..sambungan
Surah ini dimulakan dengan sumpahan ini:
1-Demi langit langit yang mempunyai buruj . Buruj berkemungkinan bermaksud objek-objek yang berada di langit seolah-olah membentuk satu binaan yang sangat besar.Atau maksudnya ialah orbit-orbit tempat berlakunya peredaran bintang-bintang itu.Kedua-dua makna ini memberi erti dan rasa tentang sesuatu yang BESAR.
2-Dan hari pembalasan yang dijanjikanDan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,serta segala keadaan yang disaksikanPenyaksian segala amalan dan dihadapkan semua makhlik.Semua terdedah dan disaksikan, maka semuanya menjadi saksi.
LANGIT yang mempunyai buruj, HARI yang dijanjikan, SAKSI dan perkara yang disaksikan……semuanya diselaraskan untuk memberikan bayangan keperihatinan, perhimpunan meraikan sesuatu, kesesakan dan kebesaran suasana menyelubungi peristiwa Ashabul Ukhdud (golongan yang menggali parit).
Selepas melakar bayangan suasana ini barulah tiba cerita tentang peristiwa berkenaan dalam bentuknya yang ringkas:....bersambung
0 comments:
Post a Comment