inflammation of theology

Tuesday, 15 June 2010

Nota 13

Saya mestilah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan bertolak ansur, sedia memaafkan, melayan dengan baik, bersabar dan berlembut dengan manusia dan haiwan. Saya mestilah memberikan layanan yang baik kepada semua manusia. Saya mestilah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini saya mestilah mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang dalam majlis. Janganlah saya mengintip, mengumpat dan mengakat suara. Mesti minta izin ketika keluar dan masuk. Begitulah seterusnya.

Thursday, 3 June 2010

Safwan Mental

Macam mana kita claim kita tidak gila dengan kita sendiri yang menilai diri kita guna logic sendiri. Orang gila tidak kata diri mereka gila. Kita pun tak mengaku kita gila. (oh, sama macam orang gila!)

Kesimpulannya, tak boleh nak define diri sendiri. Godel Incompleteness theorem. Tapi, di Temple of Apollo, Delphi ada tulis: Define Thyself (γνῶθι σεαυτόν). Tetiba aku rasa ayat ini betul. Jangan biar orang lain yang tentukan siapa kita. Biar kita yang tetapkan.

Ambil contoh Safwan. Beliau tidak kisah orang kutuk dia. Biarlah orang kata dia pelik pun, yang penting dia tahu dia tak pelik!

Jangan percaya dengan rupa luaran. Pandangan mata selalu menipu.

Cuba buka blog beliau [klik] Sepantas kilat anda akan sedar kepelikan beliau. Obses dengan kucing. Tak habis-habis dengan positivsm dan sistem. Tambah lagi suka laungkan slogan "Rahilah kemenagan, Repakej diri" Juga video tentang beliau (Pemenang) ada di [sini].

*dalam zaman kejatuhan iman. sebab itu banyak mengarut. Kutukan diatas adalah dengan izin tuan punya badan. Anda semua juga dijemput untuk kutuk aku. Tolong tegur budak nih. (pom2 jackster yang buatkan)-->

Mental Disorder. Ramai orang fahami mental disorder sebagai mereka yang hidup dalam delusi sendiri (samada gembira tau tak), dan percaya / fikir sesuatu yang tidak rasional tentang diri mereka . Dan beberapa masalah seperti : personality (eg:paranoid) , eating (eg:bulimia), sleep (eg:insomnia), psychotic (eg:schizophrenia) disorder semua termasuk dalam mental disorder.

Macam mana kita nak kata Safwan ada masalah mental dan kita pula normal?

Pada 2006, satu kajian dilakukan di University of Maastricht in the Netherlands. Pesakit2 mental dan manusia normal dikumpulkan. Mereka guna orang bulimia (rasanya). Pesakit dan orang normal tadi diminta untuk rate attractiveness diri/badan mereka.

Kemudian gambar mereka diambil dari leher hingga ke kaki. Beberapa orang panel diminta untuk menilai attractiveness gambar2 tersebut. Didapati, manusia2 normal menilai diri mereka jauh lebih positif dari penilaian ahli panel. Sementara penilaian pesakit bulimia adalah sama atau lebih kurang sama penilaian ahli panel.
 Nak kata, pesakit mental berfikir lebih rational dan realistic. Orang normal berfikir tidak realistic dan hidup gembira dengan logic mereka.

Rupanya, kita yang tidak mengaku gila. Kita bahagia dengan delusi kita, yang mana tanpa delusi ini kita tidak dapat terima kengerian reality. Kita tipu diri kita sebab tak nak terima reality yang menakutkan. Harsh and cold reality.

Safwan Roslan, beliau hidup dalam dunia nyata.

Akan datang: Safwan betul2 gila. Aku tak puas hati, nak buktikan juga kegilaan Safwan. oh, dia nak exam lusa ini, sila doakan kejayaan dia~

*aku tengah baca pasal mental health, comet tadi. Entah macam mana boleh ada depan laptop... Macam ini sampai bila pun tak habis baca :(