Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada banyak tuhan di dunia ini?
Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada banyak agama?
Kalau Tuhan itu wujud, kenapa bayi lahir agama lain-lain?
Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada banyak malapetaka dan perang?
Kalau Tuhan itu Maha Adil, kenapa ada yang miskin ada yang kaya?
kenapa kenapa tell me why.
tertingat pasal soalan-soalan ini lepas chat dengan Jackster pasal satu isu taboo. Entah macam mana terkait pulak pasa entry Randomness beliau. Lepas itu terjumpa lagi soalan ini dalam remaini. Dan soalan-soalan ini adalah antara yang selalu diutarakan oleh Atheist.
Тhe Atheist's Riddle: So simple, any child can understand; so complex, no atheist can solve it.
JAWAPAN
Er, ini adalah jawapan saya berdasarkan pemahaman sendiri. Dan jawapan ini orang tak akan faham selagi dia bukan beragama Islam. (sebab itu aku selalu mengarut pasa logik, matematik, bla bla..., sesuatu yang diterima umum). Semua soalan ini akan terjawab jika kita faham tujuan hidup kita. (cuma kadang2 kita tak perasan dah terjawab)
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Jadi kita adalah hamba Allah. Apa yang hamba buat? Sembahyang, puasa, haji, makan, belajar. Semua ini secara langsung dan tidak langsung hanya mendatang kebaikan pada kita. Allah SWT tidak bertambah kuat atau lemah dengan banyak atau kurangnya ibadah kita.
Manfaat semua untuk kita. Adakah kita hamba untuk diri sendiri? Bukankah hamba mesti bekerja untuk tuannya?
Betul. Hamba mesti bekerja untuk tuannya. Dan ibadah2 harian adalah bekalan untuk kita bekerja.Tapi, persoalan masih tak terjawab. Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada banyak agama?
Kena tahu kerja kita:
وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
dan serulah (manusia) supaya menyembah Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik
كُنْتُمْ خَيْرَ امَّةٍ اخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَامُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءامَنَ اهْلُ الْكِتَبِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمْ الْمُؤْمِنُونَ وَاكْثَرُهُمْ الْفَسِقُونَ
Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia, (supaya) kamu menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari mungkar.
Banyak lagi ayat yang menyatakan kewajipan menyeru kepada Islam. Itulah kerja kita:
Spread the word, spread Islam.
Kita dicipta untuk menyebarkan Islam. Begitu juga jinn. Dicipta untuk menyebarkan Islam. Bukankah jinn juga melakukan amal da'wah? (rujuk surah Jinn/ Ahqaf:29).
Dan adanya banyak agama di muka bumi ini supaya kita mengajak mereka kepada Islam
dan memang itu tujuan hidup kita... Adanya banyak agama supaya kita beramal. Tapi, kalau ada Tuhan, kenapa ada banyak malapetaka/bala di dunia ini? Kerana Allah ingin tengok siapakah yang paling baik amalannya.الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji (dengan bala) dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik AMALnya
Novel Hayy ibn Yaqzan (self-taught philosopher) adalah novel falsafah yang mantap. (novel falsafah selalu berkisar dari mana kita datang, apa tujuan hidup, kemana selepas mati, konsep masyarakat, dll). Mula-mula Hayy belajar kewujudan Tuhan semasa di hutan. Lepas itu, jumpa Absal dan Absal ajar dia Islam (hence, meaning of life). Cuba tengok, apa yang Hayy buat lepas dia dibawa ke bandar...
Novel ini adalah karangan para doktor.
*ceh, aku ni cakap banyak, tp amal xde! exam lagi 34 hariii!!!
ceh juga schedule post tak berfungsi!
1 comments:
Sekarang, timbul lah persoalan yg ditnya Jack. Macam mana pula mereka yg lahir dlm keluarga bkn Islam dan mati xdpt hidayah?
Apakah tujuan hidup mrk yg bukan Islam?
*ha~ siapa ada jawapan?
Post a Comment