inflammation of theology

Wednesday, 11 November 2009

Roh -research1-

Post mortem changes yg tak diajar... berat manusia akan berkurang selepas kematiannya. Dan berat ini konstan. 21gram.

Rasanya tak pernah lagi ada orang yang buat kajian saintifik  tentang roh. Tutorial lepas, masa doktor syarah pasal post mortem changes, dia kata (lebih kurang): "seolah2 roh yang mengekalkan bentuk sebagai manusia dari membusuk. Tercabut saja roh...badan membusuk" kemudian dia baca:

..... وَيَسءلُونَكَ عنْ الرُّوحِ
 And they ask you about the soul

Ini adalah bani Israel yang bertanya. Jika soalan mereka berkenaan Ashab al-Kahfi dan Zulqarnain tidak dapat dijawab baginda (Rasulullah),maka kenabiannya palsu. Dan jika soalan ini dapat dijawab baginda, maka kenabiannya palsu. Ini kerana dalam kitab2 terdahulu juga tidak diceritakan secara terperinci mengenai roh.

 قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلمِ إِلَّا قَلِيلًا
 ...katakanlah (wahai Muhammad) roh itu urusan tuhanMu, tidak diberikan kamu pengetahuan mengenai roh melainkan sedikit. (17:86)

Apakah ini bermakna kita tidak perlu mengenali roh? Tidak. Ini kerana pengetahuan mengenai roh ada disampaikan (walaupun sedikit) dan kita perlu mengkajinya.

Dr. MacDougall
Pada 1907. Dr Duncan MacDougall meletak 6 pesakit yg sedang nazak,4 TB, 1 diabetes, 1tak tau; di atas penimbang. Beliau mendapati terdapat penurunan berat sebanyak 21gram! Menurutnya, roh adalah material. Dan bagi material adalah jisim dan ergo.Kemungkinan besar,21 gram ini adalah jisim roh. Kajian yg sama atas kambing pula tidak mendapati sebarang penurunan (tlg tgk balik ok! rasanya tak turun).

Sila baca di sini [link]

Ibn Sina
Ibn Sina juga ada membuat kajian saintifik, (erm...lebih kpd thought experiment sbnrnya). Menurut hipothesis yg dikeluarkannya sewaktu dalam penjara: jika kita tidak punya receptor yang membolehkan kita merasai external world dan deria yg membuatkan kita rasa wujud...kita tetap merasa hidup! Ini kerana dia dapat merasakan kewujudan rohnya. Eksperimen ini merupakan cara untuk menunjukan "real distinction" roh dan tubuh badan. Hipothesis ini digelar sbg 'Flying Man'

Baca terjemahan teori 'Suspended Man' (nama lain 'Flying Man')- [link]





tafsiran lanjut Ibn Sina mengenai roh akn menyusul kemudian.~
kalau malas menuggu sila search sendiri.

*terima kasih la Amar sebab mengacau aku sepanjang post ini ditulis~

3 comments:

PEMENANG said...

mantap dam..sile kaji pasal POSTIVISM dan kaitannya dengan sains sekarang....

RA said...

adam, roh ak pulak berape gram?kaji roh rusydi plak:))

Adam Lee said...

pemenang,
woa~ aku tak layak kaji pasal positivism....kau saja yang mampu.
tapi, aku baca teori godel telah membuktikan postivism ini hanya karutan!

rusydan,
roh kau grade A, maknanya sekilo setengah.