inflammation of theology

Wednesday, 2 January 2013

Kenapa Semua Benda Pasti Ada Lawannya?


Saya tak percaya pada kebetulan. Jika tidak, sia-sia aja kita berfikir jika tiada reasoning.
Saya juga tidak percaya pada graviti. Sebab itu saya boleh terbang.

Dengan reasoning juga, kita dapat agak apakah fungsi sesuatu benda dengan hanya melihat bentuk dan sifat tersebut. Kita dapat agak apakah fungsi benda yang tajam, terang, atau lembut.

Kita dapat tahu fungsi dan peranan sesuatu dengan bentuk dan sifatnya. Similarly, engkau boleh tahu tugas dan peranan manusia dengan meniliti ciri dan sifat manusia.

Kenapa setiap haiwan berbeza?

Sudah tentu peranan engkau berbeza degan lembu. Peranan lembu juga berbeza dengan lalat. Jika kita dicipta untuk tugas yang sama, mengapa perlu berbeza sifat. Tidak praktikal. Bolehkah kita kata fungsi kerusi, lampu dan rice cooker sama dengan fungsi pisau? Tentulah tidak.
Haiwan pula?

Setiap spesis haiwan berbeza bentuk dan sifat. Masing-masing mempunyai senjata tersendiri untuk mempertahankan diri. Ciri-ciri mereka adalah untuk memainkan peranan mereka. Lihatlah cheetah. Giginya tajam, kakinya laju. Fungsinya adalah untuk mengejar dan menerkam si rusa. Lihat juga rusa, tanduknya panjang, lari pun laju. Jadi rusa boleh mempertahankan dirinya dari cheetah.

Tunggu. Manusia juga haiwan. Senjata apa yang ada pada kita untuk mempertahankan diri? Jangan kata pedang. Pedang bukan anggota kita, dan engkau bukannya samurai.

Gigi kita tidak cukup tajam untuk menyiat. Kuku kita pula hanya sedap untuk menggaru. Kita tiada tanduk, apatah lagi kepak. Mata pun ada yang rabun. Lari pula tidaklah laju.

Setiap haiwan berbeza dari haiwan yang lain. Setiap satu mempunyai sifat tersendiri. Sifat helang berbeza dari haiwan lain, malah berbeza dari burung yang lain. Hanya kerana helang ada peranan yang berbeza dari burung yang lain.

Beza kita ialah akal kita. Malah tangan dan kaki kita sifatnya begini hanyalah untuk memainkan peranan kita sebagai manusia. Kita tidak perlukan kepak sebab kita tak perlukan kepak untuk terbang. Kita hanya perlu untuk tidak mempercayai graviti.

Persoalannya ialah...

Adakah fungsi cheetah untuk makan rusa? Jika benar, maka mengapa rusa ada senjata untuk mempertahankan diri dari cheetah? Jika benar fungsi rusa untuk dimakan cheetah, rusa tak perlukan tanduk dan kaki yang laju. Bahkan patut juga bersarang dekat dengan cheetah.

Kenapa semua benda pasti ada lawannya?

Semua sekali. Sampaikan wujudnya perkataan -anti.

Jika manusia diciptakan untuk taat kepada tuhan, mengapa diciptakan nafsu? Mengapa tidak diciptakan manusia seperti malaikat?

Jika akal manusia diciptakan untuk belajar, mengapa  diciptakan juga lupa? Bukankah ianya hanya menafikan sebab kewujudannya?

Jika kita dicipta untuk bekerja, mengapa diciptakan penat dan tidur? Tanpa tidur dan penat bukankah kita dapat menjalankan tugas kita sebaiknya?

Manusia diciptakan dalam susah payah. Manusia diciptakan untuk diuji. "Life without examination is not worth living" - Plato.

Dan kita tidak bercerita tentang peranan akal.

Barangkali semua benda pasti ada lawannya adalah kerana alam ini menuntut kita berusaha.Semua haiwan perlu berusaha. Barangkali itulah sunnah alam ini. Usaha. Usaha. Usaha!

Maka setelah penat berusaha maka diciptakan malam untuk haiwan berehat dan tidur.Sekali lagi, kita digalakkan berusaha dengan juhud yang tinggi untuk bangun tengah malam beribadat. Kita perlu berusaha keras. HARDWORK!

Dan apa yang dinilai ialah usaha keras kita, bukannya keputusan kita.

Dan setiap dari kita perlulah bekerja keras dalam setiap bidang / pekerjaan kita. Dengan itu Malaysia akan maju. Lets try our best.

"Manusia gagal bukan kerana keputusan. Manusia gagal apabila dia berhenti berusaha."
Adam,
tahun baru 2013. esok exam. kepala dok betui.

2 comments:

Anonymous said...

Berusaha n jangan lupa serah kat ALLAH.

Tak perlu fikir logik sgt, jika asyik fikir logik, kita bleh je nak kata- God is delusion.

Na'uzubillahi minzalik.

Takde kebetulan kat dunia ni, semua aturan sunnatullah.

Jgn tensen2

*pesan diri sdiri juga.:-(
berusaha melogikkan apa yg tak nampak logik akn mencabut skru otak.

Think about the creation, not the creator. Semua yg Allah cipta ada reasoning.

kite org Islam.Islam je tak cukup, kena ada iman.

ckp benda yg semua org dah tau.utk peringatan shj,

wallahua'lam

Adam Lee said...

so so. Dan poin utama saya ialah: Jihad adalah sunnah alam. Sesiapa pun akan sedar hal ini; jika hanya mereka berfikir.

thanks.