inflammation of theology

Friday 4 September 2009

Talut Jalut

in remembrance of Sabra Shatila and irony of David and Goliath...
Setelah bani Israel memasuki Palestin dan menguasainya di bawah pimpinan Yusa bin Nun, mereka sering menjadi sasaran bangsa sekelilingnya seperti suku Amalikites dari bangsa Arab, Kanaan (bangsa Palestin) dan bangsa Arimia.

Menjadi kebiasaan bani Israel utk membawa Tabut bersama ketika perang, sebagai sumber inspirasi dan kekuatan.Bani Israel kalah dlm satu pertempuran dgn bangsa Kanaan dan dirampasnya Tabut itu.

Bani Israel tidak mempunyai raja yg dapat menyatukan mereka sejak pemergian nabi Musa.Mereka meminta nasihat dari nabi mereka (Samuel?) supaya melantik ketua utk memimpin mereka. Nabi itu telah melantik Tolut sbg raja, tetapi mereka menolak perlantikan itu.
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا انَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ احَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنْ الْمَالِ قَالَ اِنَّ اللَّهَ اصْطَفَهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ
"Nabi mereka berkata:Allah telah melantik Tolut sbg raja kamu.Mereka menjawab:Bagaimana dia boleh menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak memegang jawatan itu........"()
rujuk al-Baqarah:247
bani Israel menolak kerana Tolut seorg yg miskin dan berketuruna Bunyamin (anak bongsu nabi Ya'kob) dan bukannya keturunan Lawi (anak sulung) atau Yahuza (anak ke-3) yg menurunkan raja2 mereka sejak dahulu kala.Mereka tak mempercayai kehendak Allah itu tanpa bukti.(fakta ini saya ambil dari:Yahudi menurut al-Quran, Hadis,Taurat dan Injil.)
juga disebut dalam Samuel:

1 Now there was a man of Benjamin, whose name was Kish, the son of Abiel, the son of Zeror, the son of Becorath, the son of Aphiah, the son of a Benjamite, a mighty man of valour.
2 And he had a son, whose name was Saul, young and goodly, and there was not among the children of Israel a goodlier person than he: from his shoulders and upward he was higher than any of the people.
1Samuel 9:1-2

Iman mereka bukan di hati, tapi di kelopak mata.
Mereka mahukan bukti.sbg bukti, mereka akan dapat kembali Tabut mereka.
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ ءايَةَ مُلْكِهِ انْ يَاْتِيَكُمْ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِمَّا تَرَكَ ءالُ مُوسَى وءالُ هَرُونَ تَحْمِلُهُ الَْمَلَئِكَةُ اِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لَكُمْ اِنْ كُنتُمْ مُؤْمِنِينَ
"Nabi mereka berkata(bukti yg kerajaan Tolut benar2 wahyu Allah):peti tabut yg mengandungi sesuatu yg memberi ketenangan jiwa dari Tuhan kamu dan berisi sebahagian dari apa yg telah ditinggalkan oleh keluarga nabi Musa dan Harun akan dikembalikan kepadamu.Ia akan dibawa oleh malaikat.Sebenarnya, peristiwa itu mengandungi keterangan bg kamu jika kamu benar2 beriman."
al-Baqarah:248
sebelum pergi berperang dgn tentera Jalut( kaum Philistine-juga disebut dlm 1Samuel), Tolut menguji displin dan kesetiaan tenteranya -bani Israel.
فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ اِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَاِنَّهُ مِنِّي اِلَّا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ ()......اِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ
"maka tatkala Tolut keluar membawa tenteranya, dia berkata "sesungguhnya Allah akan menguji kamu dgn suatu sungai.Maka siapa antara kamu minum airnya, bukanlah dia pengikutku, dan barangsiapa tidak merasakan airnya, kecuali org yg menceduk seceduk tgn, maka dia adala pengikutku." Kemudian mereka meminumnya terkecuali beberapa org antara mereka.....()
dipendekkan cerita, tentera Tolut berjaya mengalahkan Tolut Jalut
فَهَزَمُوهُمْ بِاِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وءاتَهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتْ الْارْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَلَمِينَ
"mereka (tentera Tolut) mengalahkan tentera Jalut dgn izin Allah dan daud membunuh Jalut, kemudian Allah memmberikan kepadanya (Daud) pemenrintahan dan hikmah (sesudah meninggalkan Tolut) serta allah mengajarkannya apa yang dikehendaki-Nya."
Tolut(Saul) menurut Bible
Saul adalah raja pertama united Kingdom of Israel,
keturunan Benjamin dan seorang pengembala kambing.Dikatakan juga Saul serirng dikuasai kejahatan dan meminta David utk menenangkannya dgn bermain harp(inset)

Selepas David mengalahkan Goliath-dgn menggunakan lastik dan batu, Saul bimbang David akan mengambil alih tahtanya.Ditambah lagi dgn kejayaan David dlm beberapa peperangan berikutnya.

Lalu Saul membuat beberapa percubaan utk membunuh David.


"Saul Throws Spear at David" by George Tinworth

nabi Daud mengalahkan Jalut yg lengkap bersenjata dan perisai dgn menggunakan barang2 yg primitif

baca juga:pemenang-kekuatan hati

6 comments:

Fakhri Bey said...

Salam Adam,
Very Good, Improvement!

Nampak titik persamaan yang selari dengan Al Quran.

Dalam satu kitab pasal nabi2 & rasul2 keluaran rufaqa', katanya salah satu nama panggilan nabi samuel ialah ismail. Tapi, nabi Samuel bukan nabi Ismail.

Baru saya tahu yang bangsa Canaanites orang Palestin.

2 Questions.
Does this mean that Canaanites are the fore fathers of Arabs?

Apa agama orang kanaan? Agama Samawi or pagans as in idol worshiping?

Wallahu a3alam & tqvm.

Adam Lee said...

Wslmkm,
Terima kasih fakhri, tq atas tunjuk ajar.
saya tak rasa org Kanaan bangsa pertama arab..bangsa arab ada sebelum tu lagi.secara jujur, saya tak tahu.
Saya pun tak tahu agama mereka.

buku tu mcam best...nak beli la.

Ami Farhani MNA said...

terima kasih atas perkongsian ilmu.

tak ada apa yang penting sangat nak komen.

cuma..

"dipendekkan cerita, tentera Tolut berjaya mengalahkan Tolut"

gatal pula mata baca secalit kesilapan itu..

Adam Lee said...

owh..ok. dah betulkan

Amermeftah said...

Salam,
Sepagi jugak aku mengkaji mendalah ni lepas sahur itu hari, tapi umber aku internet je la, apa sumber kau?

Sumber yang paling benar pastinya Quran dan Hadith. Quran tadak masalah boleh selak bukak. Tapi kita short on hadith, hehehe malas mengaji.

Keturunan Levi ialah keturunan Musa dan Harun a.s. dan diorang biasanya alim ulama'. Keturunan Judah memang raja-raja eh? Kalau tak silap Daud a.s. dari keturunan Judah kan?

Lebih kepada nak respon Fakhri Bey,

Dulu aku byk terdedah dgn sumber orang putih sampai sekarang. Jadi byk tgk muvi yg cerita pasal bala katak dan belalang juta di Mesir dan Nabi Musa lempar tablet ten commandments pada kaum dia sebab sembah patung lembu. Aku ingat itu dalam Bible saja. Rupanya dalam Quran memang ada ckp juga. Bila kata baca memang akan jumpa.

Kita memang nak cari bukti bahawa Philistine itu Arab demi nak menyatakan Yahudi sekarang takda hak atas tanah Palestin. Tapi mengikut orang putih, Philistine itu sendiri masih misteri asal-usulnya sampai ada yang kata mereka datang dari Yunani seepas tamadun Mycenean runtuh lepas Perang Trojan.

Siapa Arab?

Sebab macam Adam kata, Arab dah wujud sebelum itu.

Arab ada 3, Arab Ba'idah i.e 'Ad, Thamud. Arab 'Aribah i.e Arab Selatan semenanjung iaitu Saba', keturunan Qahtan dan Arab Yaman dan Arab Musta'ribah i.e Arab yang diarabkan iaitu keturunan Ismail a.s.

Persoalan aku ialah, siapa yang tinggal di sekitar Al-Quds sebelum zaman Ibrahim a.s. dan masa zaman Yaakub a.s diorang dah ada kerajaan ke?

Kalau Adam rajin, tolong cekkan utk aku, kenapa setgh Yahudi ortodoks kata Tuhan melarang diorang balik ke Al-Quds?

Mengikut sumber omputeh lagi Cananite sembah berhala. Memang diorang semua ni Semitic i.e anak cucu Sam bin Nuh tapi mungkin zaman tu Allah pilih/lebihkan Bani Israel.

Fakhri Bey said...

Owh...
Cerita omputih tu macam kartun disney 'Prince of Egypt' ke?
Kalau ada peluang, pegi kat kedai2 speedy, boleh jumpa cd2 kisah2 dari bible. Walaupun lakonan zaman 50-an, tapi kira okla.
Memang x dinafikan, sesetengah kisah dalam bible memang ada yang selari dari Al Quran.

"Persoalan aku ialah, siapa yang tinggal di sekitar Al-Quds sebelum zaman Ibrahim a.s. dan masa zaman Yaakub a.s diorang dah ada kerajaan ke?"

menarik.. rasanya xpernah lagi jumpa bab ni.