entry ini terbit dari rasa panas yang melampau di Malaysia.Saya masih ingat masa kecil2 dulu, padang depan rumah selalu berkabus...sekarang tak lagi.Dulu,kalau basuh kasut hari ahad...alamatnya akan pakai kasut basah hari isnin.Tapi harini, basuh baju sekejap saja dah kering.
mana taknya,hutan ditebang...kereta2..dll.Putrjaya pun panas! dengan jalan2 semua berturap dan dibatu, pokok2nya pohon orang putih, tasik buatan lagi~ mana tak panas?! nak ditiru lanskap barat yang beriklim sejuk. Sebelum ini Putrajaya menggunakan perkataan boulevard,parcel,dll.Belum cerita PPSMI lagi...
ESKATOLOGI
Eskatologi membincangkan tentang masa akhir zaman atau saat2 penamat tamadun manusia.(eschatos=terakhir).
Mungkin kita tidak sedar,atau tidak ambil peduli...tetapi, kebelakangan ini terlalu banyak bencana alam yang berlaku.Terlalu kerap, sehingga adakalanya berlaku serentak di kawasan berlainan.
Taufan Katrina,Ogos 2005 diikuti Taufan Rita,Sept 2005.
Taufan Katrina asalnya kategori 1,namun bertukar ke kategori 4 akibat pemansan global.Terima kasih kepada manusia.
Taufan Katrina asalnya kategori 1,namun bertukar ke kategori 4 akibat pemansan global.Terima kasih kepada manusia.
"telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di laut dan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah merasakan mereka sebahagian dari balasan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (kepada kebenaran)"Sekumpulan penyelidik barat mendakwa dasar laut kini dipenuhi sehingga 201 055 gunung berapi iaitu 10kali lebih banyak daripada apa yang diketahui sebelum ini.Para penyelidik University Cambridge turut meramalkan ada kira2 3juta gunung berapi yang tenggelam manakala 39 000 daripadanya berada di paras ketinggian 1000meter dari aras laut.
ar-Rum 30:41
Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya bumi bergoncang sekuat-kuatnya atau semua gunung berapi itu menjadi aktif dan meletus satu persatu tanpa henti? di tambah lagi dengan kepanasan dan langit yang gagal filter sinaran2 matahari?
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),dan bumi telah mengeluarkan beban2 berat (yang dikandung)nya,dan manusia bertanya "mengapa bumi (jadi begini)"?kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu kepadanya....."banyak lagi bencana alam.penat nak letak semua gambar.
al-Zalzalah 99:1-5
jagalah alam sekitar...jadilah planeteers!!
1 comments:
Perasan tak, gempa, ribut semuanya macam musim. Gempa berlaku bulan 4-5. Ribut taufan pula bulan 8-9.
Bulan 12 pula nahas kapal terbang?
Post a Comment