Bunga untuk Algernon; nama seekor tikus makmal.
Saya boleh kata buku ini adalah page turner. Mungkin sebab manusia suka baca diari orang lain. Diari orang, bukan tikus. Diari Charlie Gordon; berumur 32 tahun dan terencat. Kerjanya adalah membersih lantai dan tandas di sebuah kedai roti. Sehinggalah dia menjadi super genius selepas dibedah.
Daniel Keyes berjaya meletakkan pembaca di dalam diri Charlie. Awal ketika Charlie berubah genius, anda dapat rasakan kepedihan disuluhi hakikat dan pengetahuan, seperti dalam Allegory of the Caves. Dan ternyata penulis cuba menyampaikan maksud Plato tersebut apabila Keyes qoute dari Allegory di akhir novel.
Selepas Adam and Eve memakan buah dari Tree of Knowledge, pakaian mereka tertanggal dan mereka dicampakkan ke dunia. Dan Charlie, selepas hakikat dan pengetahuan menyedarkannya, dia mula mengenal emosi dan nafsu. Buku ini diterbitkan pada 1966 tetapi sudah mula menghubung kait IQ dan EQ.
Semakin banyak intelligence, semakin banyak masalah.
Semakin banyak intelligence, semakin perlu kepada emosi.
Pertambahan kebijakkan mengubah seseorang dari sudut psychology, emosi dan personality. Dan di situ Charlie mula mencari siapakah dirinya. Jawapan yang tidak dapat dijawab walaupun dia telah menguasai 20 bahasa dan pelbagai bidang ilmu.
Dan pencarian identiti ini adalah plot yang sedih. Penamat cerita ini mungkin membuatkan anda mengalirkan air mata. Penamat yang hebat.
Buku ini sangat berbaloi dibaca. Sekolah di UK menjadikan buku ini sebagai silibus. Begitu juga bagi mereka di KMB. heh.
*seperti progris riport Charlie yang semakin baik ejaannya, begitu juga blog ini apabila membaca post-post terdahulu. Memalukan.
0 comments:
Post a Comment