inflammation of theology

Tuesday, 21 July 2009

Kokbayraq

er...tertarik dengan komen abg Akmal:
Macam mana pulak dengan orang Hui?

Turki tak bersempadan dgn Xinjiang, tapi sebab mereka serumpun dengan negara Asia Tengah yang lain. Kan Kokbayraq sama dengan bendera Turki cuma warna berbeza saja.


saya pernah dgr nama Kokbayraq dalam postnya-Kibarkan Kokbayraq.

Kokbayrq

Turki

Kokbayraq...juga bendera bg East Turkestan independance movement. Sepertimana orang2 Uzbeks(Uzbekistan), Kyrgyz(Kyrgyzstan), Kazakhs (Kazakhstan)... orang2 Uighur juga bercita-cita utk bebas dalam pemerintahan sendiri.

Bendera mereka sama kerna mereka serumpun...

macam mana pula dengan bendera ini?-


Gerakan Acheh Merdeka

Dikatakan bendera GAM berusia 1000 tahun dan 2 garisan hitam putih itu hanya ditambah pada 1976, bermakna sebelum itu..bendera GaM sebiji macam bendera Turkey.

Kenapa?

Tiada Dalam Buku Teks Sejarah SPM

Ada dinyatakan dalam buku teks, Melaka diserang Portugis pada 1511,
tapi tak dinyatakan kapal2 perang Portugis itu diikuti oleh kapal2 Empayar Uthmaniyyah.

Empayar Uthmaniyyah membangunkan tentera di Laut Hindi untuk mempertahankan kawasannya di timur dari kuasa2 Barat, disamping perdagangan rempah.

Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya disamping kelengkapan perang ke
Kenya dan Acheh bagi membantu penduduk Islam disana.

Sultan Alaudin Riayat Shah
, ketika mempertahankan Melaka dgn memimpin tentera melawan Portugis, beliau dibantu oleh meriam2 besar dan tentera terlatih dari Empayar Uthmaniyyah.

Friday, 17 July 2009

Kemelut integrasi Uighur - Han

Apabila baca berita ini, teringat Najmuddin (sebab tu aku selalu panggil kau Najmuddin, Najib).Kawan yang saya jumpa di lapangan terbang.
Dia berasal dari Xinjang, tanah besar China.
Dia pernah belajar di UIA dan kini sedang belajar di Mesir.Pada awal pertemuan kami, dia ada menyatakan hasrat dia untuk menghafaz al-Quran (dia asyik tanya mana nak hafal Quran di Malaysia)...dan setengah tahun kemudian, saya jumpa dia di ARMA...dia dah pun hafal 15 juzu'!!

Ya...dia orang Uighur.

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.

An ethnic Uighur woman carries a metal rod as she walks down a main road in the city of Urumqi on July 8, 2009. Urumqui's ethnic Uighur and Han Chinese residents have taken to carrying metal rods and sticks for protection against attacks. (REUTERS/David Gray)

Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak.

Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.

A large group of Han Chinese walk up a street carrying sticks and shovels in Urumqi on July 7, 2009. Police on July 7 fired clouds of tear gas to disperse thousands of Han Chinese protesters armed with makeshift weapons, as chaos gripped this flashpoint city riven by ethnic tensions. (PETER PARKS/AFP/Getty Images)

Ramai yang menilai tindakan Beijing itu kerana cuba menarik simpati masyarakat antarabangsa. China tidak mahu dilihat sebagai pemerintah yang gagal menguruskan hal dalaman sendiri ketika negara itu sedang menuju sebagai kuasa ekonomi baru dunia.

Beijing juga sangat berhati-hati menangani konflik ini kerana bimbang ia akan dilihat sebagai krisis agama memandangkan etnik Uighur merupakan penganut Islam.

An AFP TV grab shows a mob of Han Chinese attacking a lone Muslim Uighur man along a street in Urumqi, China on July 8, 2009. Han Chinese mobs attacked two Uighurs in separate incidents in China's flashpoint Urumqi city on July 8, according to AFP reporters, who witnessed the events. (Sam Beattie/AFP/Getty Images)

Sentimen agama sekiranya terus dimainkan boleh mendedahkan wilayah itu kepada ancaman puak pemisah dan rangkaian kumpulan militan.

Terletak bersempadan dengan negara-negara seperti Mongolia, Rusia, Kazakhtan, Kirgistan, Tjikistan, Afganistan, Pakistan dan India, ancaman puak militan itu tidak boleh dipandang mudah.

Justeru, dasar buka pintu terhadap permasalahan yang berlaku di Xinjiang antara lain diharapkan dapat memberi gambaran sebenar situasi yang berlaku kepada masyarakat dunia.

Namun dalam keterbukaan itu, China tetap menolak permintaan antarabangsa yang mahukan krisis itu dibincangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turki adalah antara negara yang lantang mendesak China menyelesaikan konflik itu mengikut lunas-lunas antarabangsa.

Sebagai salah sebuah negara bersempadan, rusuhan etnik di Xinjiang turut memberi kesan kepada Turki.

Sejak krisis itu meletus, ramai penduduk Uighur merentas sempadan mencari perlindungan di negara itu. Bagaimanapun, China menempelak desakan antarabangsa itu dengan mendakwa Beijing mampu mengurus isu dalaman sendiri.

Liu Huiling, a Han Chinese patient, who was injured during ethnic clashes recuperates at People's Hospital in Urumqi, western China's Xinjiang province, Wednesday, July 8, 2009. Ethnic clashes have paralyzed Urumqi over the past several days, with minority Uighur and Han Chinese mobs roaming the streets and attacking each other. (AP Photo/Eugene Hoshiko)


Namun China dilihat agak terlewat dalam menangani kemelut etnik di Xianjiang apabila rasa tidak puas hati antara dua kaum majoriti iaitu Uighur dan Han mula diluahkan di jalanan.

Sewaktu kerajaan komunis China pimpinan Mao Zedong dibentuk pada 1949, etnik Uighur merupakan penduduk majoriti di Xinjiang iaitu sebesar kira-kira 76 peratus. Etnik Han pula hanya sekitar enam peratus dan selebihnya merupakan etnik-etnik kecil yang lain.

Bagaimanapun, dasar Go West kerajaan komunis China ketika itu telah membawa masuk penduduk Han ke wilayah berkenaan dalam jumlah yang besar.

Etnik Uighur dan Han ketika ini menempati jumlah penduduk yang seimbang di kalangan 21 juta penduduk di Xinjiang.

Meskipun etnik Uighur merupakan masyarakat pribumi, namun dasar-dasar kerajaan China lebih mengutamakan etnik Han.

Penduduk Uighur dilayan seperti masyarakat kelas kedua dan terpinggir daripada dasar-dasar pembangunan kerajaan China. Mereka juga tidak bebas menggunakan dialek daerah Turki, melaksanakan ibadah agama dan meneruskan budaya hidup sendiri.

Kerajaan China juga dibayangi ketakutan terhadap penduduk Uighur kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pemberontak dan menyokong gerakan pemisah.

Kerana krisis kepercayaan itu juga, China tidak mahu meletakkan kekayaan gas dan hasil bumi di Xinjiang ke tangan orang Uighur. Wilayah yang terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Beijing itu kaya dengan minyak, timah dan emas lebih-lebih lagi di lembah sungai Tarim.


An ethnic Uighur woman looks out the window of an apartment one day after Han Chinese mobs attacked the compound in Urumqi, China on Wednesday, July 8, 2009. (AP Photo/Ng Han Guan)


Sikap prejudis terhadap penduduk Uighur itu juga menyebabkan wilayah Xinjiang dikawal ketat. Komunikasi di wilayah ini dihadkan kerana bimbang berlakunya penyebaran maklumat yang berbahaya.

Dasar ketat Beijing itu sebenarnya ada kaitan dengan kedudukan strategik Xinjiang untuk China untuk ke Timur Tengah.

Kawasan tandus dan kering yang luas di Xianjiang juga menjadi tapak bagi ujian percubaan nuklear dan latihan tentera.

Xianjiang juga merupakan wilayah pertahanan di sebelah Barat sewaktu China mengekang ancaman tentera negara Kesatuan Soviet selama kira-kira 40 tahun.

Bagaimanapun dasar yang keterlaluan itu telah menekan penduduk Uighur. Dalam masa yang sama, ia turut memuncak rasa curiga terhadap etnik Uighur di kalangan penduduk Han.

Sentimen itu tidak memerlukan sebab yang besar untuk mencetuskan rusuhan etnik yang dahsyat.

Rusuhan yang membunuh kira-kira 180 orang di Urumqi baru-baru ini misalnya, hanyalah berpunca daripada pertengkaran yang berlaku di sebuah gudang kain.

Meskipun keadaan kini kembali tenang dengan kehadiran lebih ramai anggota keselamatan, namun kejadian itu pastinya menimbulkan implikasi yang berpanjangan.

Perkara yang sama turut mendapat perhatian Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), Dr. Suffian Mansor.

Menurut Suffian, konflik di Urumqi membabitkan isu yang lebih besar iaitu soal integrasi nasional dan ekonomi.


A Han Chinese man carries a spiked steel bar while using his cell phone to take photos as he joins a mob of Han Chinese men attacking Uighur properties in Urumqi on Tuesday, July 7, 2009. (AP Photo/Ng Han Guan)


Ia juga membabitkan soal masa depan serta pengembalian hak kepada penduduk asal yang seolah-olah dipinggirkan daripada dasar-dasar kerajaan China.

Dasar Go West kerajaan China telah menimbulkan kebimbangan di kalangan etnik Uighur mengenai nasib dan masa depan mereka serta wilayah mereka.

Isu ini tidak hanya tertumpu di Urumqi di mana tercetusnya tragedi berdarah itu, tetapi lebih besar lagi iaitu di seluruh Xinjiang itu sendiri.

Dari sudut ekonominya, penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik Han. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi.

Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran persekolahan menyebabkan mereka semakin ketinggalan.

Etnik Uighur juga terpaksa bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan. Malah, mereka berasa ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi tempat yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang.

Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan tanah untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak.

Ia banyak membabitkan tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk Uighur yang majoritinya merupakan petani dan penggembala.

Perkara inilah yang ditakuti penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah kedudukan mereka di dalam rancangan pembangunan itu.

Kerana itu juga, etnik Uighur melihat dasar Go West sebenarnya menindas mereka dan hanya menguntungkan etnik Han.

Dalam membincangkan pendekatan yang boleh diambil bagi merungkai kemelut itu, Suffian berkata, antara penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi dalam erti kata yang sebenar kepada wilayah itu.

Menurut beliau, Xinjiang pada dasarnya memang sudah diberikan status autonomi. Wilayah itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik Uighur.



Dead bodies of victims following riots are seen in Urumqi, Xinjiang China in this government handout picture taken on July 5, 2009 and released to Reuters on July 7, 2009. (REUTERS/Urumqi City Government/Handout)


Namun, status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya memandangkan masih dikawal oleh kerajaan China.

Mereka juga tidak pernah menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun beliau dipilih daripada etnik Uighur.

Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha Agung Parti Komunis China wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang etnik Han.

Dalam erti kata yang lain, status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur.

Sebaliknya dengan status autonomi yang jelas tambah Suffian, penduduk Xinjiang boleh menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah berkenaan seiring dengan wilayah China yang lain.

Dalam masa yang sama, kerajaan China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan ekonomi di Xinjiang supaya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum.

Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin oleh Beijing juga perlu diberikan kepada penduduk Uighur.

Paling utama jelas Suffian, kerajaan China perlu membuang imej pengganas dan memberi kepercayaan kepada pemimpin Uighur untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan negara itu.

''Isu di Xinjiang adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan, keadilan, pembelaan dan masa depan. Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi momokan kepada China sampai bila-bila," ujar beliau.

sumber berita-Utusan Malaysia Online

sumber gambar-The Big Picture-Boston.com


Thursday, 16 July 2009

The Great Flood -Veda-

...
....
Menurut AH Vidyarthi, nama Manu di dalam Veda adalah merujul kepada Nabi Nuh.Dan nama ini disebut lebih 50 tempat dalam Rig Veda.Nabi Nuh juga disebut sebagai Nahush, yang mana bunyinya lebih hampir kepada Nuh...

Rig Veda, 1 : 114, 2; 2 : 33, 13; 1 : 68, 4; 3 : 3, 6; 4 : 37, 1; 6 : 14, 2; 8 : 30, 3; 8 : 23,13;
8 : 52, 1; 10 : 100, 5, etc.
http://www.sacred-texts.com/hin/rigveda/index.htm



Kisah Banjir dalam teks-teks Hindu.


Dalam Shatapatha Brahmana ada menceritakan dialog antara Manu dan ikan (yang menrut Sanya adalah tuhan yang menyamar sbg ikan):
ikan itu mengkhabarkan tentang banjir yang akan menenggelamkan semua kehidupan, dan ikan itu akan menyelamatkan Manu dari banjir tersebut.Ikan itu memberitahu Manu waktu berlakunya banjir itu dan mengarahkannya agar membina sebuah kapal.Banjir itu berlaku seperti yang diramalkan...dan MAnu melayarkan kapalnya dan mencari ikan itu.Ikan itu datang padanya, dan Manu mengikat kapalnya pada tanduk ikan itu, lalu merentas gunung utara.Semua hidupan dihanyutkan dan hanya Manu terselamat.

(Shatapatha Brahmana, 1, 8, 1, 1–6.)
http://www.sacred-texts.com/hin/sbr/index.htm

Kisah yang hampir sama diceritakan dalam Mahabharata, mengenai Manu yang meyelamatkan seekor ikan.
(Mahabharata Vana Parva, shlokas 12747–12802.)
http://www.sacred-texts.com/hin/m03/index.htm

Juga, kisah yang sama boleh dibaca dalam Matsya Purana, Bhagavata Purana dan Agni Purana.

-tahniah kepada mereka yang mumtaz!!-

Tuesday, 14 July 2009

Journey to Heaven

Peristiwa Isra' Mi'raj

Rasanya, tak perlulah untuk diceritakan dengan panjang peristiwa ini.Peristiwa perjalanan Rasulullah ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke Langit.(kenapa mesti singgah dulu ke Baitul Maqdis? ada yang percaya bahawa di sanalah merupakan portal ke langit)

Book of Arda Viraf



Zoroaster, atau nama yang biasa kita dengar : Majusi.
malas nak cerita panjang mengenai Majusi...jadi, sila baca ini.

terbaca sedikit kandungan kitab Majusi, Book of Arda Viraf... yang menceritakan kisah
Arda yang mengambara ke langit dibawa oleh Srosh dan Adar menaiki Griffin.


Arda...namun yang ini tiada kaitan dgn Arda Viraf

Sedikit petikan dari kisah tersebut:

Arda Viraf is chosen for his piety to undertake a journey to the next world in order to prove the truth of Zoroastrian beliefs, after a period when the land of Iran had been troubled by the presence of confused and alien religions. He drinks wine and a hallucinogen, after which his soul travels to the next world where it is greeted by a beautiful woman named Den who represents his faith and virtue. Crossing the Chinvat bridge, he is then conducted by "Srosh, the pious and Adar, the angel" through the "star track", "moon track" and "sun track" – places outside of heaven reserved for the virtuous who have nevertheless failed to conform to Zoroastrian rules. In heaven, Viraf meets Ahura Mazda who shows him the souls of the blessed (ahlav). Each person is described living an idealised version of the life he or she lived on earth, as a warrior, agriculturalist, shepherd or other profession.[4] With his guides he then descends into hell to be shown the sufferings of the wicked. Having completed his visionary journey Viraf is told by Ahura Mazda that the Zoroastrian faith is the only proper and true way of life and that it should be preserved in both prosperity and adversity.




Kisah di atas sedikit sebanyak mirip kisah Isra' Mi'raj...tidak pula di kaji kaitannya dengan Rasulullah.
Tahniah kepada Hafzi kerana terpilih menjadi panel Isra' Mi'raj

Friday, 3 July 2009

Garden of Eden

Adam dan Hawa ditempatkan di syurga...dan tiada siapa tahu lokasi syurga ini.
Allah SWT Maha Mengetahui.

"O Adam!Dwell you and your wife in the Paradise and eat both of you freely with pleasure and delights therein as wherever you will,but come near not this tree or both of you will be of the Zalimeen(wrongdoers)."(2:35)


Namun, kenapa di syurga masih ada perkara yang dilarang? Kenapa syaitan masih boleh masuk dan menghasut Nabi Adam dan Hawa walaupun telah dihalau??

Para ulama' berselisih pendapat.Terdapat 5 pendapat yang masyhur...namun saya tertarik dengan pendapat _______(buku hilang..nnt saya rujuk balik) yang mengatakan:

Syurga Adam dan Hawa adalah di bumi


pendapat ini dikuatkan lagi dengan hadis(xigt taraf hadis)--mafhumnya: apabila Nabi Adam hampir wafat,beliau sangat teringinkan buahan syurga lalu meminta anaknya untuk mencari buahan syurga......


Spanish-Arabic world map from 1109 CE with Eden in east (at top)

Pendapat Kristian tentang lokasi Garden of Eden
Ramai yang mendakwa beberapa tempat sebgai lokasi Gardenof Eden...walaupun kebanyakannya tidak berkaitan dengan Genesis.



"The Garden of Eden" by Thomas Cole

Antara kawasan2 yang didakwa:

1.Selatan Mesopotamia dan Teluk Persia-seperti yg didakwa Juris Zarins
2.Iran-pendapat David Rohl
3.Jerusalem
4.Jackson County,Misouri-The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints
5.Mòinteach Bharbhais (Scotland)-menurut Scottish Gaelic tradition