inflammation of theology

Friday, 25 March 2011

Kebulur

Jika rakyat Mesir menerima cadangan pindaan perlembagaan, maka mereka akan terus dengan jadual untuk mengadakan pilihanraya dalam masa 6 bulan. Jika menolak, mereka akan menggubal semula perlembagaan Mesir dari kosong.

Saya rasa amat tepat untuk kita analogikan rakyat Mesir sekarang seperti orang yang kebuluran. Bagi rakyat Mesir, mereka kebuluran demokrasi lebih dari 30 tahun. Dah kebulur selama puluhan tahun, tiba-tiba mereka berpeluang dapat makan.

Tengok pula, mereka tidak dapat melantak sepuas hati. Dapat makan sikit saja. Kalau boleh mereka nak semua prosedur politik depan mereka demokrasi belaka. Dibuat pula pindaan perlembagaan pleh satu committee yang tidak demokratik langsung. Tiada perempuan dalam committee tersebut. Dan kalau boleh committee tersebut melibatkan semua parti politik, semua gerakan, semua rakyat untuk sama-sama membentuk perlembagaan baru.

Tapi seperti yang kita tahu, bila orang dah kebulur selama beberapa minggu, fisiologi badan mereka pun berubah dan cuba untuk mengadaptasi situasi tanpa makanan. Dan kalau orang yang kebulur ini kita bagi makan banyak-banyak secara tiba-tiba, ini boleh mengakibatkan maut.

Tapi, kita tidak boleh buat keputusan dan kesimpulan berdasarkan analogi ini semata. Lawak El-Koshry Today makin kasar. Dah tak kelakar.

Adapun mereka yang menolak pindaan perlembagaan ini, antara mereka hanya mahu menangguhkan masa supaya mereka boleh merangka dan membentuk parti baru yang kukuh dan memberi masa untuk meraih undi. Kita boleh nampak yang mereka hanya inginkan pertandingan dan perlumbaan merebut kerusi presiden.

Walaupun pindaan tersebut tidaklah begitu demokratik, namun wajar untuk menerimanya. Macam analogi tadii, proses ini mestilah beransur-ansur. Dan saya kira beransur-ansur adalah sebahagian dari hukum alam.

Lepas duduk di Mesir selama beberapa tahun, rasa janggal pula apabila kebebasan dan keadilan diberikan kepada rakyat. Rasa janggal apabila Ikhwan Muslimin boleh berkumpul di masjid dan bincang agenda mereka.

Dan saya lihat IM sekarang berada dalam keadaan yang menguntungkan dari segala aspek. Mereka satu-satunya gerakan yang bersedia untuk pilihanraya (kita andaikan NDP tidak mampu menang lagi). Seolah-olah dah checkmate!

baca dari sini YA atau Tidak
*sekali lagi rasa sia-sia tulis blog...

Friday, 31 December 2010

Catur sang Ratu

Queen chess.
Satu masa dulu Safwan dok asyik tanya kenapa cara berfikir manusia semuanya berlainan. Kenapa semua orang fikir berbeza? Banyak orang banyak ideologi, banyak ide banyak ragam, banyak ragam banyak gaduh! Bukankah elok kita semua berfikir dengan cara yang sama untuk capai satu matlamat yang sama??

Tidak! sangat lame sekali pendapat itu!!
Pernah tak main Queen chess? (or whatever they call it) Catur yang semua buahnya sama -Queen. Itu adalah game yang sangat sia-sia. Tak tentu pun peratusan untuk menang lebih tinggi.

Walaupun buah-buah catur berlainan, tapi semuanya menuju matlamat yang satu. Walaupun cara gerakan buah-buah catur berlainan, semuanya bersatu untuk jatuhkan King musuh. Walaupun wasilah masing-masing berlainan, hadafnya hanya satu.

"dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu" (11:118-119)

semoga kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan rahmat Allah.

"manusia itu dahulunya umat yang satu. Lalu Allah mengutuskan para nabi untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan. Dan diturunkan-Nya bersama mereka kitab yang mengandungi kebenaran, untuk berhukum diantara perkara yang mereka perselisihkan." (2:213)

Analogi chess amat mirip dengan kita. Masing-masing berlainan warna, rupa, darah dan fikiran. Kemudian turun risalah yang menjelaskan akidah yang satu dan tujuan hidup yang jelas. Dan kita seharusnya bersatu dengan perbezaan kita untuk mencapai hadaf yang satu. Kita tidak perlu jadi serupa untuk bersatu (haha, anti-1Malaysia?). Unity in Diversity.

Bersepakat dalam perkara yang disepakati, dan berlapang dada dengan perkara yang tidak disepakati

Jadi, tak perlulah kita nak condemn cara gerak orang lain sedang mereka ikhlas berjuang mencapai hadaf yang satu itu. Semoga kita bangsa yang memperjuangkan Islam bersepakat, untuk mengembalikan kedaulatan Islam di Malaysia...

"dan jika Allah tidak melindungi sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya rosaklah bumi ini" (al-Baqarah:251)

waAllahu a'lam

-silalah baca sejarah Mesir ketika akhir zaman Uthmaniyah. Banyak persamaan dengan situasi di Malaysia sekarang. Macam mana British pecahkan Mesir kepada Islam dan Kristian, dan pecahkan Islam kepada pelbagai fahaman. Pergeseran Islam dan Kristian masih terasa lagi ke hari ini. Paling dahsyat tahun ini ialah peristiwa di Nag' Hammadi (tempat jumpa manuskrip Kristian kuno, dan dibuat Nag Hamadi Library di Mar Girgis)walaupun Islam dan Kristian pernah hidup aman selama beratus tahun di Mesir ini!
-aku ini banyak cakap saja, amal tiada!
*argh~ seram sejuk!

Tuesday, 12 October 2010

gen6 kasut

Gen 6 bermaksud: Genesis chapter 6

Untuk 15 Oktober nanti, saya ditugaskan untuk menyediakan video sikit. Tengah duduk2 teringat pula pasal status Pepe "gen6cinema.blogspot.com". Entah macam mana, terbuat pula logo kat sebelah nu...

Andai korang tanya kenapa logonya banyak simbol orang, gambar2 orang itu nak menunjukkan kebersamaan dan keakraban. Kenapa 6 orang aku pun tak tau.

Tapi, kalau korang perasan, warna2 yang aku guna adalah 6 warna asas yang me-construct warna putih. Blue, Yellow, Cyan, Magenta, Green, dll. Sebagai simbolik, walaupun dalam gen6 adalah macam2 perangai, macam2 kepala, jika semuanya bersatu, boleh membentuk putih! Bukankah putih itu lambang kesucian? Walaupun masing2 lain/pelik, tapi saling melengkapi untutk membentuk putih. Harapnya macam tu lah. Itu yang nak kita capai sabtu ini.

So, untuk hari sabtu aku guna bendalah ini. Konon2 macam Dreamworks, Disney dll.

Kasut.

Yosh, sekarang ini masuk bab emotionalism sikit.(walaupum saya tak suka tulis pasal diri sendiri) Aku dah kehilangan kasut Vans Rowley XLIII !

Mentang2 aku baru lap, tukar tali putih, orang nak curi pula. Ingatkan kasut Adidas dan Nike saja jadi sasaran. Tapi pak cik masjid tu pun kata ini adalah kes pertama hilang kasut memandangkan masjid tu guna rak berpintu.

Dekat Dubai, kasut letak depan pintu masjid je.

Rindu betul kasut ini! Super selesa! Korang boleh jalan dari rumah selangor sampai masjid Fath, Ramsis tanpa melecet. Sampai Masjid Amru pun ok lagi rasanya. Walaupun kasut ini nampak besar, tapi beliau adalah antara yang paling ringan dalam kategori dia! Kalau pakai tu, rasa macam nak lompat2. Sangat sesuai untuk dijadikan hantaran kahwin.

Geoff Rowley, adalah skateboard legend!

Fikir2 balik, mungkin bila aku jalan pakai kasut ni, aku berjalan dengan bangga dan gah. Kalau setiap langkah aku berdosa, maka tak apalah kasut ini hilang. Tapi, jauh dalam hati sangat sedih! Aku bukan cintakan dunia, aku cinta kasut ni ja. Haha~ Sabar je lah.
Kalau korang jumpa, khabaq2 la eh. Rasanya, dalam Kasr el-Ainy, aku sorang je pakai.
*sakit tulang belakang...

Tuesday, 15 June 2010

Nota 13

Saya mestilah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan bertolak ansur, sedia memaafkan, melayan dengan baik, bersabar dan berlembut dengan manusia dan haiwan. Saya mestilah memberikan layanan yang baik kepada semua manusia. Saya mestilah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini saya mestilah mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang dalam majlis. Janganlah saya mengintip, mengumpat dan mengakat suara. Mesti minta izin ketika keluar dan masuk. Begitulah seterusnya.

Thursday, 3 June 2010

Safwan Mental

Macam mana kita claim kita tidak gila dengan kita sendiri yang menilai diri kita guna logic sendiri. Orang gila tidak kata diri mereka gila. Kita pun tak mengaku kita gila. (oh, sama macam orang gila!)

Kesimpulannya, tak boleh nak define diri sendiri. Godel Incompleteness theorem. Tapi, di Temple of Apollo, Delphi ada tulis: Define Thyself (γνῶθι σεαυτόν). Tetiba aku rasa ayat ini betul. Jangan biar orang lain yang tentukan siapa kita. Biar kita yang tetapkan.

Ambil contoh Safwan. Beliau tidak kisah orang kutuk dia. Biarlah orang kata dia pelik pun, yang penting dia tahu dia tak pelik!

Jangan percaya dengan rupa luaran. Pandangan mata selalu menipu.

Cuba buka blog beliau [klik] Sepantas kilat anda akan sedar kepelikan beliau. Obses dengan kucing. Tak habis-habis dengan positivsm dan sistem. Tambah lagi suka laungkan slogan "Rahilah kemenagan, Repakej diri" Juga video tentang beliau (Pemenang) ada di [sini].

*dalam zaman kejatuhan iman. sebab itu banyak mengarut. Kutukan diatas adalah dengan izin tuan punya badan. Anda semua juga dijemput untuk kutuk aku. Tolong tegur budak nih. (pom2 jackster yang buatkan)-->

Mental Disorder. Ramai orang fahami mental disorder sebagai mereka yang hidup dalam delusi sendiri (samada gembira tau tak), dan percaya / fikir sesuatu yang tidak rasional tentang diri mereka . Dan beberapa masalah seperti : personality (eg:paranoid) , eating (eg:bulimia), sleep (eg:insomnia), psychotic (eg:schizophrenia) disorder semua termasuk dalam mental disorder.

Macam mana kita nak kata Safwan ada masalah mental dan kita pula normal?

Pada 2006, satu kajian dilakukan di University of Maastricht in the Netherlands. Pesakit2 mental dan manusia normal dikumpulkan. Mereka guna orang bulimia (rasanya). Pesakit dan orang normal tadi diminta untuk rate attractiveness diri/badan mereka.

Kemudian gambar mereka diambil dari leher hingga ke kaki. Beberapa orang panel diminta untuk menilai attractiveness gambar2 tersebut. Didapati, manusia2 normal menilai diri mereka jauh lebih positif dari penilaian ahli panel. Sementara penilaian pesakit bulimia adalah sama atau lebih kurang sama penilaian ahli panel.
 Nak kata, pesakit mental berfikir lebih rational dan realistic. Orang normal berfikir tidak realistic dan hidup gembira dengan logic mereka.

Rupanya, kita yang tidak mengaku gila. Kita bahagia dengan delusi kita, yang mana tanpa delusi ini kita tidak dapat terima kengerian reality. Kita tipu diri kita sebab tak nak terima reality yang menakutkan. Harsh and cold reality.

Safwan Roslan, beliau hidup dalam dunia nyata.

Akan datang: Safwan betul2 gila. Aku tak puas hati, nak buktikan juga kegilaan Safwan. oh, dia nak exam lusa ini, sila doakan kejayaan dia~

*aku tengah baca pasal mental health, comet tadi. Entah macam mana boleh ada depan laptop... Macam ini sampai bila pun tak habis baca :(

Thursday, 27 May 2010

The so-called Messiah

Pada 1665 Masihi, Messiah telah tiba. Seperti yang diramal. Seperti yang ditunggu.

Dalam kebanyakan kitab agama ada menceritakan ketibaan penyelamat terakhir. Dalam Veda pun ada. Mereka menanti ketibaan Kalki Avatar (aku dah delete pula post pasal ini)

Pada tahun 1665, satu kenyataan telah menggemparkan dunia Islam, Kristian dan Yahudi. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Nathan of Gaza melalui suratnya yang mengumumkan kedatangan Penyelamat Terakhir ini.
Suratnya berbunyi:

"Hear ye, brethren in Israel that our Messiah is come to life in the city of Ismir and his name is Shabbetai Zevi. Soon, he will show forth his kingdom to all and will take the royal crown from the head of the Sultan and place it on his own. When nine months have passed, our Messiah shall vanish from before the eyes of Israel, and no one should be able to say if he is alive or dead. He will cross the river Sambatyon, which as all men know no mortal has ever crossed. There, our Messiah shall ride forth through Jerusalem, with Moses and all the Jews of old mounted on horses. He himself shall ride on a dragon, and his bridle rein shall be a snake with seven heads. On his way, he will be attacked by Gog and Magog, the enemies of Israel, with a mighty arm. But the Messiah with the breath of his nostril shall he rout them, and by his word alone, shall he utterly destroy them. And when he is entered in Jerusalem, God will send down a temple of gold and precious stones from heaven, and it will fill the city with its brilliance. And on that day shall the dead throughout the world rise from their graves. I hasten to tell you these tidings."

 Sabbatai Zevi

Berita ini memberi semangat kepada Yahudi. Mereka mula menjual segala harta dalam persediaan menuju Jarusealem.

Siapakah Messiah ini? Dia ialah Sabbetai Zevi. Dan dakwaan dia sebagai penyelamat dibuktikan dengan beberapa peristiwa, antaranya ialah perkahwinan dia dengan Sarah. Dia juga dibenarkan oleh Abraham ha-Yakini , katanya:

"I, Abraham, was confined in a cave for forty years, and I wondered greatly that the time of miracles did not arrive. Then was heard a voice proclaiming, 'A son will be born in the Hebrew year 5386 [English calendar year 1626] to Mordecai Zevi; and he will be called Shabbethai. He will humble the great dragon; ... he, the true Messiah, will sit upon My throne."

Berita ini sampai ke Khalifah. Sabbatai Zevi ditangkap dan dimasukan dalam penjara. Dia ditangkap ketika masuk ke Turki, dan ketika itu pengikutnya telah sampai beribu-beribu. Namun, dia bukan saja masuk penjara, malah dia juga masuk Islam! Pengikut-pengikutnya yang beribu-ribu itu turut masuk Islam. Dia mengIslamkan beribu-ribu manusia…. Sabbatai Zevi, kau betul-betul penyelamat!

mereka tunggu siapa sebenarnya? Penyelamat terakhir dah pun lebih sampai seribu tahun yang lalu

kokuyu suggested me to use this instead of the bridge... :)
*tapi jambatan free~

Wednesday, 19 May 2010

Jepun - Israel


Daber: in Hebrew, to speak.
Daberu: Japanese for chatting.

Goi: a non-Hebrew or foreigner.
Gai'Jeen: prefix for a foreigner, a non-Japanese.

Kor: cold in Hebrew.
Koru: to freeze in Japanese.

Knesset: Parliament in Hebrew.
Kensei: Constitutional government in Japanese

Haraku : measure in Japanese
Haqar : to investigate/ measure



Syariat Nabi Musa, bertaubat adalah dengan bunuh diri. Samurai kalau dah kalah perang pun bunuh diri (seppuku/ hara kiri)



'Yamabushi' meniup cengkerang  --------------------------------------- Yahudi meniup tanduk

Japanese (you) : anata/anta/atah
Hebrew (you) : atah

Japanese (take) : toru
Hebrew (take) : tol
dan banyak lagi~

belajar Hebrew boleh baca Torah, belajar bahasa Jepun boleh baca Scroll of Tora (tora no maki)
sekarang, sila buka Atlas Migrasi Manusia, National Geographic. [the Genographic Project]
 *post laju2. minta maaf, kalau ada salah silap!
-the Ten Lost Tribe of Israel (Japan)-