inflammation of theology

Saturday 20 February 2010

Berapa Lama Sebelum Masa Dicipta?

 Stephen Hawking wrote in his book, "A Brief History of Time" proposes a cosmological model, that there was no precise moment when the universe "began", because there was no precise moment when time began.

Berapa lama jangka waktu sebelum masa dicipta saya tidak dapat jawab. Sebab masa itu sendiri belum dicipta! Tetapi, apa yang pasti, jangka masa (umur) alam ini boleh dikira. Penemuan yang ditemui Hubble megatakan bahawa alam ini sedang mengembang dan segala entiti dan galaksi bergerak menjauhi satu sama lain. Di sini kita boleh kata, suatu masa dulu segala entiti ini berada di jarak yang sangat dekat atau barangkali bersatu.

Datang pula teori Big Bang, yang sedikit sebanyak terbit dari teori Relativiti yang dikeluarkan Albert Einstein. Teori ini adalah yang penjelasan yang paling diterima setakat ini, berkenaan bagaimana wujudnya alam ini. Ironiknya, Einstein sendiri tidak dapat menerima teori Big Bang ini sedangkan dialah yang mengeluarkan teori Relativiti. Kerana, jika dia memengang teori ini, bermakna alam ini wujud dari sesuatu yang tidak ada... dan kewujudan itu membuktikan adanya suatu "Supernatural Power" yang menciptanya. Lalu dibuatnya sedikit perubahan dalam pengiraan (fudge factor) sebab tak nak menerima haikat ini. Namun akhirnya dia sedar dan berkata: "this is the greatest blunder ini my life"

*sebut pasal ironic, teringat Nicolaus Copernicus yang mendacangkan bahawa bumi yang mengelilingi matahari adalah seorang canon (macam kerani eh?) di Frauenburg Cathedral.

Sir Arthur Eddington pernah berkata dalam Nature of the Physical World (1927): [link]
"tida mengapa jika teori kamu tidak bertepatan dengan pemerhatian, tetapi, jika teori kamu tidak bertepatan dengan Second Law of Thermodynamic, ianya adalah kesalahan besar"
Dan sebenarnya, kenyataan yang mengatakan alam ini wujud selama-lamanya (tiada permulaan dan pengakhiran) adalah amat bersalahan dengan Second Law of Thermodynamic. Jika alam ini tiada permulaan, alam ini seharusnya sudah berada dalam keadaan keseimbangan, suhu semua sama. Seperti kata Prof Stephen Hawkings: "The Second Law, states that disorder always increases with time. Like the argument about human progress, it indicates that there must have been a beginning. Otherwise, the universe would be in a state of complete disorder by now, and everything would be at the same temperature. In an infinite and everlasting universe, every line of sight would end on the surface of a star. This would mean that the night sky would have been as bright as the surface of the Sun. The only way of avoiding this problem would be if, for some reason, the stars did not shine before a certain time."  [link]

Light Cone. jika kita boleh bergerak lebih laju dari cahaya, pasti kita boleh melihat masa lepas...

Balik pada tajuk asal. Dengan mengambil kira pecutan dan jarak antara galaksi, dan beberapa kaedah lain, para saintis mengira umur alam ini dan mendapati, umur alam ini adalah 13.5 billion tahun.[link].

Apakah kaitan 6 hari penciptaan alam seperti dalam ayat -
ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب
dengan umur alam ini (13 billion tahun?)
-tunggu post akan datang~

*kenapa Allah menyuruh kita berjalan di muka bumi untuk mengetahui permulaan penciptaan alam? dan bukannya meneropong langit seperti ahli kosmologi? apakah hikmahnya??
قل سيروا في الأرض فانظروا كيف بدأ الخلق

0 comments: