inflammation of theology

Sunday 12 April 2015

Qutuz - Part 1



Ayn Jalut, Palestin.

Tempat berlakunya peperangan antara Tolut dan Jalut. Peperangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT kepada Bani Israel sebelum mereka diizinkan masuk ke Palestin. Menurut eskatologi Kristian, di sinilah akan berlakunya Perang Armegeddon.

Tempat ini jugalah terhentinya kemaraan tentera Mongol dari meranapkan tamadun Islam. Tentera Mongol tumpas di tangan Saifuddin Qutuz. Peperangan itu dinamakan sempena tempatnya; Perang Ayn Jalut.

Seperti mana doa para sahabat ketika Perang Badar, "Andai umat Islam tewas di dalam perang Badar ini, maka tiada lagi manusia akan sujud kepadaMu ya Allah." Ayn Jalut jug merupakan benteng terakhir umat Islam. Andai tewas peperangan ini, tamatlah tamadun Islam yang gilang gemilang.

Ketika mana pentas dunia tertumpu pada Timur Tengah dan Eropah, muncul satu ketumbukan tentera yang kuat dari tengah-tengah gurun Asia. Ketumbukkan itu menumbangkan semua kerajaan yang bersempadan dengannya, termasuklah kerajaan Islam Bukhara.

Tentera itu sangat kejam dan zalim. Tiada perikemanusiaan. Ada juga yang berpendapat merekalah Yakjuj Makjuj. Memusnahkan segala dihadapannya. Ibnu Khaldun juga ketika melawat Cina menyifatkan Tembok Besar Cina sebagai tembok yang dibina Zulqarnain untuk mengepung Yakjuj Makjuj. Merekalah tentera Mongol.

Tentera Mongol menawan Bukhara dan membunuh raja dan seluruh keluarganya... kecuali beberapa orang yang sempat melarikan diri ke Mekah. Antaranya ialah Muhammad Mahmud.

Muhammad Mahmud sempat melarikan diri ke Mekah, namun malangnya beliau telah ditangkap dan dijual sebagai hamba. Di Mekah, beliau sempat bertemua dengan ulama' tersohor Izz Abdus Salam. Akhirnya Muhammad Mahmud dibeli oleh Sultan Malik Salih dan dibawa ke Mesir untuk dilatih sebagai askar Mamluk (askar hamba; Mamluk = yang dimiliki).

Pada masa itu, Mesir sedang berperang dengan kerajaan Byzantine Rom di dalam siri-siri perang salib. Mesir berada di bawah pemerintahan Ayyubi - Sultan Malik Salih Al-Ayyubi; antara sultan terakhir zaman Ayyubi, Zaman ini diasaskan oleh Salehuddin Al-Ayyubi setelah membebaskan Baitul Maqdis. Sementara tentera Salib pula dipimpin oleh Raja Louis IX

Pada tahun 12**, berlangsungnya perang Salib ke-7. Tentera Salib masuk ke Mesir melalui Damietta (Dumyat). Mereka berjaya mara sehingga ke Mansurah (meaning: Victorious). Dalam ketika itu, tentera Islam berjaya menangkap Raja Louis IX. Sultan Malik Saleh telah mengurungnya di rumah Luqman. Rumah itu berada di tempat yang tinggi sehingga membolehkan Raja Louis 9 melihat kehidupan harian umat Islam. Dari pemerhatian beliau itulah terpaculnya ayat yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini:

"umat islam tidak dapat dikalahkan dengan pedang... lebih kurang"

Malangnya, sebelum sempat umat Islam memenangi peperangan itu, Sultan Malik Salih mangkat. Untuk tidak menimbulkan kekecohan dan perebutan kuasa di saat-saat genting itu, isterinya Syajaratud Durr telah menyembunyikan kematian sultan. Mayatnya dialirkan melalui terusan sehingga ke Sungai Nil untuk disorokkan di Pulau Manyal.

Pulau Manyal tempat letaknya Kasr El-Ainy Medical School, tempat aku belajar.

Tentera Islam ketika itu majoritinya terdiri dari askar-askar Mamluk yang terlatih. Setelah tentera Mamluk berjaya memenangi Perang Salib ke-7 itu, Syajaratud Durr menabalkan dirinya sebagai Sultana kerana ketika itu waris sultan masih diusia kanak-kanak.

Syajaratud Durr adalah satu-satunya Sultana (sultan perempuan) di sepanjang sejarah umat Islam. Namun pemerinahan beliau sebagai Sultana tidak lama. Kerajaan Pusat di Baghdad tidak bersetuju Syajaratud Durr sebagai Sultana kerana bercanggah dengan Islam. Atas tekanan kerajaan Baghdad, Syajaratud Durr berkahwin dengan Izzudin Aybak dan melantiknya sebagai Sultan.

Izzudin Aybak akhirnya berkahwin dengan perempuan lain. Hal ini menyebabkan Syajaratud Durr hilang kuasa dan terasa dirinya dikhianati. Izzudin Aybak mati dibunuh Syajaratud Durr. Di bilik mandi.

Hal ini menyebabkan tentera Mamluk terpecah kepada beberapa paksi. Mereka yang berpihak kepada Syajaratud Durr dan pihak Izzudin Aybak. Dalam masa yang sama, pemerintahan Ayyubi berpecah kepada Mesir dan Syria kerana perebuatan kuasa antara Najmuddin Ayyub dan kerajaan Mesir. Najmuddin Ayyub sanggup meminta bantuan tentera Salib untuk menawan Mesir.

Tanpa disedari, tentera Mongol semakin hampir dengan Mesir. Benteng terakhir umat Islam. Pada ketika itu Mesir tidak bersultan. Malahan tentera Mamluk juga terpecah-pecah. Umat Islam juga tidak bersatu.

Maka bangkitlah seorang panglima Mamluk; Saifuddin Qutuz dengan melaungkan "Wa Islamah!"

....... to be continued
(**spoiler alert: Saifuddin Qutuz adalah Muhammad Mahmud, putera Bukhara!)

Pintu masuk Madrasah Malik Saleh

1 comments:

azrul said...

Pos yg dinanti-nantikan