inflammation of theology

Wednesday 12 August 2009

Kebetulan

Alam ini terjadi secara kebetulan ke?? jadi kenapa dipanggil alam semula jadi??
Bila kita cakap alam semula jadi, seolah2 kita mengakui teori of ramdomness (kewujudan kita dan alam ini hanya kebetulan.The very fact of our exist is nothing but result of a complex yet inevitable string of chemical accident and biological mutations.There is no grand meaning)

Terlalu banyak kebetulan berlaku dalam hidupan harian kita.Newton dapat teori graviti kerana secara kebetulan epal jatuh di atasnya.Begitu juga Edmund Halley yang jumpa komet dan Kellog yang mencipta emping jagung....semuanya berlaku secara kebetulan.

Saya tak panggil ianya kebetulan,saya panggil ianya ilham,takdir dari Tuhan.

Menurut Josh Tenebaum dari MIT,"kebetulan jarang diterangkan oleh pengetahuan saintifik.Namun,begitu banyak kemajuan saintifik bergantung pada kebetulan".Dalam sains linguistik, manusia tak mungkin mempelajari syntax bahasa tanpa kebetulan.

Kebetulan ialah dua atau lebih peristiwa yang berlaku tak berkaitan tetapi membawa maksud (atau patern) yang bermakna.Pada saya, mungkin tiada makna pun,maksud saya...
kabala,numerology,Pythagorean cults there are system that find meanings in numbers adn they are dime a dozen.Why? because people see what tey want to see in them
...kata Phil dari cosmology department.Jadi,peristiwa2 itu hanyala takdir yang mempunyai corak yang sama tanpa sebarang makna.Atau ilham dari Tuhan.Tiada kebetulan.Ianya memang dirancang.Dah tertulis pun di Luh Mahfuz.

Namun, peristiwa2 yang berlaku di sekeliling kita tidak harus dibiarkan.Jika Newton tidak hiraukan epal yang jatuh itu....masakan teori graviti ditemukan?

Peristiwa2 kebetulan sebenarnya bukanlah perkara yang pelik...ianya boleh dijelaskan dengan matematik.[link]

KISAH KEBETULAN 2 PRESIDEN

Lincoln telah dilantik menjadi presiden pada 1860 sementara Kennedy pada 1960.Kedua2 nama Lincoln dan Kennedy mempunyai 7 huruf.Sekretari Presiden Lincoln bernama Kennedy manakal sekretari Presiden Kennedy bernama Lincoln.Kedua2 presiden mati dibunuh pada hari Jumaat.
Lincoln dibunuh oleh John Wilkes Booth yg lahir pada 1839, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald yg lahir pada 1939.Nama penuh kedua-dua pembunuh mengandungi 15 huruf.

Booth meenmbak Lincoln dari sebuah dewan teater lalu bersembunyi dalam sebuah gudang, manakala Oswald menebak Kennedy dari sebuah gudang dan bersembunyi di dewan teater.Akibat kematia mereka,seorang presiden baru dilantik.Kedua-dua mereka mempunyai nama Johnson.Presiden Andrew Johnson dilantik menggantikan Lincoln, lahir pada tahun 1808.Presiden Lyndon Johnson yg menggantikan Kennedy pula lahir pada1908.Kedua2 nama presiden itu mempunyai 15 huruf.

hmm...mungkin kebetulan mmg wujud!!

baca laju di sini: [link] [link] [link]
sumber asal: Dewan Kosmik Jun 2008

1 comments:

c's said...

bes

adakah semua ini bermula dgn curiosity?