inflammation of theology

Thursday, 2 June 2011

why art thou silent

Kalau anda ada impian, sila jangan bagitahu orang. Nanti impian itu tak akan berlaku. Sama juga, kalau anda nak mumtaz dalam peperiksaan, tak perlu bagitahu orang. Kalau bagitahu, kebarangkalian untuk dapat mumtaz jadi rendah. Sangat rendah.

Untuk mereka yang berada dalam inner circle saya, pasti tahu yang setiap benda yang saya sebut, itu yang tak akan berlaku. Oleh sebab itu, saya agak berat nak cerita apa yang saya akan buat. Takut akan sumpahan.

Dan rupanya, ianya bukan sekadar sumpahan. Ianya adalah hukum alam!.

Apa yang anda rasa apabila bagitahu impian anda kepada semua orang? Rasa puas, bersemangat dan rasa yang kita dah setapak kehadapan untuk mencapai impian kan?

Satu kajian, sekumpulan orang dikumpulkan. Separuh dari mereka diminta bagitahu semua orang apa impian mereka. Separuh lagi, senyap. Kemudian mereka semua disuruh buat kerja untuk mencapai impian mereka. Dan mereka dibenarkan untuk berhenti bila-bila masa yang mereka nak.

Secara purata, mereka yang senyap berhenti pada minit ke-45. Manakala yang buat pengunguman berhenti 15minit lebih awal secara purata. Dan apabila ditanya, mereka yang senyap merasakan impian mereka masih jauh dan banyak benda perlu diselesaikan. Puak satu lagi pula rasa impian mereka dah hampir tercapai.

Itu yang berlaku. Bila kita bagitahu orang apa kita nak buat, akan terbentuk sesuatu yang dinamakan social barrier. Perasaan puas itu memberitahu kita yang orang lain dah tahu impian kita, i.e. impian kita sudah tercapai, sekurang-kurangnya dalam diri orang sekeliling kita. Perkara ini akan membantutkan kita untuk mengejar impian tersebut ataupun berusaha kearah apa yang kita rancang.

Dan, jika kita perlu bagitahu orang, beritahu dalam cara yang tidak mendatangkan perasaan puas tersebut. Contoh "Pastikan aku terjemahkan buku ini, kalau tak siap satu bab dalam seminggu, sila ketuk aku laju-laju".

Jadi, sebab itulah, orang yang banyak cakap, banyak sembang kencang, itulah yang kurang amalnya. Peringatan untuk diri sendiri, sebab saya yang paling banyak mengarut. Wahai aku, kenapa kau tak buat apa yang kau cakap? Kenapa kau cakap benda-benda yang kau tak buat??

Kesimpulannya, sila hormati ibu bapa. tengwar

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

bercerita adalah sebuah game

beza antara player2, adalah siapa yang sedar, yang dia sudah naik level dan perlu gandakan usaha.

lagi kuat bercerita, lagi tinggi level, lagi tinggi cabaran

... harap2, tak diperkecil peranan bercerita.

kalau ada yg 15 minit dah berhenti, jgn disamakan dengan yang terus kejar level tertinggi

kalau tak, tak lah umar meminta cerita impian daripada sahabatnya

maaf

Adam Lee said...

erm, betul juga Thaqib. Rasanya kita perlu bagitahu orang, agar plan kita ada yang follow up.

akhirnya, sahabat-sahabat tersebut tanya Umar RA: "lalu, apakah yang patut kami impikan?"