'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat.'
Lalu Rasulullah SAW pun mendaki bukit Safa dan berkata: "Wa Sabahah!" yang bermaksud: "Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini". Ini adalah laungan kecemasan yang dilakukan apabila seseorang mendapati kehadiran musuh yang menghampiri Mekah di waktu malam atau subuh.
Rasulullah langsung bertanya:
"Bagaimana jika ku katakan kepada kalian, bahawa di sebalik bukit sana terdapat musuh berkuda yang akan menyerang kalian, apakah kamu boleh percaya cakap ku ini?"
Jawab mereka: "Ya kami percaya. Kerana selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu."
Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: "Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!"
Tatkala Rasulullah SAW menyeru untuk menyembah tuhan yang satu, langsung Abu Lahab memintas dan mencelanya.
"Celakalah engkau seluruh hari ini!. Dengan sebab ini kau kumpulkan kami?!"
Lalu turunlah surah Al-Masad.
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! - Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. - Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.- Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (surah Al-Masad)
Abu Lahab = Father of Flames
Abu Lahab Terperangkap Dalam Logik
Jadi, Abu Lahab pun berfikir... jika dia terus menolak Islam, maka tindakan ini hanya menunjukan dan membuktikan kebenaran Al-Quran. Surah Al-Masad mengumumkan kekufurannya dan dia akan ke neraka. Jika dia terus menentang dakwah, dia hanya membenarkan kebenaran Al-Quran.
Tapi, dia boleh membuktikan yang Al-Quran itu silap dengan memeluk Islam. Surah Al-Masad mengatakan dia kufur dan akan ke neraka, tapi jika dia memeluk Islam maka surah Al-Masad itu salah. Void. Jika dia memeluk Islam, vernakna dia membenarkan Al-Quran, pada masa yang sama dia membuktikan Quran itu salah.
Abu Lahab pernah bertanya Nabi: "Apa yang aku dapat jika aku memeluk Islam?"
"Kau akan dapat apa yang orang Islam lain dapat". Jawab Rasul.
"Tiadakah keistimewaan bagiku?"
"Apa yang kau mahukan?" tanya Rasulullah kembali.
Dengan marah, Abu Lahab berkata "Moga binasa agama ini jika meletakkan aku dan orang lain di kedudukan yang sama!"
Satu bentuk liar paradox.
Abu Lahab terperangkap dalam logiknya. Penamatnya teruk, tempat kembali pun teruk. Semuanya sebab dia menghalang dakwah dari tersebar. Bukan sebab tidak percaya, tapi sebab takut perniagaan berhala/ jaga berhala terjejas. Sebab duit! Sebab kedudukan!
Kesimpulan
Bayar zakat. Banyakkan sedekah. Kalau pun menolak seruan dakwah, jangan dihalang dakwah itu dari disebar. Doa diberikan hidayah. Doa supaya taubat diterima. Tanda-tanda taubat diterima ialah seseorang itu akan banyak beristighfar dan ringan buat amal.