inflammation of theology

Sunday, 6 December 2009

Kenapa "tiada tuhan" tidak logik

Paradoks Kebohongan

Paradoks kebohongan ialah pernyataan salah yang mengandungi kebenaran; misalnya, “saya tipu”. Jika kita kata kenyataan ini benar, maknanya betullah saya tipu dan kenyataan ini bernilai salah sebab ini adalah tipu. Dan jika kita kata kenyataan ini salah, maknanya "saya tidak tipu" dan kenyataan tadi salah.

Saya mula dengar mengenai benda ini dari Safwan. Dia yang kagum sangat pasal benda ini lepas tengok cerita Edison no Haha. Itu sajalah cerita yang dia suka. Selain Naruto.

Contoh dalam Edison no Haha. Serigala akan makan nenek Little Red Riding Hood melaikan LRRH dapat meneka dengan betul apa yang akan dilakukan oleh serigala. LRRH kata: “kau akan makan nenek”. Jadi jika serigala makan nenek, maknanya LRRH betul dan serigala mesti melepaskan nenek. Dan jika serigala kata jawapan salah (yakni serigala tak akan makan nenek), maka dia tidak akan makan nenek juga!
Saya mulanya tidak peduli sangat benda ini, sehinggalah saya dapat tahu bahawa Liar Paradox ini membawa impak yang besar. Paradoks ini merupakan kesalahan paling besar dalam logic binary; menimbulkan ketidak-konsistenan. Misalnya:

“kenyataan ini salah”

Jika kalimat ini benar (p) maka kenyataan ini akan bernilai salah (q=1-p) sementara kalimat tersebut akan konsisten (benar) jika p=q atau p=1-p . Hal ini tidak dapat dipenuhi dalam logic binary kerana pada logic binary nilai p dan q hanya 1 atau 0, maka jika p=1, q=0, demikian juga jika p=0, q=1. Hal ini menyebabkan contradiction kerana kalimat tersebut bernilai benar sekaligus salah, inilah yang disebut tidak konsisten! Lalu wujudlah logic kabur (fuzzy logic).

Paling menarik ialah Teori Ketidaklengkapan Godel (Godel’s Incompleteness Theorem)

Saya ada satu cerita.
Ahli matematik sukakan bukti. Dan mereka terganggu kerana tidak dapat membuktikan seuatu yang mereka tahu betul. Macam kita belajar geometry masa sekolah. Kita dapat buat berbagai bentuk dengan beberapa theorem. Kita hanya menunjukkan theorem itu munasabah, in fact necessary.

Kemudian muncul David Hilbert cuba memBUKTIkan kenyataan/theorem matematik adalah BENAR. Secara ringkasnya, dia membina system yang dapat membuktikan semua perangkat matematik. Universal Truth Machine.


The proof of Gödel's Incompleteness Theorem is so simple, and so sneaky, that it is almost embarassing to relate. His basic procedure is as follows:
  1. Someone introduces Gödel to a UTM, a machine that is supposed to be a Universal Truth Machine, capable of correctly answering any question at all.
  2. Gödel asks for the program and the circuit design of the UTM. The program may be complicated, but it can only be finitely long. Call the program P(UTM) for Program of the Universal Truth Machine.
  3. Smiling a little, Gödel writes out the following sentence: "The machine constructed on the basis of the program P(UTM) will never say that this sentence is true." Call this sentence G for Gödel. Note that G is equivalent to: "UTM will never say G is true."
  4. Now Gödel laughs his high laugh and asks UTM whether G is true or not.
  5. If UTM says G is true, then "UTM will never say G is true" is false. If "UTM will never say G is true" is false, then G is false (since G = "UTM will never say G is true"). So if UTM says G is true, then G is in fact false, and UTM has made a false statement. So UTM will never say that G is true, since UTM makes only true statements.
  6. We have established that UTM will never say G is true. So "UTM will never say G is true" is in fact a true statement. So G is true (since G = "UTM will never say G is true").
  7. "I know a truth that UTM can never utter," Gödel says. "I know that G is true. UTM is not truly universal."

UTM cannot explain itself. Melainkan kita buat satu lagi truth machine (bagi nama ATM). Kalau ATM yang kata: "UTM will never say G is true” maka selesai perkara. Sama juga seperti contoh awal tadi, jika datang pihak luar dan kata "dia tipu" maka tidak perlu pening-pening.

Berdasarkan liar paradox ini, kita dapat katakan bahawa kita tidak dapat membuktikan sesuatu perkara melainkan dengan melibatkan satu system yang lain. UTM cuba menjelaskan dirinya sendiri,tapi tidak boleh. Sebagai contoh, Euclidean geometry tanpa parallel postulate adalah tidak lengkap (incomplete=tidak dapat dibuktikan).

Contoh mudah; macam mana kamu kata kamu itu waras? Kita tahu bahawa orang gila mentafsir dunia ini dengan logic konsisten mereka yang pelik. Tapi, macam mana kamu kata logic kamu tidak pelik (atau pelik) dengan kamu yang menentukannya dengan logik kamu sendiri?! Kamu perlukan orang luar (doktor) untuk menentukan kamu waras atau gila.

Implikasinya, kita boleh kata semua sistem logik, by definition adalah tidak lengkap (tidak dapat dibuktikan) menurut sistem itu sendiri. Dan implikasinya bukan pada sistem logik saja bahakan segala yang berkaitan dengan logik.

Gödel’s Incompleteness Theorem says:
“Anything you can draw a circle around cannot explain itself without referring to something outside the circle - something you have to assume but cannot prove.”

Katakan kamu lukis bulatan sekeliling basikal. Tetapi kewujudan basikal itu bergantung pada kilang basikal yang berada di luar bulatan. The bicycle cannot explain itself.

Kamu boleh lukis bulatan sekitar basikal dan kilangnya… tapi, seperti tadi kilang itu juga bergantung pada benda-benda yang berada di luar bulatan.

Kita boleh kata bahawa: semua system tertutup memerlukan sesuatu yang berada di luar system tersebut. Kita boleh lukis bulatan yang lebih besar, tetapi tetap akan ada sesuatu di luar bulatan.

Sekarang, bayangkan kita lukis bulatan sebesar-besar alam dan segala yang dikandunginya. Ruang, jirim, masa, tenaga…dll (kalau ada 2-3 alam, masukan sekali dalam bulatan).

Ada sesuatu yang masih berada di luar bulatan. Sesuatu yang kita hanya boleh jangka tapi tidak dapat dibuktikan.

Alam ini terbatas. Jirim terbatas, tenaga terbatas, ruang yang terbatas dan 13.8 billion tahun masa.

Alam ini (seluruh jirim, tenaga, ruang dan masa) cannot explain by itself. Apapun yang berada di luar bulatan adalah tidak terhad/terbatas. Jadi, by definition kita tidak boleh lukis bulatan sekelilingnya.

Jika kita lukis bulatan sekeliling jirim, tenaga, ruang dan masa… dan aplikasikan Godel’s Theorem, kita akan tahu bahawa yang di luar bulatan bukanlah jirim, tenaga, ruang dan tenaga. Sesuatu yang bukan makhluk.

Jadi, tidak logik utntuk kita kata alam ini berlaku dengan sendiri. This world cannot explain itself.


[tolong jangan jadikan rujukan. sila rujuk sumber utama. matematik dan mantiq bukan bidang saya]

sumber asal- CosmicFingerprint
bacaan lanjut- Bandung Fe Institute (register dulu baru boleh download PDF)

*oh~ adam, kan elok kalau kau study time ni.

Thursday, 26 November 2009

Nombor Fibonacci

Mencari Tuhan menggunakan matematik. Kerna matematik itu logik, dan kewujudan Tuhan adalah logik (jika tidak manusia tidak akan mempercayai kewujudan tuhan).

Kita tengok matahari,bulan...bentuknya bulat. Kita tanya, kenapa tidak matahari itu berbentuk kubus? Barangkali kerana bulatan (yang saya nak kaitkan dengan spiral) berbentuk lebih semulajadi (yang kita tahu ianya bukan terjadi dengan sedirinya).Dan kita tengok bentuk spiral yang tidak kurang banyaknya dalam alam ini. eg: tumbuhan, haiwan, galaksi, DNA dan macam-macam lagi.


Vladimir Nobokov: Speaking, Memory (1966)

Apa hikmahnya sang Maha Pencipta menciptakan begitu banyak ciptaan berasaskan/berbentuk spiral?
Kita cuba terjemahkan kepada matematik. Kita akan dapat:
Fibonacci sequence
Fn= F(n-1)+F(n+2)
nilai n,
F0=0 , F1=1
0, 1, 0+1 = 1, 1+1 = 2, 1+2 = 3, 2+3 = 5, 3+5 = 8.
iaitu mempunyai turutan nombor:
 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8,13,21,34,55,89,144....

Pusaran fibonacci ialah spiral yg dilukis menggunakan nombor2 berikut pada fibonacci tiling. Satu spiral akan terbentuk apabila garis lengkung dilukis pada dua sudut yang bertentangan dalam segi empat pada tiling tersebut. Garisan biru dari gambar di atas adalah fibonacci spiral.

However, some thinker, philosopher, and religous zealot, views that this fibonacci sequence is the evidence of God artistry & the existence of higher intelligence; ‘God fingerprint’ - they said.

Cuba tengok pada cap jari kita. Samada arches, whorls, loops atau composite. Tiada spiral. Tapi kita boleh jumpa spiral di mana-mana eg: cengkerang siput, sarang lelabah, tanduk kambing, bentuk galaksi yang kita duduk, whirpool, tornado, cochlea, DNA, etc

Jika kita perhatikan, Fibonacci sequence ini membawa unsur Gradual (beransur-ansur).

1.Alam dicipta berperingkat/beransur-ansur.

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْارْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ ايَّامٍ
It is God Who has created the heavens and the earth, and all between them, in six Days...(32:4)

Sudah tentu Maha Pencipta mampu mencipta semua ini dalam sekelip mata.Gradual. Menunjukan bahawa alam ini tidak berlaku secara tiba-tiba dengan sendirinya. Tidak logik untuk kita katakan kejadian alam yang teratur dan berperingkat ini berlaku secara tiba-tiba dengan sendirinya.

Jemaah haji dan umrah, apabila melakukan tawaf biasanya akan bermula dari kawasan yang sedikit jauh berbanding kaabah (melainkan waktu itu tak ramai orang hingga boleh mula betul-betul di sisi kaabah) dan beransur-asnur merapati dinding kaabah (itupun jika dia cuba unntuk dapatkan hijr aswad dan pintu kaabah). Jika mereka berbuat sedemikian, mereka sedang melakukan tawaf dalam spiral move.



2.Hukum alam yang berputar

خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اليْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النهَارَ عَلَى اليْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى
He created the heavens and the earth in true (proportions): He makes the Night overlap the Day, and the Day overlap the Night: He has subjected the sun and the moon (to His law): Each one follows a course for a time appointed...(39:5)

Sedar atau tidak kita sebenarnya terperangkap dalam satu peredaran spiral - siang dan malam - kerana tidak satu antara kedua-dua tersebut mendahului yang lain, tetapi kedua2nya beredar relatif dengan peredaran masa. Kita berpusing dalam satu bulatan tetapi tidak dalam paksi yang sama.

Dan ia juga sama dalam hidup dan mati kita.

post ini disalin dari Memento Mori (wah, maafkan aku~)
more about spiral : Spiralzoom 
tonton di sini-

*post padan muka pada diri sendiri

Monday, 23 November 2009

Penyembahan

Fikir; pernahkah anda sembahyang sepertimana Jesus atau David sembahyang? Kamu sembahyang, tapi....adakah kamu tahu asal-ususl penyembahan yang kamu lakukan? (sudah tentu soalan ini tak ditujukan pada mereka yang seagama dengan saya)

Jadi, macam mana cara sembahyang yang sebenarnya (menurut kitab2 Yahudi)?



terkejut?!
*credit to kokuyu

fast post xm~

Wednesday, 11 November 2009

Roh -research1-

Post mortem changes yg tak diajar... berat manusia akan berkurang selepas kematiannya. Dan berat ini konstan. 21gram.

Rasanya tak pernah lagi ada orang yang buat kajian saintifik  tentang roh. Tutorial lepas, masa doktor syarah pasal post mortem changes, dia kata (lebih kurang): "seolah2 roh yang mengekalkan bentuk sebagai manusia dari membusuk. Tercabut saja roh...badan membusuk" kemudian dia baca:

..... وَيَسءلُونَكَ عنْ الرُّوحِ
 And they ask you about the soul

Ini adalah bani Israel yang bertanya. Jika soalan mereka berkenaan Ashab al-Kahfi dan Zulqarnain tidak dapat dijawab baginda (Rasulullah),maka kenabiannya palsu. Dan jika soalan ini dapat dijawab baginda, maka kenabiannya palsu. Ini kerana dalam kitab2 terdahulu juga tidak diceritakan secara terperinci mengenai roh.

 قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلمِ إِلَّا قَلِيلًا
 ...katakanlah (wahai Muhammad) roh itu urusan tuhanMu, tidak diberikan kamu pengetahuan mengenai roh melainkan sedikit. (17:86)

Apakah ini bermakna kita tidak perlu mengenali roh? Tidak. Ini kerana pengetahuan mengenai roh ada disampaikan (walaupun sedikit) dan kita perlu mengkajinya.

Dr. MacDougall
Pada 1907. Dr Duncan MacDougall meletak 6 pesakit yg sedang nazak,4 TB, 1 diabetes, 1tak tau; di atas penimbang. Beliau mendapati terdapat penurunan berat sebanyak 21gram! Menurutnya, roh adalah material. Dan bagi material adalah jisim dan ergo.Kemungkinan besar,21 gram ini adalah jisim roh. Kajian yg sama atas kambing pula tidak mendapati sebarang penurunan (tlg tgk balik ok! rasanya tak turun).

Sila baca di sini [link]

Ibn Sina
Ibn Sina juga ada membuat kajian saintifik, (erm...lebih kpd thought experiment sbnrnya). Menurut hipothesis yg dikeluarkannya sewaktu dalam penjara: jika kita tidak punya receptor yang membolehkan kita merasai external world dan deria yg membuatkan kita rasa wujud...kita tetap merasa hidup! Ini kerana dia dapat merasakan kewujudan rohnya. Eksperimen ini merupakan cara untuk menunjukan "real distinction" roh dan tubuh badan. Hipothesis ini digelar sbg 'Flying Man'

Baca terjemahan teori 'Suspended Man' (nama lain 'Flying Man')- [link]





tafsiran lanjut Ibn Sina mengenai roh akn menyusul kemudian.~
kalau malas menuggu sila search sendiri.

*terima kasih la Amar sebab mengacau aku sepanjang post ini ditulis~

Tuesday, 3 November 2009

mana lagi 100?!

soalan:

sekumpulan 3 orang pelajar perubatan ingin menyewa sebuah rumah. Mereka membayar LE3000 (seorang seribu) kepada tuan rumah.(bayar pada simsar, simsar pass kepada tuan rumah). Tuan rumah kata, bayar LE2500 saja...lalu dipulangkan lagi LE500 (bagi pada simsar, simsar pass kepada budak2). Tapi, simsar ini jahat. Dia 'paw' LE200 dan bagi setiap seorang LE100. Maknanya, setiap seorang hanya bayar LE900. Jumlahnya,LE2700 {3x900=2700}. Bila sedar mereka kena 'paw' mereka tuntut kembali LE200~  Bila mereka kira:{2700+200=2900} aik?! mereka keluarkan LE3000! mana lagi 100?!


acari~
simsar=ajen hartanah
*jack,tlg jgn jawab...haha

Tuesday, 15 September 2009

Ibrahim Brahma


Selepas Noah, Abraham dianggap sbg Patriach atau Bapa Bangsa (anda mungkin nak baca:Meja Bangsa) dan juga disebut Imam(leader) of Mankind;

واذ ابتلي ابراهيم ربه بكلمت فاتمهن. قال اني جاعلك للناس اماما
And when his lord tried Ibrahim with certain words, he fulfilled them. He said: surely I will make you an Imam of men.

Dikatan bahwa Brahmaji yg menurut Hindu sbg Father of Mankind adalah merujuk kpd figure yg sama -Ibrahim.

Ibrahim mempunyai 2org anak -Ismail dan Ishak. dan menurut Gopatha Brahmana, Brahmaji ada 2 anak iaitu Atharva dan Angiras (note:bukan mind son).dalam Mundaka Upanishad mencatatkan Brahma mengajar Atharva knowledge of Brahman yg kemudiannya mengajar Angiras [baca].

Sila ambil cakna bahawa Ibrahim, Abraham, bunyi agak sama dgn Brahma. nama isteri nabi Ibrahim, Sarah pula menyerupai Saraswati, pendamping Brahma. ada yg berpendapat ini merely phoentically simillar.

Menurut Voltaire pula: that Abraham descended from some of the numerous Brahman priests who left India to spread their teachings throughout the world; and in support of his thesis he presented the following elements: the similarity of names and the fact that the city of Ur, land of the patriarchs, was near the border of Persia, the road to India, where that Brahman had been born.
31 And Terah took Abram his son, and Lot the son of Haran, his son's son, and Sarai his daughter-in-law, his son Abram's wife; and they went forth with them from Ur of the Chaldees, to go into the land of Canaan; and they came unto Haran, and dwelt there.
Genesis 11:31



Barangkali kaw. ancient India luas hingga ke Babylon. Apa2 pun, sila buka Genographic Project [buka]

Berikut saya salin dari karangan Abdul Haque Vidayarthi:
  1. Abraham and Brahma are not proper names, but mere appellations and is so admitted in the books of the Hindus.
  2. The Hindus have another name of Brahma, namely, Parjapati (father of nations), whereas Jews call Abraham as the Patriarch.
  3. Both Brahma and Abraham had children born to them in old age (cf. Genesis 15 : 2– 4 and Gopatha Brahmana 1 : 1).
  4. Both prayed for the birth of children.
  5. Both are said to have two wives who bore similar names. Compare Sarah with Sarasvati and Hagar with Parvati, the latter two being identical in meaning and standing for a rock or a hill.
  6. In both cases, each of the two wives bore two sons and each son was characterised with the temper of his own mother. See further below.
  7. Both were equally blessed with Divine favour. Brahma, too, gifted his eldest son with Divine knowledge (Mundaka Upanishad).
  8. Both are revered as prophets.
  9. Neither of them was deified, which shows that both of them were monotheists.
  10. Both of them have been accused of moral delinquency: one for having pursued his daughter (Purana), the other for declaring his wife as his sister (Bible).
Hujah2 yg menolak: [baca sini yop!!]
Sila ambil perhatian bahawa isi2 dlm entry ini bukan pendapat saya...hanya copy paste dari laman2 web.
Sila Google search utk bacaan lanjut.Taip 'abraham brahma' ada 119 000 result. More striking similarities!!

cukuplah tu...tak nak post lagi utk beberapa minggu.post sementara xde org guna laptop!!

Friday, 4 September 2009

Talut Jalut

in remembrance of Sabra Shatila and irony of David and Goliath...
Setelah bani Israel memasuki Palestin dan menguasainya di bawah pimpinan Yusa bin Nun, mereka sering menjadi sasaran bangsa sekelilingnya seperti suku Amalikites dari bangsa Arab, Kanaan (bangsa Palestin) dan bangsa Arimia.

Menjadi kebiasaan bani Israel utk membawa Tabut bersama ketika perang, sebagai sumber inspirasi dan kekuatan.Bani Israel kalah dlm satu pertempuran dgn bangsa Kanaan dan dirampasnya Tabut itu.

Bani Israel tidak mempunyai raja yg dapat menyatukan mereka sejak pemergian nabi Musa.Mereka meminta nasihat dari nabi mereka (Samuel?) supaya melantik ketua utk memimpin mereka. Nabi itu telah melantik Tolut sbg raja, tetapi mereka menolak perlantikan itu.
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا انَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ احَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنْ الْمَالِ قَالَ اِنَّ اللَّهَ اصْطَفَهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ
"Nabi mereka berkata:Allah telah melantik Tolut sbg raja kamu.Mereka menjawab:Bagaimana dia boleh menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak memegang jawatan itu........"()
rujuk al-Baqarah:247
bani Israel menolak kerana Tolut seorg yg miskin dan berketuruna Bunyamin (anak bongsu nabi Ya'kob) dan bukannya keturunan Lawi (anak sulung) atau Yahuza (anak ke-3) yg menurunkan raja2 mereka sejak dahulu kala.Mereka tak mempercayai kehendak Allah itu tanpa bukti.(fakta ini saya ambil dari:Yahudi menurut al-Quran, Hadis,Taurat dan Injil.)
juga disebut dalam Samuel:

1 Now there was a man of Benjamin, whose name was Kish, the son of Abiel, the son of Zeror, the son of Becorath, the son of Aphiah, the son of a Benjamite, a mighty man of valour.
2 And he had a son, whose name was Saul, young and goodly, and there was not among the children of Israel a goodlier person than he: from his shoulders and upward he was higher than any of the people.
1Samuel 9:1-2

Iman mereka bukan di hati, tapi di kelopak mata.
Mereka mahukan bukti.sbg bukti, mereka akan dapat kembali Tabut mereka.
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ ءايَةَ مُلْكِهِ انْ يَاْتِيَكُمْ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِمَّا تَرَكَ ءالُ مُوسَى وءالُ هَرُونَ تَحْمِلُهُ الَْمَلَئِكَةُ اِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لَكُمْ اِنْ كُنتُمْ مُؤْمِنِينَ
"Nabi mereka berkata(bukti yg kerajaan Tolut benar2 wahyu Allah):peti tabut yg mengandungi sesuatu yg memberi ketenangan jiwa dari Tuhan kamu dan berisi sebahagian dari apa yg telah ditinggalkan oleh keluarga nabi Musa dan Harun akan dikembalikan kepadamu.Ia akan dibawa oleh malaikat.Sebenarnya, peristiwa itu mengandungi keterangan bg kamu jika kamu benar2 beriman."
al-Baqarah:248
sebelum pergi berperang dgn tentera Jalut( kaum Philistine-juga disebut dlm 1Samuel), Tolut menguji displin dan kesetiaan tenteranya -bani Israel.
فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ اِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَاِنَّهُ مِنِّي اِلَّا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ ()......اِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ
"maka tatkala Tolut keluar membawa tenteranya, dia berkata "sesungguhnya Allah akan menguji kamu dgn suatu sungai.Maka siapa antara kamu minum airnya, bukanlah dia pengikutku, dan barangsiapa tidak merasakan airnya, kecuali org yg menceduk seceduk tgn, maka dia adala pengikutku." Kemudian mereka meminumnya terkecuali beberapa org antara mereka.....()
dipendekkan cerita, tentera Tolut berjaya mengalahkan Tolut Jalut
فَهَزَمُوهُمْ بِاِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وءاتَهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتْ الْارْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَلَمِينَ
"mereka (tentera Tolut) mengalahkan tentera Jalut dgn izin Allah dan daud membunuh Jalut, kemudian Allah memmberikan kepadanya (Daud) pemenrintahan dan hikmah (sesudah meninggalkan Tolut) serta allah mengajarkannya apa yang dikehendaki-Nya."
Tolut(Saul) menurut Bible
Saul adalah raja pertama united Kingdom of Israel,
keturunan Benjamin dan seorang pengembala kambing.Dikatakan juga Saul serirng dikuasai kejahatan dan meminta David utk menenangkannya dgn bermain harp(inset)

Selepas David mengalahkan Goliath-dgn menggunakan lastik dan batu, Saul bimbang David akan mengambil alih tahtanya.Ditambah lagi dgn kejayaan David dlm beberapa peperangan berikutnya.

Lalu Saul membuat beberapa percubaan utk membunuh David.


"Saul Throws Spear at David" by George Tinworth

nabi Daud mengalahkan Jalut yg lengkap bersenjata dan perisai dgn menggunakan barang2 yg primitif

baca juga:pemenang-kekuatan hati