argh~ seram sejuk!