inflammation of theology

Wednesday, 4 March 2009

Hayy ibn Yaqdhan



Kisah kali ini bukan dari al-Quran,ianya lebih kepada book review.

Text bahasa Arab ini saya beli dari Cairo Int Book Fair yang lepas.Ianya merangkumi teks2 karangan Ibn Sina, Ibn Tufail, as-Sahrudy dan Ibn Nafis.



Hayy ibn Yaqdhan (Alive,son of Awake) atau Hidup,anak Kesedaran...menceritakan kisah seorang budak (Hayy) yang dibesarkan di sebuah pulau terpencil yang tidak dihuni manusia.Dia telah dibesarkan oleh seekor rusa (ghazal)sehingga dia menganggap rusa itu sebagai ibunya.Rusa ini yang menjaga dan menyusukan Hayy.

Suatu hari..ibunya si rusa mati.Hayy sangat sedih.Namun begitu, peristiwa ini telah menyedarkan Hayy tentang satu hakikat baru..Kehidupan dan Kematian.
Hayy pada ketika itu juga membelah perut ibunya,merobek dadanya, memerhati dan meniliti setiap struktur organ,muscle,nerve and vessel.

"apakah jantung ini yang membuatkan ibuku hidup?"
"apakah yang mebuatkan ibuku bergerak? dimanakah nyawa itu?!"

Sejak itu..Hayy memerhati alam ini.Dia melihat pokok tumbuh..layu dan mati.Dia memlihat haiwan bertelur, lalu telur itu menetas, lalu haiwan itu membesar dan akhirnya mati.

Dia melihat matahari terbit..lalu terbenam digantikan bulan..lalu bulan itu hilang apabila matahari terbit memancarkan cahayanya.Dari situ, dia sedar hidup ini bagaikan satu kitaran.Dan dia percaya adanya kuasa yang mengawal kitaran alam ini.
KUASA YANG BESAR.

Dipendekan cerita,Hayy akhirnya bertemu seorang sufi(Absal) yang datang ke pulau terpencil itu untuk beruzlah,lari dari kefasadan di negaranya.Absal mendapati...(saya tak baca lagi)

Idea asal cerita Hayy adalah karangan Ibn Sina.Ibn Tufail bukan menambah mahupun mencerita semula kisah ini.Beliau mengarang dengan satu platform yang baru dan innovsi tersendiri.Cerita ini hampir sama denga cerita terkemudian, Mowgli dalam
The Jungle Book karangan Rudyard Kipling.


--cuma, dalam cerita ini ibunya bukan rusa

Apa yang menarik ialah,Ibn Tufail cuba memasukkan unsur2 Falsafah dalam kisah ini.Falsafah yang selalunya amat sukar difahami telah diserap dalam bentuk cerita yang menarik dan pemikiran serta falsafah beliau dapat difahami dengan baik.

Oleh demikian, novel ini dimasaukan dalam kumpulan novel falsafah.Karya2 terkemudian oleh penulis barat dalam novel falsafah seperti Sartor Resrtus oleh Thomas Caryle,
War and Peace oleh Tolstoy (Jackster ada buku ni).Novel falsafah biasanya membincangkan fungsi masyarakat, tujuan hidup, etika, moral dan lain2.Kisah Hayy ibn Yaqdhan diterjemah dalam Latin sebagai Philosophus Autodidactus.

4 comments:

Jackster® said...

salam alayk..

bagaikan namaku disebut di situ huhu

(sori adam, xpasan slame ni org xle komen, ni aku ejas jadi popup comment box baru bleyh komen, embedded below form xle, japg aku try ejas)

Jackster® said...

okeh setel sori lmbt

adam said...

Thank You Jack!!

c's said...

buku kanak2 apabila diteliti tersiratnya berat. try to check out dis, dunno it might considered philosophy book or not.. http://camarstolidus.blogspot.com/2009/10/we-choose-to-have-differences.html

anyway, 1st glance for the book [in dat url], it seems the author try to state the receiver somewhat like a prophet [ i guess]