inflammation of theology

Sunday, 21 August 2011

Hampir Libya Tamat?

Pasukan pemberontak yang ingin menggulingkan rejim Ghadafi telah berjaya menawan Zawiyah, entah berapa kilometer dari Tripoli. Perlu diberi perhatian disini ialah, Zawiyah merupakan kawasan laluan sumber bekalan bagi Tripoli. Boleh saja, askar pemberontak menyekat bekalan dari sampai Tripoli. Tapi, perlu diingat bahawa pusat bandar Libya itu dihuni oleh 2 juta penduduk. Sekatan akan menyebabkan lebih 2 juta merana.

Pengunduran askar Ghadafi dari Zawiyah mencerminkan sedikit kelemahan askar Ghadafi. Tetapi, tidak bermakna mereka akan tewas dengan mudah di tangan tentera pemberontak yang sangat-sangat tidak terlatih. Tambah pula teknik pertempuran bandar memerlukan skill dan semangat juang yang tinggi. Urban fighting atau house to house attack menuntut penyerang untuk terdedah kepada tembakan. Harapnya semangat juang tentera pemberontak boleh menampung skill yang kurang.

Andai berlaku pertempuran di Tripoli, situasi penduduk di sana sangat teruk. Pertempuran antara pro-Ghadafi dan pemberontak, ditambah lagi serangan udara NATO akan mengakibatkan collateral damage yang sangat besar. 2 juta penduduk kot!.

Hasil yang lebih baik kita harap supaya berlaku ialah berlaku rusuhan atau ketidak-stabilan dalam Tripoli sendiri supaya bandar tersebut lebih mudah diambil alih. Media Libya perlu memainkan peranan penting dengan menceritakan kehebatan tentera pemberontak dan keampuhan tentera Ghadafi bagi menggalakkan rusuhan. Google News melaporkan tentera pemberontak menghantar SMS kepada penduduk Libya menyeru mereka keluar merusuh. Terdapat juga ura-ura mengatakan tentera pemberontak telah pun sampai ke Libya berikutan bunyi tembakan dan letupan yang kedengaran.

Kita juga boleh berharap agar Ghadafi menyerah kalah dan melarikan diri. Erm, mungkin tidak akan berlaku. Saiful Islam membuat kenyataan media semalam: "Libya adalah negara kami. Kami tidak akan meninggalkan negara kami'.

Jadi, yang mungkin berlaku dalam waktu terdekat ini adalah... rundingan diplomasi/dialog/pujukan menyerah dari 2 belah pihak samada secara langsung atau tidak. Atau sekurang-kurangnya tentera pemberontak perlu meyakinkan tentera Ghadafi yang pemberontak dalam upper hand. Sebolehnya pertempuran dapat dielakkan. Harap-harap la...

Namun, apa yang penting ialah apa yang akan berlaku selepas Ghadafi jatuh. Outcome revolusi ini perlu dilihat dari falsafah yang diperjuangkan. Ya, betul negara-negara timur tengah memperjuangkan kebebasan. Yang membezakan ialah falsafah disebalik kebebasan yang diperjuangkan. Jika yang diperjuangkan ialah kebebasan, maka akan lahir sebuah negara liberal yang US suka. Tapi jika falsafah yang diperjuangkan ialah menjatuhkan kezaliman dan menggantinya dengan sistem Islam, outcome-nya lebih baik.

Revoulusi Mesir pun akhirnya hanya berjaya menjatuhkan Mubarak, namun rejim atau bentuk pemerintahan Mesir masih tidak berubah. Pemerintahan tentera. Seharusnya pilihanraya Presiden tak usah ditangguh agar tentera dapat fokus pada kerja tentera yang sebenar: mempertahankan negara. Sinai tengah panas tu!

Malangnya, puak liberal ini bising minta tangguh. Mesir punya kita cerita nanti.
21 Ramadan.

2 comments:

Adam Lee said...

adeih~ tak tulis pasal Ghadafi tak lagi dapat sokongan tentera.

Azrul said...

Adeih~suka blog awak..
Teruskan menulis..