inflammation of theology

Tuesday, 11 August 2009

Pathology of Vampire

ha...first entry for new template,thanks Jack.

VAMPIRE
Cerita mengenai vampire dah diketahui umum.Dan ianya juga merupakan cerita rakyat untuk beberapa bangsa,cuma nama saja berbeza.Antara ciri2 yang ada persamaan biasanya seperti:
  • hisap darah
  • kulit pucat dan bergigi siung
  • keluar waktu malam sebab takutkan cahaya matahari
  • bencikan bawang putih
  • kepala tak betul
jadi kalau di Malaysia ianya macam Penanggal?? atau Pontianak??
dalam artikel ini, Pontianak akan diguna bagi merujuk vampire.

SAINS OK?
bagi yang tak pernah nampak,atau pernah...dan cuba memberi penjelasan saintifik:

1.RABIES
Jangkitan virus rabies akibat gigitan anjing atau kelawar atau haiwan seumpamanya.Mangsa biasanya akan demam2.Apabila virus telah menyerang Central Nervous System (CNS), mangsa akan mengalami anxiety,berperangai pelik,kekeliruan,halusinasi dan tak betul.Saliva dan air mata dihasilkan secara berlebihan dan mengakibatkan hydrophobia.Menurut Dr Juan Gómez-Alonso,mangsa ada susceptibility pada bawang putih dan matahari disebabkan hypersensitivity.

Keseluruhannya: tak tidur malam,takut matahari dan garlic dan tak betul lepas digigit.

2.PORPHYRIAS
Hayat sel darah merah lebih kurang 3bulan.Sel yang mati membebaskan heme yang mana samada dikitar semula atau disingkirkan melalui proses heme metabolism.Kecacatan dalam metabolisma ini mengakibatkan Porphyrias.
Jadi, pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah mengakibatkan pesakit kekurangan oksigen dan zat besi, lalu mempercepatkan kemusnahan sel di bawah cahaya matahari.Penyakit ini boleh menyebabkan hidung,telinga dan cartilage deformation.Gigi juga boleh kelihatan kuning disebabkan porphyrin deposition.Kesakitan yang amat sangat mengakibatkan mental disability.

Keseluruhan: pucat,takut bawang putih

3.DECOMPOSITION
Cuaca dan jenis tanah boleh mempengaruhi kadar reputan.Kadang2 kelihatan macam tak mereput langsung...malah makin sihat! (rujuk Arnold Poale yg kelihatan makin sihat lepas mati).Gas yg terhasil akibat proses reputan akan terkumpul dan menyebabkan mayat kekihatan makin gemuk.Kulit dan gusi mayat juga akan kehilangan air dan contract, mendedahkan akar rambut,kuku dan gigi...memberi gambaran relatif yang rambut,kuku dan gigi semakin panjang.

4.TWIHLIGHT
Tidak,pontianak memang wujud!! Aku pernah nampak!! Aku akan berkahwin pun dengan pontianak!! (ini bukan ayat2 saya...dan saya bukan peminat chick lit!!)

*jgn percaya sgt artikel ni...sumber pun tak berapa betul.Dah lupa pon subjek2 thn 2 dan 3.entah apa faedah post kali ini.

2 comments:

Herpes Zoster said...

teringat kak azah (padahal sebaya dengan aku)penah bagi tips nk ingat pasal rabies~ rasenye lebih kurang la suruh kaitkan ngan vampire..

adam said...

haha...nnt aku cari penyakit herpes zoster macam hantu apa pulak!!